Kota Bharu - Jika anda sangkakan kehidupan anda susah, sebenarnya ada mereka diluar sana yang hidup lebih susah daripada kita. Tatkala kita masih dapat menjamah nasi bersama lauk, namun ada yang hanya makan nasi berlaukkan kuah air garam sahaja.
Itulah kisah enam beranak dari Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan ini tidak pernah merungut meskipun hanya dapat menikmati juadah nasi tanpa lauk, malah kerap makan hanya berkuahkan air garam sahaja disebabkan kemiskinan hidup.
Sedih,sebak, pilu melihat anak ini makan nasi berlauk kicap, tetapi tidak sesedih dan sepilu dan terhiris hati seorang nenek Zaharah bt Omar, 52.
Dia yang tinggal bersama anaknya yang juga ibu kepada dua orang anak berumur 6 dan 4 tahun iaitu Che Siti Fatihah bt Jaafar, 25.
Ini sajalah yang mampu Makcik Zaharah bagi makan pada 3orang anak dan dua cucunya. Kadang-kadang hanya mampu membeli telur RM2 untuk dibuat lauk dikongsi makan enam orang.
Makcik Zaharah dan Fatihah hanya menampung perbelanjaan hariaan dengan mengambil upah cungkil isi kelapa dengan upah hanya RM12 untuk 100 biji kelapa.
Anak lelaki Makcik Zaharah, Mohd Azmi bin Jaafar, 22, pula seorang OKU yang rosak saraf pertuturan akibat terminum minyak tanah semasa kecil bekerja dengan mengambil upah apa-apa saja yang disuruh dengan pendapatan yang tak seberapa dan tidak tetap.
Ada kerja adalah gaji. Mereka tinggal dirumah subsidi yang tak sempurna dengan lantai yang banyak reput, berlubang dan tidak bertingkap.
Semoga ada insan-insan diluar sana yang berhati mulia sudi membantu meringankan bebanan keluarga ini.
Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Che Siti Fatihah bt Jaafar atau hubungi beliau:
0 comments: