Ibu tujuh anak derita hidup susah ditinggalkan oleh suami tak bertanggungjawab - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kluang - Ibu kepada tujuh orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun yang enggan mendedahkan nama suaminya itu merayu suaminya pulang ...

Ibu tujuh anak derita hidup susah ditinggalkan oleh suami tak bertanggungjawab


Kluang - Ibu kepada tujuh orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun yang enggan mendedahkan nama suaminya itu merayu suaminya pulang selepas menghilangkan diri tanpa sebab sejak awal Januari lalu.

“Saya terpaksa memberikan alasan ayah mereka bekerja jauh semata-mata tidak mahu mereka bersedih,” kat Siti Norafizah Gahlidin, 47, yang mengharapkan kepulangan suaminya kepangkuan keluarga.

“Saya tidak tahu apakah punca suami hilang secara tiba-tiba meninggalkan saya bersama anak-anak tanpa sebarang khabar berita.

“Selama ini, kehidupan keluarga kami tidak berdepan masalah dan keadaan baik, selain tiada perselisihan faham berlaku,” katanya di kediamannya di Taman Sri Lambak dekat Kluang.

Katanya, dia cuba menghubungi suaminya, namun setiap kali panggilan dibuat, talian berkenaan seakan diputuskan dan suaminya enggan bercakap.

“Akibat daripada itu, anak-anak sering bertanyakan mengenai ayah mereka menyebabkan saya hanya mampu memberikan alasan bekerja di tempat jauh dan tidak boleh balik dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan mereka terus mencari,” katanya.

Katanya, dia terpaksa keluar bekerja kerana tidak mahu anak-anaknya terputus rezeki akibat kehilangan tempat bergantung hidup.

“Tiga daripada anak saya bersekolah di sekolah menengah, dua di sekolah rendah dan seorang di tadika. “Saya juga terpaksa menumpangkan anak bongsu bersama jiran ketika keluar untuk bekerja,” katanya.

Katanya, sebelum ini dia pernah bekerja di kilang berdekatan rumah, namun berhenti pada tahun 2009 semata-mata untuk memberikan tumpuan penuh pada suami dan anak-anak.

“Kini saya terpaksa melakukan kerja sebagai pembantu di kedai makan dengan gaji sekitar RM20 sehari untuk menyara keluarga.

“Sebelum ini memang kami bergantung harap kepada pendapatan suami untuk menyara keluarga, namun sejak dia menghilangkan diri saya terpaksa melakukan kerja-kerja seperti ini demi anak-anak,” katanya.

Katanya, keluarganya itu pernah terputus bekalan makanan kerana ketiadaan duit untuk membeli keperluan dapur.

“Kadang kala emak dan adik beradik datang menghantar makanan untuk anak-anak termasuk juga kawan-kawan serta jiran yang mengetahui serta bersimpati dengan nasib kami sekeluarga,” katanya.

Siti Norafizah berkata, dia berharap suaminya bertanggungjawab keatas anak-anak yang ditinggalkan tanpa sebarang nafkah dan punca kewangan.

“Saya dan anak-anak tidak mahu dibiarkan dalam keadaan begini kerana ia penting untuk kami meneruskan kehidupan keluarga,” katanya.

“Jika dia ada perancangan untuk terus meninggalkan kami, buatlah dengan cara yang betul dan janganlah digantung tidak bertali seperti ini. Orang ramai yang ingin membantu meringakan beban keluarga ini boleh berbuat demikian.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini