
Erni Ismail, 37, berkata, adiknya Marina Ismail, 31, keluar rumah untuk ke pasar pagi berdekatan rumahnya bersama anaknya, Mohamad Adam Zafran Annuar pada pagi 30 Disember lalu sebelum menghilangkan diri.
Menurutnya, dia dan suami adiknya telah berusaha menghubungi dan mencarinya namun sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenainya.
"Pada hari dia menghilangkan diri, kami menghubungi telefon bimbitnya namun tidak dijawab dan kali terakhir mesej pada Whatsappnya dibaca ialah pada pukul 10.18 pagi 30 Disember. Selepas itu telefon bimbitnya telah dimatikan sehingga hari ini.
"Kami juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Chemor mengenai kehilangannya pada 31 Disember lalu," katanya.
Menurut Erni, adiknya yang merupakan suri rumahtangga sepenuh masa tidak biasa keluar rumah seorang diri malah untuk balik kampung mereka di Tapah pun sentiasa ditemani oleh suaminya atau dijemput oleh ahli keluarganya.
"Mereka yang mempunyai maklumat atau menemui adik saya boleh menghubungi saya di talian 012-3200385," katanya.
0 comments: