
Lantai kayunya yang sudah reput membahayakan nyawa 10 penghuni itu terutama anak kecil berusia antara enam bulan hingga 10 tahun.
Malah rumah itu tidak mempunyai bilik tidur dan hanya ditutup dengan tirai kain untuk memisahkan dapur dua keluarga.
Ibu tunggal, Siti Nur Azlina Ghani, 27, berkata, dia bersama abang kandungnya, Mohd Maliki, 29, dan isteri serta empat anak mereka tinggal di rumah milik abang sulung mereka Mohd Azmi, 38.
Katanya, dia sudah dua bulan menumpang di situ selepas suaminya, Mohd Zulkifli Abd Ghaffar, 48, yang bekerja sebagai pemandu lori meninggal dunia akibat serangan jantung.
“Selepas suami meninggal, saya dan tiga anak hilang tempat bergantung sebelum mengambil keputusan menumpang di rumah ini.
“Walaupun rumah ini menunggu masa untuk menyembah bumi, saya tiada pilihan disebabkan tiada tempat tinggal lain dan ibu bapa juga orang susah.
“Tiga anak juga masih kecil berusia antara lapan bulan hingga tujuh tahun yang menyukarkan saya untuk keluar bekerja,” katanya di rumahnya.
Siti Nur Azlina berkata, dia kini mengharap belas ihsan keluarga untuk meneruskan kelangsungan hidup manakala keperluan sekolah anak sulungnya, Muhammad Danial, 7, dibantu ahli keluarga dan jiran tetangga.
Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun bank berikut milik Siti Nur Azlina Ghani:
0 comments: