Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: ibu tunggal

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label ibu tunggal. Papar semua catatan

Alor Setar - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan seorang ibu tunggal berusia 58 t...


Alor Setar - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan seorang ibu tunggal berusia 58 tahun yang perlu kembali bekerja untuk menyara keluarganya.

Salihah Ishak yang tinggal di Kuala Kedah, di sini juga terpaksa membesarkan dua daripada lima anaknya yang berstatus OKU.

Kata wanita itu, dia akan kembali kepada rutin hariannya iaitu mengayuh basikal sejauh lima kilometer untuk ke pelantar ikan bagi mengambil upah menyiang ikan seperti mana dilakukannya tiga tahun lalu.

“Sebelum ini saya terpaksa berhenti kerja bagi menjaga suami, Md. Khir Hussien yang terlantar akibat lumpuh seluruh badan selepas diserang strok.

“Jadi, selepas kematian suami minggu lalu saya kena kembali bekerja kerana duit pencen tinggalan suami hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.

“Walaupun ada yang membantu semasa suami saya terlantar sakit dahulu, tapi sekarang dia sudah tiada dan saya tidak boleh terus mengharapkan ihsan orang selagi ada kudrat," katanya.

Selain anak OKU iaitu Mohd. Ridzuan Md. Khir, 22, dan Nurul Nadia, 15, Salihah juga perlu memastikan anak keempatnya yang kini berada di tingkatan lima dapat menghabiskan pelajarannya kerana dia satu-satunya harapan keluarga.

“Mohd. Ridzuan dan Nurul Nadia memang menerima bantuan daripada JKM tetapi saya tak mahu gunakan duit mereka, biarlah duit itu disimpan supaya apabila saya tiada nanti sekurang-kurangnya mereka ada duit.

“Dua lagi anak lelaki berusia 30 dan 27 tahun pula masing-masing tidak mempunyai kerja tetap tetapi kadang-kala dapatlah membantu apa yang patut,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi anak Salihah, Mohd. Nazrin di nombor telefon berikut atau menyumbang menerusi nombor akaun bank atas nama Salihah Ishak:

017-4894655
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Jasin - "Saya harap kerajaan boleh bantu jika ada mana-mana rumah yang sesuai untuk saya duduki," demikian luah Rosnah Baba, 60...


Jasin - "Saya harap kerajaan boleh bantu jika ada mana-mana rumah yang sesuai untuk saya duduki," demikian luah Rosnah Baba, 60, seorang ibu tunggal yang menghidap kanser hidung tahap empat.

Menurut Rosnah, rumah didiami kini yang terletak di Jalan Loji Air, Chinchin sebenarnya dibina atas tanah bukan miliknya.

"Sebenarnya rumah yang kami duduki didirikan atas tanah pusaka sebelah arwah suami, namun setelah kematian suami pada 2010, ada waris yang maklum, ini bukan bahagian kami, jadi saya sudah duduk di atas tanah orang sebenarnya.

"Itu sebab saya berharap sekiranya ada belas ihsan pihak tertentu sekiranya ada mana-mana rumah kerajaan bolehlah bantu saya memohon," katanya.

Mengenai penyakit kanser yang dihidapi, Rosnah berkata, ia mula disahkan pakar perubatan di Hospital Melaka sejak Mac tahun lalu setelah dia mengalami selesema yang berpanjangan dan mengeluarkan darah.

"Apabila saya pergi ke sebuah klinik swasta di Jasin, doktor mengesan semacam ada ketumbuhan di bahagian dalam hidung dan menyarankan saya merujuk ke Hospital Jasin dan kes kemudiannya ke Hospital Melaka.

"Saya sendiri tidak pasti macam mana boleh dapat kanser cuma saya pernah bekerja di sebuah kilang membuat perabot selama lebih 10 tahun, sebelum berhenti kerja pada 2003, mungkin kesan habuk kayu membuatkan hidung saya jadi begini," katanya.

Sementara itu, anak bongsu Rosnah, Siti Aisyah Binti Wahid, 31, berkata, semenjak ibunya mengalami penyakit itu keadaannya agak lemah dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat selain terpaksa mendapatkan rawatan berjadual di Hospital Melaka.

"Sebelum ini saya mengikut suami yang bertugas sebagai anggota tentera di Mersing, tetapi selepas keadaan mak macam ini, saya terpaksa pindah Melaka dan duduk jaga emak bersama adik-beradik lain," katanya. Orang ramai yang ingin membantu ibu tunggal ini boleh berbuat demikian.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pasir Puteh - Kekangan kemiskinan memaksa seorang ibu tunggal dan tiga anak tinggal dalam reban ayam di belakang rumah ibunya, di Kampung...


Pasir Puteh - Kekangan kemiskinan memaksa seorang ibu tunggal dan tiga anak tinggal dalam reban ayam di belakang rumah ibunya, di Kampung Banggol Tiga Daerah, Bukit Abal, di sini tanpa sebarang kemudahan.

Rabiatuladawiyah Ayub, 32, yang berpisah dengan suaminya sejak enam bulan lalu memilih reban ayam yang dibaiki dengan dinding zink terbuang sebagai kediaman mereka sekeluarga kerana tidak mahu mengganggu dan membebankan ibunya.

Menurutnya, bekalan letrik disambung dari rumah ibunya sekadar untuk satu lampu sahaja dan tiada ruang dapur mahupun bilik tidur. "Saya juga mendapat bekalan air dari rumah ibu dan sekali sekala memasak dan makan di luar rumah yang dahulunya adalah reban ayam.

" Rumah ibu juga kecil dan hanya ada satu bilik sahaja sememangnya tidak sesuai untuk kami tinggal di situ. Apa lagi ibu baharu sahaja berkahwin dengan lelaki pilihannya," katanya yang tinggal di situ sejak dua bulan lalu.

Rabiatuladawiyah berkata, anaknya, Wan Nurdhia Irdina Wan Rubuan, 7, Wan Mohd. Aniq Anaqi, 6, dan Wan Mohd Firas Irfan, setahun, hanya makan nasi sekali sehari kerana tidak ada sumber pendapatan.

"Saya juga gagal membekalkan wang saku sekolah kepada Wan Nurdhia Irdina. Saya tidak memasak kerana tidak ada dapur, duit jiran bagi saya gunakan untuk beli makanan. Paling utama empat bungkus nasi untuk sekali makan," katanya.

Kisah keluarga ini tular di laman sosial selepas pemderitaan hidup mereka dikesan NGO yang diketuai Mohd. Asri Abdullah. Menurut Mohd. Asri gabungan lebih 12 NGO bersetuju untuk membantu keluarga tersebut dengan pelbagai pendekatan bagi membela nasib ibu tunggal berkenaan.

Katanya, salah seorang pimpinan NGO, Mohd. Zamrud Hassan sedang berusaha mendapatkan dana untuk membina rumah bagi menggantikan reban ayam. Sementara itu, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Abd. Pattah Hasbullah berkata, kisah keluarga berkenaan sudah mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk JKM.

“JKM telah menghulurkan bantuan segera bagi meringankan bebanan ibu tunggal yang tinggal dalam ruang sempit di atas tanah yang hanya beralaskan tikar.

"Kita juga sedang mengurus bantuan bulanan untuk anaknya sebanyak RM300 sebulan, manakala siasatan lebih terperinci sedang dilakukan oleh penggawa kawasan tersebut," katanya.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM1500

Kota Bharu - Akibat kesempitan hidup, ibu tunggal dikenali sebagai Nurliza Yaakob yang menetap di Kampung Langgar, Kota Bharu ini terpaks...


Kota Bharu - Akibat kesempitan hidup, ibu tunggal dikenali sebagai Nurliza Yaakob yang menetap di Kampung Langgar, Kota Bharu ini terpaksa memberi minum air kosong kepada bayinya yang berusia dua tahun sebagai pengganti susu.

Sudahlah diri sendiri menghidap sakit tulang belakang, ibu tunggal berusia 36 tahun ini buntu memikirkan nasib dua lagi anaknya apabila terpaksa menjalani kehidupan seharian tanpa sumber kewangan tetap. 

Seorang lagi anaknya berusia 11 tahun pula mendapat wang saku sebanyak RM5 setiap hari hasil sumbangan kelab guru dan pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar.

Memetik laporan media, Nurliza hanya bergantung kepada kerja membuat kuih secara kecil-kecilan untuk menampung hidupnya tiga beranak.

Dalam masa sama, dia terpaksa berjimat cermat kerana terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan.

Semoga ada jalan penyelesaian untuk mereka sekeluarga termasuk ihsan orang ramai untuk meringankan beban keluarga ini.

Pembedahan untuk tulang belakang Nurliza akan dibuat dalam tempoh terdekat namun dia masih dalam dilema terhadap pelbagai kemungkinan termasuk pengurusan hidup dua anaknya. Sehubungan itu, orang ramai yang sudi membantu boleh berbuat demikian.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kluang - Ibu kepada tujuh orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun yang enggan mendedahkan nama suaminya itu merayu suaminya pulang ...


Kluang - Ibu kepada tujuh orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun yang enggan mendedahkan nama suaminya itu merayu suaminya pulang selepas menghilangkan diri tanpa sebab sejak awal Januari lalu.

“Saya terpaksa memberikan alasan ayah mereka bekerja jauh semata-mata tidak mahu mereka bersedih,” kat Siti Norafizah Gahlidin, 47, yang mengharapkan kepulangan suaminya kepangkuan keluarga.

“Saya tidak tahu apakah punca suami hilang secara tiba-tiba meninggalkan saya bersama anak-anak tanpa sebarang khabar berita.

“Selama ini, kehidupan keluarga kami tidak berdepan masalah dan keadaan baik, selain tiada perselisihan faham berlaku,” katanya di kediamannya di Taman Sri Lambak dekat Kluang.

Katanya, dia cuba menghubungi suaminya, namun setiap kali panggilan dibuat, talian berkenaan seakan diputuskan dan suaminya enggan bercakap.

“Akibat daripada itu, anak-anak sering bertanyakan mengenai ayah mereka menyebabkan saya hanya mampu memberikan alasan bekerja di tempat jauh dan tidak boleh balik dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan mereka terus mencari,” katanya.

Katanya, dia terpaksa keluar bekerja kerana tidak mahu anak-anaknya terputus rezeki akibat kehilangan tempat bergantung hidup.

“Tiga daripada anak saya bersekolah di sekolah menengah, dua di sekolah rendah dan seorang di tadika. “Saya juga terpaksa menumpangkan anak bongsu bersama jiran ketika keluar untuk bekerja,” katanya.

Katanya, sebelum ini dia pernah bekerja di kilang berdekatan rumah, namun berhenti pada tahun 2009 semata-mata untuk memberikan tumpuan penuh pada suami dan anak-anak.

“Kini saya terpaksa melakukan kerja sebagai pembantu di kedai makan dengan gaji sekitar RM20 sehari untuk menyara keluarga.

“Sebelum ini memang kami bergantung harap kepada pendapatan suami untuk menyara keluarga, namun sejak dia menghilangkan diri saya terpaksa melakukan kerja-kerja seperti ini demi anak-anak,” katanya.

Katanya, keluarganya itu pernah terputus bekalan makanan kerana ketiadaan duit untuk membeli keperluan dapur.

“Kadang kala emak dan adik beradik datang menghantar makanan untuk anak-anak termasuk juga kawan-kawan serta jiran yang mengetahui serta bersimpati dengan nasib kami sekeluarga,” katanya.

Siti Norafizah berkata, dia berharap suaminya bertanggungjawab keatas anak-anak yang ditinggalkan tanpa sebarang nafkah dan punca kewangan.

“Saya dan anak-anak tidak mahu dibiarkan dalam keadaan begini kerana ia penting untuk kami meneruskan kehidupan keluarga,” katanya.

“Jika dia ada perancangan untuk terus meninggalkan kami, buatlah dengan cara yang betul dan janganlah digantung tidak bertali seperti ini. Orang ramai yang ingin membantu meringakan beban keluarga ini boleh berbuat demikian.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Permatang Pauh - “Kalau tak berniaga sehingga ke ‘tengah jalan’, kami tak boleh makan,” kata Maryam Ayob, 62. Kisah keperitan hidup Marya...


Permatang Pauh - “Kalau tak berniaga sehingga ke ‘tengah jalan’, kami tak boleh makan,” kata Maryam Ayob, 62. Kisah keperitan hidup Maryam dan anaknya, Mohd Sahir Rozalee, 34, tular di laman sosial apabila dua beranak itu sanggup menggadai nyawa sehingga menjaja jualan makanan di jalan raya.

Ibu tunggal itu berkata, sejak kematian suami pada 2103, dia hilang tempat bergantung dan terpaksa mencari rezeki menjual bihun goreng, nasi lemak serta kuih-muih untuk menyara hidup bersama anak lelaki yang juga Orang Kurang Upaya. “Saya sebelum ini menjual di tepi jalan, namun tidak laku hingga saya buntu untuk mencari wang.

“Akhirnya, saya bersama anak menarik kereta roda dari rumah kami di Permatang Janggus ke Permatang Rawa kemudian menjualnya dengan mengetuk tingkap kenderaan di tengah jalan bagi melariskan jualan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Permatang Pauh, hari ini.
Menurutnya, mereka terpaksa menjaja makanan yang dijual sehingga ke tengah jalan kerana tidak mampu menyewa gerai.

“Ada kalanya hendak makan pun kami tidak mampu dan melalui cara menjual ‘di tengah jalan’ ini membuatkan jualan kami laris hingga memperoleh hasil antara RM120 ke RM270 sehari,” katanya.

Sebelum itu, Maryam menerima kunjungan Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menyampaikan surat tawaran gerai percuma bagi membantu mereka berniaga dalam keadaan selesa serta tidak membahayakan diri.

Maryam memperoleh bantuan zakat sebanyak RM300 sebulan, manakala anaknya pula menerima bantuan JKM sebanyak RM400 sebulan.

Bagaimanapun, Maryam berkata, wang yang diperoleh itu tidak cukup memandangkan kos sara hidup yang terlalu tinggi.

“Jadi, mahu tidak mahu saya perlu berniaga juga untuk mencari wang dengan dibantu anak lelaki.

“Saya sedar berniaga di tengah jalan ini salah dan membahayakan diri, namun apa boleh buat kerana saya terpaksa demi mencari sesuap nasi,” katanya.

Dalam pada itu, Maryam bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya.

“Syukur sangat sebab saya dan anak tidak tahu apa-apa, nak menyewa gerai sudah tentu kami tidak mampu. “Jadi, apabila ditawarkan gerai secara percuma, ia melegakan hati saya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis MPSP, Shuhada Abdul Rahim berkata, pihaknya menyedari keadaan yang dilalui Maryam dan anaknya apabila terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan hidup mereka.

“Difahamkan mereka sudah berniaga selama tiga tahun sebelum video serta gambar dua beranak itu tular di laman sosial.

“Kita memang lama menyedari apa yang berlaku dan beberapa kali meminta dua beranak itu berhenti berniaga di tengah jalan dengan membawa ke gerai yang lebih selesa, namun mereka menolaknya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dua beranak terbabit akhirnya menerima gerai yang diberikan kepada mereka hari ini,” katanya.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Gua Musang - Seorang ibu tunggal di sini, buntu memikirkan nasib lima anaknya yang membesar dalam serba kedaifan. Suzani bersama lima ana...


Gua Musang - Seorang ibu tunggal di sini, buntu memikirkan nasib lima anaknya yang membesar dalam serba kedaifan. Suzani bersama lima anak dan ibunya di hadapan rumah mereka.

Hanya bergantung kepada kediaman ihsan peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Felda Chiku 1, enam beranak itu ada tempat bergantung. Lebih memeritkan, rumah didiami ada sebarang kelengkapan malah terletak di dalam kebun kelapa sawit dan keadaannya pula bocor sana sini. 

Suzani Ali, 37, berkata, pada awalnya dia mengikut suami ke daerah ini tiga tahun lalu, namun suaminya meninggal dunia menyebabkan dia dan lima anaknya merempat. Menurutnya, dia hanya mengambil upah menebas tanah hutan dengan pendapatan RM35 sehari untuk menyara keluarga. 

“Selain anak, ibu saya juga tinggal bersama saya kerana bapa sudah ada. Nasib baik peneroka di sini bagi kami tempat nggal. “Anak saya, tiga masih bersekolah iaitu Mohd Riduan Sazali, 14, Mohd Amin Shukri, 11, dan Nur Kamilia Darahana, 7. 

Dua lagi, Mohd Abdul Rahman Solihi, 5, dan Nurul Fitriah Raudhah, 7 bulan. Apabila saya bekerja, saya tinggalkan anak-anak dengan ibu,” katanya. 

Suzani yang berasal dari Terengganu berkata, kesempitan hidup memaksa dirinya membanting tulang empat kerat demi keluarga tanpa memikirkan keperluan diri. 

“Memang saya susah. Saya bekerja untuk memastikan anak-anak ke sekolah. Selagi ada upaya, saya bekerja. “Cuma kalau boleh, saya mahu kediaman lain yang lebih selesa. Itu saya tidak mampu, setakat keperluan makan sekadar ada kami anak beranak, bolehlah,” katanya.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Salak Selatan - Ketabahan Puan Idayu ni, beliau menghidap Kanser Tahap 4, beliau yang merupakan ibu tunggal berniaga sekitar kawasan r...



Salak Selatan - Ketabahan Puan Idayu ni, beliau menghidap Kanser Tahap 4, beliau yang merupakan ibu tunggal berniaga sekitar kawasan rumah untuk menyara tiga orang anaknya.

Orang ramai yang melalui area Salak Selatan tu bolehlah support Puan Idayu ni. Lokasinya di Perumahan Program Awam Kos Rendah Jalan 13, Salak Selatan.


Idayu Mohamad
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Tanah Merah - Hanya berbekalkan dengan menjual ikan kering termasuk mengambil upah mengemas rumah sebanyak RM20 sehari, seorang ibu tungg...


Tanah Merah - Hanya berbekalkan dengan menjual ikan kering termasuk mengambil upah mengemas rumah sebanyak RM20 sehari, seorang ibu tunggal tujuh anak nekad menyara kehidupan mereka sekeluarga walaupun turut mengalami masalah kesihatan.

Rohaya Roni, 33, tidak mampu melakukan kerja-kerja berat ekoran menghadapi penyakit jantung, buah pinggang rosak tahap dua, dan penglihatan kabur berpunca dari penyakitnya itu.

Lebih memeritkan kehidupan ibu itu, anak sulungnya, Roselina Abdullah,16, juga mengalami masalah injap jantung rosak.

Rohaya juga menambah, bebanan dirinya bertambah kerana dia bersama tujuh anak berumur antara 4 hingga 16 tahun, terpaksa tinggal di rumah yang disewa dengan bayaran RM150 sebulan yang hanya mempunyai dua bilik tidur.

Dengan upah sebanyak RM20 sehari, Rohaya terpaksa berjimat cermat memandangkan dari sumber itulah dia menampung kehidupan seharian selain memperolehi bantuan bulanan JKM sebanyak RM300 sebulan.

Menurut Rohaya, dia dan anak sulungnya, Roselina, juga perlu berulang alik ke Hospital Tanah Merah untuk menjalani rawatan susulan ekoran penyakitnya itu dengan menunggang motosikal.

"Inilah kenderaan yang saya gunakan untuk menjalankan urusan harian termasuk menghantar anak-anak saya ke sekolah. "Buat masa ini, saya memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos perbelanjaan sekolah anak-anak di samping kos pengangkutan ulang alik ke hospital.

"Lagipun kos perbelanjaan yang diperolehi dari wang ambil upah jual ikan kering dan kemas rumah dan bantuan bulanan JKM saya simpan untuk belanja dapur dan sewa rumah.

"Itupun tidak mencukupi kerana kos belanja ke hospital, duit minyak dan belanja sekolah anak-anak terpaksa saya catu," katanya. Rohaya ditemui dalam kunjungan Badan Bukan Kerajaan Jom Cakna Asnaf di kediamannya di Klewek di sini.

Bachok - Dua keluarga termasuk ibu tunggal bersama tiga anaknya mendiami sebuah rumah kecil yang uzur dan dipenuhi lubang di Kampung Pad...


Bachok - Dua keluarga termasuk ibu tunggal bersama tiga anaknya mendiami sebuah rumah kecil yang uzur dan dipenuhi lubang di Kampung Padang Lati Hilir, Bukit Marak.

Lantai kayunya yang sudah reput membahayakan nyawa 10 penghuni itu terutama anak kecil berusia antara enam bulan hingga 10 tahun.

Malah rumah itu tidak mempunyai bilik tidur dan hanya ditutup dengan tirai kain untuk memisahkan dapur dua keluarga.

Ibu tunggal, Siti Nur Azlina Ghani, 27, berkata, dia bersama abang kandungnya, Mohd Maliki, 29, dan isteri serta empat anak mereka tinggal di rumah milik abang sulung mereka Mohd Azmi, 38.

Katanya, dia sudah dua bulan menumpang di situ selepas suaminya, Mohd Zulkifli Abd Ghaffar, 48, yang bekerja sebagai pemandu lori meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Selepas suami meninggal, saya dan tiga anak hilang tempat bergantung sebelum mengambil keputusan menumpang di rumah ini.

“Walaupun rumah ini menunggu masa untuk menyembah bumi, saya tiada pilihan disebabkan tiada tempat tinggal lain dan ibu bapa juga orang susah.

“Tiga anak juga masih kecil berusia antara lapan bulan hingga tujuh tahun yang menyukarkan saya untuk keluar bekerja,” katanya di rumahnya.

Siti Nur Azlina berkata, dia kini mengharap belas ihsan keluarga untuk meneruskan kelangsungan hidup manakala keperluan sekolah anak sulungnya, Muhammad Danial, 7, dibantu ahli keluarga dan jiran tetangga.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun bank berikut milik Siti Nur Azlina Ghani:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Setiu - Seorang ibu tunggal buntu memikirkan pendapatan untuk menyara lima anaknya selepas kematian suami dua bulan lalu. Rahimah Lateh...


Setiu - Seorang ibu tunggal buntu memikirkan pendapatan untuk menyara lima anaknya selepas kematian suami dua bulan lalu.

Rahimah Lateh, 52, dari Perumahan Binjai Manis, Bandar Permaisuri di sini, berkata, sebelum itu mereka sekeluarga bergantung pada arwah suami yang bekerja sebagai pemandu bas.

Menurutnya, anak sulungnya yang berusia 22 tahun kini sedang menuntut di UiTM manakala anak kedua sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.

"Tiga lagi anak saya masih bersekolah iaitu anak ketiga berusia 16 tahun, ke empat 15 tahun manakala anak bongsu saya pula berusia 12 tahun," katanya.

Kata Rahimah, perbelanjaan harian mereka kini hanya bergantung kepada sedikit wang simpanan yang semakin lama makin susut.

Menurutnya, dia sangat sedih kerana tidak dapat memenuhi keperluan anak-anaknya memandangkan wang yang ada hanya cukup-cukup untuk makan sahaja.

“Simpanan yang ada hanya cukup untuk membeli makan sahaja dan itupun tidak bertahan lama,” katanya.

Tambah Rahimah, secara zahirnya mungkin orang melihat dia senang tetapi hakikatnya saban hari dia bertemankan air mata kerana kesempitan hidup.

Rahimah berkata, dia berharap pihak JKM dapat mempertimbangkan permohonanya untuk mendapatkan bantuan bulanan bagi ibu tunggal.

"Saya sudah mengisi borang sebulan lalu, dengan bantuan bulanan itu sudah tentu dapat menampung perbelanjaan harian saya," katanya.

Nilai - Akibat kesempitan hidup, lima beranak terpaksa menumpang teduh di rumah tinggal di Mantin, Nilai, dalam keadaan serba kekurangan ...


Nilai - Akibat kesempitan hidup, lima beranak terpaksa menumpang teduh di rumah tinggal di Mantin, Nilai, dalam keadaan serba kekurangan termasuk tiada bekalan elektrik dan air sejak sebulan lalu.

Ibu tunggal, Suraya Ahmad, 36, mendakwa tinggal di situ bersama empat anak berusia tiga hingga 16 tahun termasuk seorang anak perempuan lembam.

“Saya tiada pilihan kerana tidak mampu membayar sewa rumah disebabkan tidak bekerja tetap sejak ditinggalkan suami tiga tahun lalu. Saya diceraikan suami ketika anak bongsu masih dalam perut dan hingga sekarang terpaksa hidup berpindah-randah.

“Kami hanya bergantung hidup dengan bantuan JKM sebanyak RM400 sebulan yang diberi kepada anak perempuan saya berusia 16 tahun yang dikategorikan sebagai OKU. Dia juga sebenarnya menghidap penyakit buah pinggang.

“Saya mempunyai dua anak yang bersekolah masing-masing perempuan dan lelaki berusia 13 dan 12 tahun, manakala yang bongsu adalah lelaki berusia tiga tahun.

“Selain perbelanjaan sekolah, paling merisaukan saya ialah pengangkutan mereka dan saya sendiri kerana kami tidak mempunyai kenderaan.

“Ketiadaan kenderaan juga menyukarkan saya untuk ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi mengambil ubat anak dan mendapatkan bantuan lain termasuk daripada Baitulmal. Kadang-kadang kos pengangkutan lebih mahal daripada nilai barangan yang hendak diambil,” dakwanya.

Katanya, selain menerima bantuan JKM, mereka juga menerima bantuan Baitulmal berupa baucer barangan makanan sebanyak RM80 untuk tempoh tiga bulan.

“Saya amat berharap mendapat bantuan rumah yang mempunyai kadar sewa murah dan peluang kerja yang sesuai. Sementara ini saya melakukan kerja membersihkan kediaman tetapi sukar untuk memberi komitmen disebabkan lokasi rumah yang jauh dan tiada kenderaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden PERKASIH N9, Norfadilah Mansor berkata, pihaknya cuba membantu dengan menyumbang barangan makanan.

“Insya-Allah, PERKASIH N9 akan menyenaraikan keluarga ini dalam senarai keluarga asnaf yang perlu dibantu. Dalam masa terdekat, dua anaknya akan diberi bantuan ‘Back To School’. Kami akan berusaha membantu mereka keluar kerana rumah tinggal tanpa bekalan elektrik dan air ini menyukarkan mereka.

“Orang ramai boleh menyumbang kepada keluarga ini melalui nombor akaun bank berikut atas nama Suraya Ahmad atau menghubungi Norfadilah:

012-9805132
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Tak lagi hiraukan rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, menjadi satu rutin bagi Rosilawati Ramli, 37 untuk mengutip sis...


Kota Bharu - Tak lagi hiraukan rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, menjadi satu rutin bagi Rosilawati Ramli, 37 untuk mengutip sisa makanan di pasar, dekat sini bagi mengisi perut anak-anaknya yang menunggu di rumah.

Ibu tunggal ini akan ke Pasar Minggu di Kampung Kedai Lalat setiap minggu untuk mengutip sisa sayur, buah dan lauk yang tidak boleh dijual untuk dibawa pulang.

Menurut Rosilawat, terdapat segelintir peniaga baik hati yang memberikan makanan kepadanya, malah ada juga makanan yang dikutipnya di tong sampah asalkan dirasanya masih boleh dimakan dan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Babong, Sering di sini.

“Malu dan sedih sudah tidak saya pedulikan lagi asalkan perut anak terisi kerana saya tidak mampu menyediakan makanan sedap untuk mereka.

“Kelengkapan dalam rumah seperti tilam, bantal termasuk pakaian juga kebanyakannya diperoleh daripada tong sampah,” katanya yang sudah menjadi ibu tunggal selepas bercerai dengan suami sejak dua tahun lalu.

Rosilawati mengambil upah mencuci rumah penduduk kampung selama dua jam sehari untuk lima hari seminggu dengan bayaran RM10 sejam bagi menampung kehidupannya bersama empat anaknya yang berusia dua hingga 12 tahun.

Bagaimanapun, Rosilawati melakukan kerjanya hanya pada sebelah petang kerana terpaksa menunggu anaknya Asmida Taqifah Ahmad Rusidi, 12, yang belajar di Tahun Enam di sebuah sekolah pulang terlebih dahulu untuk menjaga anak bongsunya yang berusia 2 tahun.

Lebih memeritkan apabila mereka berlima kini terpaksa menumpang di rumah jiran untuk beberapa hari kerana terpaksa keluar dari rumah sewa selepas tidak mampu untuk menjelaskan hutang bil elektrik yang mencecah hampir RM700.

“Saya ada dapat rumah sewa sekitar RM200-RM250 tapi tuan rumah meminta wang deposit dua bulan, manalah saya mampu,” katanya yang turut menerima bantuan JKM sebanyak RM200 sebulan untuk dua anaknya yang masih bersekolah.

Nasib yang menimpa Rosilawati sekeluarga mendapat perhatian Yayasan Amal Datuk Zul Wisma yang hadir melawat dan memberikan sumbangan melalui pengerusinya Datuk Dr Zulkepli Mohamed.

Jelas Zulkepli, pihaknya akan cuba sedaya upaya bagi membantu keluarga Rosilawati termasuk menyediakan rumah kediaman sekiranya Rosilawati mempunyai tanah dan cuba mencari rumah sewa dan membantu membayar sewa bulanannya jika sebaliknya.

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal empat anak dihimpit kesusahan dan terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan ...


Kota Bharu - Seorang ibu tunggal empat anak dihimpit kesusahan dan terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad di Jalan Long Yunus.

Lebih menyedihkan, bilik stor tersebut terletak berhampiran tangki najis yang menjadi “taman permainan” anak-anak Najwa Lipayang, 31, yang berusia antara dua hingga 10 tahun.

Turut tinggal bersama mereka, ibu Najwa, Ruzana Amat, 53.

Najwa yang berasal dari Thailand dan berkahwin dengan lelaki tempatan dikurniakan empat cahaya mata, Nur Airis Natasha Mohd Khalis, 10, Muhamad Hafiz Danial, 6, Muhamad Hazim, 4 dan Nur Aina Syuhada, 2, kesemuanya memiliki sijil kelahiran Malaysia.

Pasangan suami isteri itu, bagaimanapun bercerai pada Januari lalu, menyebabkan Nawja hilang tempat bergantung.

Kerana kesempitan hidup itu juga, Nur Airis Natasha dan Muhamad Hafiz Danial berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk ke Sekolah Sultan Ismail 2 selain kadang kala dihantar oleh nenek mereka.

Najwa berkata, stor yang menjadi tempat tinggal mereka itu ditumpangkan tanpa bayaran, namun malangnya perlu dikosongkan pada penghujung bulan ini.

“Stor inilah tempat kami tidur, walaupun tidak ada bilik, tiada tandas, tapi kami masih boleh berteduh dan berehat di sini.

“Kalau mandi kami mandi di luar sebab di sini tidak ada bilik air dan tandas kami tumpang milik bangunan kedai, tetapi selepas ini tidak tahu apa nasib kami kerana sudah tiada tempat tinggal,” katanya.

Menurutnya, dia ada mencari rumah sewa, namun perlu memikirkan kemampuan untuk menjelaskan bayaran bulanannya kerana hanya bekerja sebagai pembantu gerai.

“Pendapatan saya hanya RM20 hingga RM25 sehari bergantung kepada keuntungan jualan dan duit itulah yang digunakan untuk membeli lauk pauk dan makanan kepada anak-anak.

