Ibu tunggal terlantar menderita penyakit kanser payudara tahap empat - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Pasir Mas - Ibu tunggal menderita penyakit kanser payudara tahap empat kini hanya mampu terlantar sejak tiga bulan lalu. Lebih menyedih...

Ibu tunggal terlantar menderita penyakit kanser payudara tahap empat


Pasir Mas - Ibu tunggal menderita penyakit kanser payudara tahap empat kini hanya mampu terlantar sejak tiga bulan lalu.

Lebih menyedihkan, ibu kepada tiga cahaya mata berusia 46 tahun itu, diceraikan suami di saat wanita itu memerlukan sokongan insan tersayang ketika bertarung dengan penyakit berkenaan.

Nasib Siti Narizan Mustapha ibarat jatuh ditimpa tangga menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa diuruskan ibunya, Limah Hassan, 76, termasuk makan minum hasil bantuan zakat yang diperoleh warga emas itu sebanyak RM150 sebulan.

Tiga anak Siti Narizan iaitu Nor Shafiqah Amira Mohamad Afendi, 22; Mohd Zulhilmi Abdul Rahman, 17, dan Nur Alia Safiya Abdullah, 5.

Siti Narizan berkata, Nor Shafiqah Amira dan Nur Alia Safiya tinggal bersamanya manakala Mohd Zulhilmi tinggal dengan keluarga bekas suami keduanya sejak kecil lagi.

Katanya, sebelum ini dia bekerja sebagai penoreh getah bagi membantu ibunya demi meneruskan hidup, namun kini sudah tidak mampu melakukan sebarang kerja kerana kanser dihadapinya semakin teruk.

“Ketika berusia 29 tahun saya sudah menghidap kanser namun tidak teruk dan masih sihat untuk mencari pendapatan, sehinggalah awal tahun ini kanser semakin teruk dan doktor memaklumkan sudah pada tahap empat.

“Saya tidak mahu menjalani kemoterapi kerana tidak tahan menanggung kesakitan dan kini hanya berserah kepada Allah dan bersedia sekiranya ajal sudah tiba.

“Namun, jauh di sudut hati saya bimbang dengan nasib anak sekiranya saya sudah tiada terutama Nor Shafiqah Amira yang mempunyai masalah lembam dan anak bongsu yang masih kecil.

“Siapa mahu menjaga mereka kerana bapa mereka sendiri tidak pernah memberi nafkah,” katanya di kediamannya di Kampung Mokel Tok Uban, Pasir Mas, hari ini.

Siti Narizan berkata, dia reda jodohnya dengan ketiga-tiga suami tidak panjang dan bekas suami ketiga turut meninggalkannya ketika dia bertarung dengan penyakit.

“Mungkin perjalanan hidup saya sudah tertulis begini, namun saya bimbang nasib anak-anak nanti. Kami sekeluarga hanya bergantung dengan duit ibu diperoleh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan iaitu RM150 sebulan.

“Dalam keadaan sakit terlantar saya sepatutnya memakai lampin pakai buang, namun disebabkan tidak mampu menyebabkan saya terpaksa buang air kecil di tempat pembaringan,” katanya.

Sementara itu, Limah berkata, dia sudah beberapa kali ke pejabat JKM untuk mendapatkan bantuan namun gagal menyebabkan dia terpaksa bekerja di usia tua untuk menampung keperluan anak serta cucunya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Siti Narizan:

Progress:

RM100 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini