Ibu tunggal sedih memikirkan nasib lima anak hidup daif - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Gua Musang - Seorang ibu tunggal di sini, buntu memikirkan nasib lima anaknya yang membesar dalam serba kedaifan. Suzani bersama lima ana...

Ibu tunggal sedih memikirkan nasib lima anak hidup daif


Gua Musang - Seorang ibu tunggal di sini, buntu memikirkan nasib lima anaknya yang membesar dalam serba kedaifan. Suzani bersama lima anak dan ibunya di hadapan rumah mereka.

Hanya bergantung kepada kediaman ihsan peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Felda Chiku 1, enam beranak itu ada tempat bergantung. Lebih memeritkan, rumah didiami ada sebarang kelengkapan malah terletak di dalam kebun kelapa sawit dan keadaannya pula bocor sana sini. 

Suzani Ali, 37, berkata, pada awalnya dia mengikut suami ke daerah ini tiga tahun lalu, namun suaminya meninggal dunia menyebabkan dia dan lima anaknya merempat. Menurutnya, dia hanya mengambil upah menebas tanah hutan dengan pendapatan RM35 sehari untuk menyara keluarga. 

“Selain anak, ibu saya juga tinggal bersama saya kerana bapa sudah ada. Nasib baik peneroka di sini bagi kami tempat nggal. “Anak saya, tiga masih bersekolah iaitu Mohd Riduan Sazali, 14, Mohd Amin Shukri, 11, dan Nur Kamilia Darahana, 7. 

Dua lagi, Mohd Abdul Rahman Solihi, 5, dan Nurul Fitriah Raudhah, 7 bulan. Apabila saya bekerja, saya tinggalkan anak-anak dengan ibu,” katanya. 

Suzani yang berasal dari Terengganu berkata, kesempitan hidup memaksa dirinya membanting tulang empat kerat demi keluarga tanpa memikirkan keperluan diri. 

“Memang saya susah. Saya bekerja untuk memastikan anak-anak ke sekolah. Selagi ada upaya, saya bekerja. “Cuma kalau boleh, saya mahu kediaman lain yang lebih selesa. Itu saya tidak mampu, setakat keperluan makan sekadar ada kami anak beranak, bolehlah,” katanya.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini