Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kinta - Nor Rohani Zainal Abidin, 54, terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja kilang awal tahun lalu kerana ketidakmampuannya bekerja set...


Kinta - Nor Rohani Zainal Abidin, 54, terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja kilang awal tahun lalu kerana ketidakmampuannya bekerja setelah melakukan pembedahan menggantikan tulang belakangnya dengan besi.

"Permohonan wang pampasan SOCSO saya ditolak kerana dari segi fizikalnya saya dilihat mampu berkerja, namun pergerakan saya terbatas kerana masalah kesihatan yang dialami serta terpaksa menjaga kebajikan anak sulung yang menghidap penyakit sawan," adunya ringkas.

Melalui program ziarah ini, PAS Medan Klebang Restu menemui salah seorang penerima sumbangan makanan asas dapur ini yang dipercayai tidak menerima wang pampasan SOCSO berikutan penyakit dihidapinya.

PAS Cawangan Medan Klebang Restu diketuai Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Medan Klebang Restu, Ustaz Mohd Imam Baihaqi Hassan telah mengadakan ziarah kebajikan di kawasan perumahan ini, di sini semalam.

"Kita mendapat tajaan daripada orang ramai bagi menjayakan program sumbangan infak tetap bulanan ini. Antara penerima yang layak menerima bantuan ialah ibu tunggal, golongan asnaf dan pesakit kronik," ujarnya.

Beliau kini sedang membuat rayuan kali kedua untuk menerima wang SOCSO berikutan komplikasi tulang belakang yang beliau hadapi.

Ketua Muslimat PAS Medan Klebang Restu, Jamani Azizan mengharapkan bantuan dan sumbangan orang ramai untuk disalurkan sumbangan buat Nor Rohani bagi membantu urusan kebajikannya.

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank berikut atas nama Nor Rohani Zainal Abidin atau menghubunginya:

017-5443946
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Padang Terap - Seorang ibu dari Kuala Nerang dekat sini memohon bantuan orang ramai untuk membeli bateri baharu mesin bantuan pernafasan...


Padang Terap - Seorang ibu dari Kuala Nerang dekat sini memohon bantuan orang ramai untuk membeli bateri baharu mesin bantuan pernafasan anak lelakinya yang menderita penyakit jantung kompleks sejak lahir.

Annur Syakirah Mahazir, 23, berkata bateri itu rosak hampir 11 bulan lepas sekali gus menyukarkan pergerakan Muhammad Rayyan Mikail Mohd Yazid, lima tahun, yang antaranya mengalami masalah saluran injap jantung bocor, saluran pernafasan sempit, jantung berlubang serta masalah paru-paru kronik.

"Kalau bateri ini tidak ada susah untuk bawak Rayyan keluar ke hospital misalnya, pernah sekali bawa dia ke hospital tanpa pakai mesin bantuan pernafasan ini, oksigen dia drop hingga kena marah dengan doktor. Di rumah kita boleh pasang guna elektrik, namun jika bekalan elektrik tiba-tiba tiada, mendatangkan masalah juga kepada dia.

"Dia bergantung kepada mesin ini waktu tidur malam dan siang, selebihnya dia ada buka juga kalau nak main.

Tetapi memang kena bergantung hidup dengan mesin ini sahaja. Sebab itu doktor cakap untuk panjangkan umur dia, kena pakai mesin ini sahaja. Mesin bantuan pernafasan yang kami ada ini pun hasil bantuan orang lain," katanya.

Katanya, mereka tidak mampu membeli bateri baharu berharga RM4,500 itu kerana mengalami kekangan kewangan memandangkan suaminya Mohd Yazid Lazim, 28, hanya bekerja sebagai penoreh getah manakala Annur yang kini mengandung juga tidak bekerja kerana menjaga anak sulungnya itu.

Annur berkata suaminya perlu membelanjakan kira-kira RM1,100 setiap bulan bagi membeli susu khas untuk anaknya itu, tidak termasuk keperluan lain seperti lampin pakai buang dan kos berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi rawatan susulan lima hingga enam kali sebulan.

Katanya, mereka sekeluarga mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM350 sebulan manakala suaminya pula pemegang kad OKU kerana buta mata sebelah kiri akibat kemalangan sebelum mereka berkahwin lagi.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk wang tunai boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Annur Syakirah atau menghubunginya:

013-8610858
Progress:

RM0 raised

Goal: RM4500

Assalamualaikum, kawan saya, Budin VS Baguk & PageKhas Mini telah memulakan bisnes kecil kecilan untuk menampung perbelanjaan membel...


Assalamualaikum, kawan saya, Budin VS Baguk & PageKhas Mini telah memulakan bisnes kecil kecilan untuk menampung perbelanjaan membeli tong oksigen dan keperluan keluarga. Saya sangat menggalakkan semua orang untuk membeli jualan mereka kerana...

Din adalah seorang yang tak mudah menyerah kalah dan meminta minta. Walaupun dalam keadaan tidak boleh bergerak kerana hanya di atas katil hospital (Din menghidap kanser dan InshaAllah dengan kuasa Allah akan lebih baik di masa hadapan).

Din berada dalam keadaan koma beberapa minggu lepas, tetapi sebelum koma dia tetap sempat mengambil order tempahan tag nama khat, sebab din tidak mudah putus asa dan terer.

Din adalah bekas guru sekolah, satu satunya yang bekerja menanggung keluarga, dan tidak dapat bekerja selepas disahkan menghidap kanser. Din masih lagi terlantar atas katil hospital, bergantung 24 jam dengan mesin oksigen, dan masih tidak menyerah kalah mengharapkan orang lain untuk membantu keluarganya. Din tetap berusaha keras.

Masih ingat kes Bas Rapid KL yang merempuh berpuluh kenderaan dari Columbia ke Ampang? Din dan isteri adalah antara mangsa kejadian, dan sehingga sekarang masih tidak mendapat sebarang respon atau pampasan dari pihak rapid, kereta rosak secara total. Mereka sudah tidak punya kenderaan keluarga.

Kesimpulannya, sekiranya mampu, marilah kita beli jualan din dan war war kan kepada rakan rakan lain. Serta sila kongsikan post ini supaya lebih ramai tahu tentang bisnes kecil din.

Target terdekat din dan page adalah untuk mengumpul dana membeli mesin oksigen mudah alih, katil hospital, dan wheelchair supaya Din dapat pulang ke rumah kepangkuan anak anak kecil.

Harga:
Nametag magnet RM15
Nametag pin RM12
Postage RM9 sm / RM16 ss

*Buat yang menempah, harap faham keadaan Din yang terbatas nak reply laju laju ya, and nak siapkan order ambil masa sedikit.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan, sila berhubung dengan:

011-18698085
t_biduanda
teratak.biduanda
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pasir Puteh - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah nasib yang berlaku kepada seorang lelaki bernama Mohd Zaid Bin M...


Pasir Puteh - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah nasib yang berlaku kepada seorang lelaki bernama Mohd Zaid Bin Mat Yusof berusia 33 tahun, apabila hidupnya berubah serta merta setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Akibat daripada kemalangan tersebut, Mohd Zaid mengalami pendarahan yang teruk di kepala sehingga menyebabkan, tempurung di kepalanya terpaksa diasingkan.

Sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak, berusia 4 tahun, 3 tahun dan yang paling bongsu berusia 9 bulan. Ayah kepada tiga orang anak ini difahamkan tidak mampu lagi menggerakan kaki dan tangannya.

Difahamkan, isterinya yang merupakan seorang suri rumah telah dibantu oleh pihak JKM. Mohd Zaid tidak makan dan minum seperti biasa dan hanya bergantung kepada susu khas.

Bersimpati melihat dugaan dihadapi Mohd Zaid dan keluarga, rata-rata netizen telah menzahirkan rasa simpati dan doa agar ayah kepada tiga orang anak ini segera sembuh. Malah, ada juga sempat memberikan sumbangan.

Semoga dengan doa dan sumbangan yang diberikan, dapatlah sedikit sebanyak meringan beban encik Mohd Zaid dan keluarganya. Pada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah.

Sebarang bantuan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Suhana Binti Abdullah atau menghubunginya:

011-2526478
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Seri Iskandar - Assalamualaikum. Saya dengan rendah diri ingin memohon bantuan orang ramai untuk kos rawatan dialisis mak saya untuk bebe...


Seri Iskandar - Assalamualaikum. Saya dengan rendah diri ingin memohon bantuan orang ramai untuk kos rawatan dialisis mak saya untuk beberapa hari.

Kalau mengikut gambar dibawah, mak saya, Hajijah bt Abdul Rahman akan dicas RM250 setiap kali dialisis. Mohon bantuan sementara dapat bantuan dari pusat Baitulmal dan sebagainya.


Maklumat tambahan, seminggu mak saya kena buat 3 kali proses dialisis, bermakna seminggu dalam RM750 kos untuk rawatan tersebut. 

Saya mohon bantuan ini hanya untk sementara sahaja hingga Baitulmal meluluskan bantuan kewangan untuk rawatan dialisis mak saya.

Minta bantuan rakan-rakan bantu saya untuk memudahkan proses dialisis mak saya. Untuk sumbangan anda boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Mohammad Syah Ikhwan:

Mohammad Syah Ikhwan
Progress:

RM0 raised

Goal: RM750

Kuala Lumpur - Niat penghidap kanser tulang untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini sekali lagi terbantut apabila keadaan tidak mengizi...


Kuala Lumpur - Niat penghidap kanser tulang untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini sekali lagi terbantut apabila keadaan tidak mengizinkan selepas menjalani pembedahan memotong kaki kanannya bulan lalu.

Ini adalah tahun ketiga di mana Nursyafiqah Syamsul Akhmar, 19, terpaksa melupakan hasrat menduduki SPM selepas dia disahkan menghidap penyakit itu pada 2017.

Menurut ibunya, Saedah Mohd Said, 45, kaki kanan anaknya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa Nursyafiqah selepas tahap kesihatannya kian merosot.

“Sebelum ini, dia ada menjalani kimoterapi di HKL tetapi kurang berkesan dan kaki kanannya perlu dipotong. Kini dia diberikan kaki palsu untuk melakukan rutin harian.

“Buat masa sekarang dia cuba menyesuaikan diri dengan kaki palsu itu dan masih menggunakan tongkat untuk berjalan,” katanya di rumah di Perumahan Kos Rendah peringkat tiga dan empat di sini, semalam.

Beliau berkata, anaknya sentiasa berharap untuk menduduki SPM namun terpaksa melupakannya untuk tahun ini kerana perlu menjalani rawatan susulan di HKL.

Katanya, penyakit dihidapi Nursyafiqah mula dikesan pada bahagian tulang lutut serta paha apabila anggota itu membengkak sejak berada di tingkatan lima hingga memaksanya bercuti dan tidak ke sekolah.

“Saya terkedu apabila doktor mengesahkan anak perempuan saya menghidap kanser tulang tahap tiga dan tidak dapat diselamatkan lagi,” katanya.

Saedah berkata, Nursyafiqah juga anak kedua daripada tiga beradik itu kini memerlukan penjagaan rapi termasuk perlu kerap ke HKL bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Sebagai suri rumah saya hanya bergantung kepada pendapatan suami untuk menampung perbelanjaan ke HKL.

Suami Yusri Mohamed, 39, hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan selain dia turut menghidapi penyakit asma yang kronik,” katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Nursyafiqah boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Seremban - Sudah hampir 10 bulan ayah meninggalkan mereka, namun hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan anak-anak yatim ini setelah ke...


Seremban - Sudah hampir 10 bulan ayah meninggalkan mereka, namun hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan anak-anak yatim ini setelah kehilangan ayah yang kembali ke Rahmatullah 6 Januari lalu, kerana kanser tiroid.

Muhammad Hailfie Jasni, 19, yang bakal menduduki STPM tahun ini kini bekerja sambil belajar bagi menampung kehidupan dua adiknya selepas kematian bapa pada awal tahun ini manakala ibunya pula meninggalkan mereka pada tahun 2016.

Dua adik yang dijaganya, Muhammad Hailzrul, 15, bakal menduduki peperiksaan PT3 manakala Normia Zahrah, 12, akan menduduki UPSR.

Dua lagi adiknya, Muhammad Hailrun, 18, dan Normi Azrina, 16, berada di bawah jagaan ibu saudaranya di Sepang.

Katanya, dia mencari ikhtiar hidup dengan bekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera dengan gaji sebanyak RM500 sebulan selepas kematian bapa.

“Saya tidur tiga jam sehari. Rutin harian saya jam 8 pagi hingga jam 4 petang ke sekolah, jam 5 petang hingga tengah malam saya bekerja.

“Pada jam 4 pagi, saya mengulang kaji pelajaran sehingga jam 6 pagi. Selepas itu, saya menyiapkan sarapan, kelengkapan dan menghantar adik-adik ke sekolah dengan motosikal satu-satunya peninggalan arwah bapa.

“Adik-adik adalah nyawa saya dan harta yang bapa tinggalkan. Amanat akhir bapa, jangan sesekali berpisah. Sebab itu, saya bimbang jika mereka diambil JKM,” katanya di rumah sewanya di Taman Negeri Ampangan.

Muhammad Hailfie berkata, dia meletakkan dirinya sebagai ibu, bapa, kakak, abang, imam, kawan dan guru kepada adik-adik.

Katanya, ketabahan bapa berjuang melawan penyakit kanser tiroid sehingga nafas terakhir demi anak-anak dijadikan pembakar semangat setiap kali dia berasa sedih dan kecewa.

“Saya masih ingat pada 2016, ibu bercerai dan meninggalkan arwah abah selepas disahkan menghidap usus pecah. Ketabahan arwah amat luar biasa. Selepas seminggu menjalani pembedahan, dia terus kembali bekerja demi mencari nafkah untuk anak-anaknya.

“Malah ketika doktor memaklumkan jangka hayatnya tinggal tiga bulan sahaja lagi, arwah tetap yakin dia boleh sembuh,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, demi memujuk hati arwah bapanya, dia memberitahu tempoh tiga bulan itu bukan jangka hayat tetapi tempoh doktor menjaga bapanya untuk pulih seperti sedia kala.

Muhammad Hailfie pernah berjaya mencatat keputusan 6A ketika Sijil Pelajaran Malaysia tetapi memutuskan untuk mengambil STPM demi menjaga adik-adiknya ketika arwah bapa sakit.

“Tiada lagi bermain futsal atau keluar makan dengan rakan-rakan. Kehidupan saya hanyalah untuk adik-adik.

“Perjalanan hidup adik-adik saya masih jauh. Arwah bapa tidak meninggalkan harta benda tetapi mendidik kami adik beradik dengan nilai diri yang terbaik. Kami saling membantu dan melindungi satu sama lain,” katanya sebak.

Beliau yang bercita-cita menjadi pakar ekonomi berharap adik-adiknya menerima bantuan untuk persekolahan.

Difahamkan JKM dan Baitulmal sudah menerima permohonan Muhammad Hailfie yang dikemukakannya sendiri, baru-baru ini.

“Saya menghubungi pemilik rumah sewa kami, Noor Ashikin Radzali memaklumkan tunggakan sewa selama enam bulan belum dapat dibayar, harap Baitulmal luluskan permohonan,” katanya.

Orang ramai yang sudi menyumbang boleh terus ke akaun bank berikut atas nama Muhammad Hailfie atau menghubunginya:

011-21098195
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Tumpat - Bukan mudah untuk seorang lelaki menggalas tugas sebagai ibu dan bapa sekaligus apatah lagi untuk menjaga tujuh orang anak denga...


Tumpat - Bukan mudah untuk seorang lelaki menggalas tugas sebagai ibu dan bapa sekaligus apatah lagi untuk menjaga tujuh orang anak dengan tiga darinya merupakan anak istimewa.

Namun itu yang diharungi oleh seorang bapa tunggal dari Kampung Kok Keli, Tumpat yang kematian isteri akibat kanser payu dara pada tahun 2017.

Menguruskan tiga anak yang menghidap cerebral palsy bukan sesuatu yang mudah, namun bagi Mohd Zain Abdullah, 56, tanggungjawab itu digalas sejak lebih dua tahun lalu selepas kematian isterinya.

Ketika hayat isterinya, Allahyarham Nooraini Ismail, tiga anak istimewa mereka, Khairul Nisaa’, 25; Muhammad Amir, 18 dan Ain Husna, 17, sangat rapat dan manja dengan arwah ibu mereka.

Mohd Zain berkata, apabila isteri meninggal dunia pada Disember 2016 akibat kanser payudara, tiga anak istimewa ini terutama Ain Husna merengek setiap waktu dalam tempoh beberapa bulan.

“Saya juga tidak dapat bekerja selama tempoh itu kerana terpaksa menguruskan tiga anak ini kerana empat anak yang lain (normal) belum lagi biasa dengan tugas menguruskan tiga beradik istimewa ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Keli 1, di sini, baru-baru ini.

Mohd Zain yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, dia yang baharu setahun mula bekerja semula hanya mengambil tugasan di tapak binaan yang berhampiran rumahnya sahaja kerana perlu pulang seketika untuk memandikan tiga anak istimewa itu.

Katanya, bukan anak yang lain tidak boleh menguruskannya, namun tugasan memandikan mereka, hanya beliau sahaja yang mampu mengendalikan terutama Khairul Nisaa’ yang agak agresif.

Dua anak yang lain iaitu Umi Shamira, 26, dan Mohd Amar Aizat, 21, banyak membantu Mohd Zain menguruskan tiga anak istimewa itu termasuk menyuap makanan dan minuman.

Mohd Zain turut meminta Mohd Amar Aizat supaya tidak mencari kerja lain buat sementara waktu walaupun anak ketiga dari tujuh beradik itu baru menamatkan pengajian di Pusat Giat Mara Tumpat.

“Sekurang-kurangnya kehadiran Mohd Amar dapat meringankan sedikit beban tugas saya menguruskan tiga beradik istimewa itu setiap kali keluar bekerja,” katanya.

Mohd Zain berkata, dia terharu apabila anak sulungnya, Umi Shamira pernah memberitahunya bahawa dia tidak kisah jika tidak berumah tangga kerana ingin menjaga tiga adiknya itu.

“Ada yang pernah merisiknya baru-baru ini namun dia menolak kerana memikirkan tiga adiknya ini yang mungkin akan ditinggalkan jika dia berumah tangga kelak.

“Saya sama sekali tidak akan menyekat, jika jodoh anak saya tiba suatu hari nanti kerana itu masa depannya dan saya tetap akan menggalas tanggungjawab menjaga tiga amanah ini sehingga akhir hayat,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Mohd Zain Abdullah:

013-9704598
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Jika anda sangkakan kehidupan anda susah, sebenarnya ada mereka diluar sana yang hidup lebih susah daripada kita. Tatkala ...


Kota Bharu - Jika anda sangkakan kehidupan anda susah, sebenarnya ada mereka diluar sana yang hidup lebih susah daripada kita. Tatkala kita masih dapat menjamah nasi bersama lauk, namun ada yang hanya makan nasi berlaukkan kuah air garam sahaja.

Itulah kisah enam beranak dari Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan ini tidak pernah merungut meskipun hanya dapat menikmati juadah nasi tanpa lauk, malah kerap makan hanya berkuahkan air garam sahaja disebabkan kemiskinan hidup.

Sedih,sebak, pilu melihat anak ini makan nasi berlauk kicap, tetapi tidak sesedih dan sepilu dan terhiris hati seorang nenek Zaharah bt Omar, 52.

Dia yang tinggal bersama anaknya yang juga ibu kepada dua orang anak berumur 6 dan 4 tahun iaitu Che Siti Fatihah bt Jaafar, 25.

Ini sajalah yang mampu Makcik Zaharah bagi makan pada 3orang anak dan dua cucunya. Kadang-kadang hanya mampu membeli telur RM2 untuk dibuat lauk dikongsi makan enam orang. 

Makcik Zaharah dan Fatihah hanya menampung perbelanjaan hariaan dengan mengambil upah cungkil isi kelapa dengan upah hanya RM12 untuk 100 biji kelapa. 

Anak lelaki Makcik Zaharah, Mohd Azmi bin Jaafar, 22, pula seorang OKU yang rosak saraf pertuturan akibat terminum minyak tanah semasa kecil bekerja dengan mengambil upah apa-apa saja yang disuruh dengan pendapatan yang tak seberapa dan tidak tetap.

Ada kerja adalah gaji. Mereka tinggal dirumah subsidi yang tak sempurna dengan lantai yang banyak reput, berlubang dan tidak bertingkap.

Semoga ada insan-insan diluar sana yang berhati mulia sudi membantu meringankan bebanan keluarga ini.

Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Che Siti Fatihah bt Jaafar atau hubungi beliau:

017-9709194
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Kongsi Portal Ini