“Kadang-kadang kalau tidak ada duit sangat, saya bagi anak-anak sajalah makan nasi bersama lauk, saya pula makan nasi dengan kuah sahaja pun tidak apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan ke stor berkenaan menimbulkan rasa kagum terhadap wanita itu kerana menitik beratkan aspek kebersihan dengan baju-baju yang didermakan orang ramai kepada Nawja serta anak-anak berada dalam keadaan tersusun rapi.

Hanya ada sekeping tilam nipis, bantal, kipas kecil dan periuk nasi elektrik berserta sebuah meja buruk terletak kemas di bahagian masing-masing.

Menurutnya, dia sangat menghargai pemberi orang ramai dan menjaga baju itu dengan rapi selain meletakkan plastik di luar bagi mengelak habuk atau terkena kotoran.

“Saya pula suka mengemas dan diri sendiri pun selalu berhias, tetapi kerana melihat kepada pemakaian saya yang kemas ini menyebabkan kadang-kala orang salah erti dan tidak percaya saya orang susah.

“Sebenarnya ini semua baju derma dan walaupun kami dalam keadaan serba kekurangan, saya kena jaga kebersihan kerana bimbang anak terkena penyakit, takut nanti sudahlah susah, sakit pula,” katanya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Nur Airis Natasha Mohd Khalis atau menghubungi Najwa di talian:

016-2552846
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pasir Mas - Ibu tunggal menderita penyakit kanser payudara tahap empat kini hanya mampu terlantar sejak tiga bulan lalu. Lebih menyedih...


Pasir Mas - Ibu tunggal menderita penyakit kanser payudara tahap empat kini hanya mampu terlantar sejak tiga bulan lalu.

Lebih menyedihkan, ibu kepada tiga cahaya mata berusia 46 tahun itu, diceraikan suami di saat wanita itu memerlukan sokongan insan tersayang ketika bertarung dengan penyakit berkenaan.

Nasib Siti Narizan Mustapha ibarat jatuh ditimpa tangga menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa diuruskan ibunya, Limah Hassan, 76, termasuk makan minum hasil bantuan zakat yang diperoleh warga emas itu sebanyak RM150 sebulan.

Tiga anak Siti Narizan iaitu Nor Shafiqah Amira Mohamad Afendi, 22; Mohd Zulhilmi Abdul Rahman, 17, dan Nur Alia Safiya Abdullah, 5.

Siti Narizan berkata, Nor Shafiqah Amira dan Nur Alia Safiya tinggal bersamanya manakala Mohd Zulhilmi tinggal dengan keluarga bekas suami keduanya sejak kecil lagi.

Katanya, sebelum ini dia bekerja sebagai penoreh getah bagi membantu ibunya demi meneruskan hidup, namun kini sudah tidak mampu melakukan sebarang kerja kerana kanser dihadapinya semakin teruk.

“Ketika berusia 29 tahun saya sudah menghidap kanser namun tidak teruk dan masih sihat untuk mencari pendapatan, sehinggalah awal tahun ini kanser semakin teruk dan doktor memaklumkan sudah pada tahap empat.

“Saya tidak mahu menjalani kemoterapi kerana tidak tahan menanggung kesakitan dan kini hanya berserah kepada Allah dan bersedia sekiranya ajal sudah tiba.

“Namun, jauh di sudut hati saya bimbang dengan nasib anak sekiranya saya sudah tiada terutama Nor Shafiqah Amira yang mempunyai masalah lembam dan anak bongsu yang masih kecil.

“Siapa mahu menjaga mereka kerana bapa mereka sendiri tidak pernah memberi nafkah,” katanya di kediamannya di Kampung Mokel Tok Uban, Pasir Mas, hari ini.

Siti Narizan berkata, dia reda jodohnya dengan ketiga-tiga suami tidak panjang dan bekas suami ketiga turut meninggalkannya ketika dia bertarung dengan penyakit.

“Mungkin perjalanan hidup saya sudah tertulis begini, namun saya bimbang nasib anak-anak nanti. Kami sekeluarga hanya bergantung dengan duit ibu diperoleh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan iaitu RM150 sebulan.

“Dalam keadaan sakit terlantar saya sepatutnya memakai lampin pakai buang, namun disebabkan tidak mampu menyebabkan saya terpaksa buang air kecil di tempat pembaringan,” katanya.

Sementara itu, Limah berkata, dia sudah beberapa kali ke pejabat JKM untuk mendapatkan bantuan namun gagal menyebabkan dia terpaksa bekerja di usia tua untuk menampung keperluan anak serta cucunya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Siti Narizan:

Progress:

RM100 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini