Suami setia menjaga isteri strok sejak 5 tahun lalu - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




IPOH- ‘Alah bisa tegal biasa’ begitulah kata-kata Nor Azmi Aminuddin, 46, masih setia menjaga isterinya Cik Hasnah Abu Hasan, 45, yang me...

Suami setia menjaga isteri strok sejak 5 tahun lalu


IPOH- ‘Alah bisa tegal biasa’ begitulah kata-kata Nor Azmi Aminuddin, 46, masih setia menjaga isterinya Cik Hasnah Abu Hasan, 45, yang menghidap strok sejak lima tahun lalu.

Kata Nor Azmi, sudah ketentuan dan aturan ilahi yang sudah disusun cantik dimana beliau tidak menghadapi sebarang kesukaran dari segi material malah rezekinya tidak pernah putus walaupun pada tahun pertama dia menghadapi sedikit kesukaran bagi menguruskan isterinya.

“Bagi saya perjalanan hidup saya menjadi mudah kerana saya sempat berjasa kepada kedua ibu bapa saya sehingga habis hayat mereka,”katanya ketika ditemui media dikediamannya di Kampung Paloh di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang turut berkongsi kisah perjalanan hidup beliau dimana sebelum isterinya itu ditimpa musibah, bapa dan ibunya turut sakit dan perlu dijaga rapi sehingga beliau terpaksa berhenti kerja dan menjaga mereka sejak tujuh tahun yang lalu.

Dalam pada itu kata beliau, isterinya mula diserang strok berpunca daripada penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapinya apabila mengandungkan anak keempat mereka dan tanpa diduga, tiga tahun selepas melahirkan anak, beliau terus diserang strok.

“Pada peringkat awal ketika isteri saya diserang strok beliau masih boleh berinteraksi dan bercakap, namun sejak empat lalu, isteri saya telah diserang penyakit strok buat kali kedua sehingga beliau menghadapi masalah pernafasan dan terpaksa ditebuk dibahagian leher,”katanya.

Tambah Nor Azmi lagi, rutin harian yang beliau lakukan adalah mandikan isterinya itu, beri makan, menukar lampin setiap kali membuang air dan sentiasa perhatikan isterinya.

“Menjaga isteri saya ibarat menjaga seorang bayi dan rutin setiap waktu tengah hari saya akan bawa beliau untuk menonton televisyen dan sentiasa pasangkan radio,”katanya.

Menurut beliau, perbelanjaan bulanan isterinya kira-kira RM800 hingga RM900 yang melibatkan makanan dari segi susu dan lampin pakai buang yang diperlukan setiap hari.

Beliau kini tinggal bersama empat orang anak berusia kira-kira 23 tahun hingga 8 tahun hasil perkahwinan yang kini mencecah 24 tahun, turut menjaga seorang abangnya yang juga orang kelainan upaya dikediamannya.

“Tiada keperluan segera yang saya mahukan tetapi keselesaan tempat tinggal untuk kami sekeluarga,” katanya lagi.

Turut hadir menziarahi kediaman Nor Azmi pada petang tadi, beberapa orang wakil Srikandi PPBM (Bersatu) dan sukarewan bagi melihat sendiri keadaan Cik Hasnah disamping menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban Nor Azmi dan keluarganya.

0 comments:

Kongsi Portal Ini