Ibu tunggal kayuh basikal 5km untuk sara dua orang anak OKU - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Alor Setar - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan seorang ibu tunggal berusia 58 t...

Ibu tunggal kayuh basikal 5km untuk sara dua orang anak OKU


Alor Setar - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan seorang ibu tunggal berusia 58 tahun yang perlu kembali bekerja untuk menyara keluarganya.

Salihah Ishak yang tinggal di Kuala Kedah, di sini juga terpaksa membesarkan dua daripada lima anaknya yang berstatus OKU.

Kata wanita itu, dia akan kembali kepada rutin hariannya iaitu mengayuh basikal sejauh lima kilometer untuk ke pelantar ikan bagi mengambil upah menyiang ikan seperti mana dilakukannya tiga tahun lalu.

“Sebelum ini saya terpaksa berhenti kerja bagi menjaga suami, Md. Khir Hussien yang terlantar akibat lumpuh seluruh badan selepas diserang strok.

“Jadi, selepas kematian suami minggu lalu saya kena kembali bekerja kerana duit pencen tinggalan suami hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.

“Walaupun ada yang membantu semasa suami saya terlantar sakit dahulu, tapi sekarang dia sudah tiada dan saya tidak boleh terus mengharapkan ihsan orang selagi ada kudrat," katanya.

Selain anak OKU iaitu Mohd. Ridzuan Md. Khir, 22, dan Nurul Nadia, 15, Salihah juga perlu memastikan anak keempatnya yang kini berada di tingkatan lima dapat menghabiskan pelajarannya kerana dia satu-satunya harapan keluarga.

“Mohd. Ridzuan dan Nurul Nadia memang menerima bantuan daripada JKM tetapi saya tak mahu gunakan duit mereka, biarlah duit itu disimpan supaya apabila saya tiada nanti sekurang-kurangnya mereka ada duit.

“Dua lagi anak lelaki berusia 30 dan 27 tahun pula masing-masing tidak mempunyai kerja tetap tetapi kadang-kala dapatlah membantu apa yang patut,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi anak Salihah, Mohd. Nazrin di nombor telefon berikut atau menyumbang menerusi nombor akaun bank atas nama Salihah Ishak:

017-4894655
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini