Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Georgetown - Dalam usia baru setahun, Muhamad Iman Haziq Mohamad Izham terpaksa menjalani tiga pembedahan kerana menghidap penyakit paru...


Georgetown - Dalam usia baru setahun, Muhamad Iman Haziq Mohamad Izham terpaksa menjalani tiga pembedahan kerana menghidap penyakit paru-paru kronik.

Ibu Muhamad Iman Haziq, Hasmanita Aziz, 30, berkata, anak tunggalnya itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Sejurus dilahirkan pramatang, anaknya itu terpaksa dirawat di Hospital Sungai Petani, Kedah, selama 56 hari selepas didapati mengalami masalah jantung berlubang.

Namun ketika berusia lima bulan, Muhamad Iman Haziq didapati mempunyai masalah salur darah terkeluar daripada jantung ke paru-paru dan perlu menjalani pembedahan.

“Selepas pembedahan itu berjaya, dia terpaksa menjalani satu lagi pembedahan berikutan masalah saluran pernafasan sempit.

“Ketika dalam pemantauan doktor, kesihatan anak saya sekali lagi diuji dan perlu menjalani pembedahan ketiga berikutan saluran pernafasannya kembali sempit akibat jangkitan kuman,” katanya.

Muhamad Iman Haziq kemudian dihantar ke Hospital Serdang, Selangor dengan menaiki helikopter bagi menjalani prosedur meluaskan saluran pernafasan (balloon angioplasty) dan kembali dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Kini, kesihatan Muhamad Iman Haziq terjejas berikutan dijangkiti virus herpes yang menyebabkan saluran pernafasannya kembali sempit dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Saya dimaklumkan doktor belum ada pakar di Malaysia yang boleh merawat penyakit berkenaan dan kerana itu saya merayu pakar luar negara mengubatinya.

“Sejak melahirkan Muhamad Iman Haziq, saya terpaksa berhenti kerja di kedai menjual makanan sejuk beku dan jarang pulang ke rumah kerana perlu tinggal di wad bersama anak,” katanya.

Muhamad Iman Haziq memerlukan dana untuk membeli mesin alat bantuan pernafasan dan oksigen yang dianggarkan bernilai RM50,000.

Selain itu, anak kecil terbabit juga memerlukan sekurang-kurangnya 12 tin susu khas berharga kira-kira RM100 setiap satu bagi keperluannya selama sebulan.

“Sudah lama kami tidak tinggal di rumah seperti keluarga lain. Urusan rumahtangga kini dibantu suami, Mohamad Izham Idrus, 31, yang bekerja di kilang di Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Hasmanita Aziz:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM50000

Kuala Lumpur - Niat asal mahu memulakan kehidupan baru selepas perceraian dan kematian ayah, tetapi apabila ingin memulakan hidup baru d...


Kuala Lumpur - Niat asal mahu memulakan kehidupan baru selepas perceraian dan kematian ayah, tetapi apabila ingin memulakan hidup baru di ibu kota, ia tidak semudah yang difikirkannya.

Itulah kisah seorang ibu tunggal, Mazliana Mohamad, 32, dan tiga anaknya, Nurlisa Adriana, 11, Nurkalisa Aryne, 7, dan Muhamad Fakhrul Aizudin, 2, yang menyewa bilik di rumah kedai di Pandan Indah.

"Tujuan ke sini adalah untuk memulakan kehidupan baru tetapi hingga ke hari ini ia masih buntu dengan kesempitan walaupun cuba untuk berdikari.

"Kali pertama saya tiba di sini, kesihatan saya mula merosot dan saya mengalami serangan asma sehingga hari ketiga saya terpaksa pergi ke wad.

"Anak-anak diserahkan penjagaan kepada adik angkat untuk sementera," kata wanita asal Johor Bahru itu.

Kerana rancangan awal tidak berhasil, Mazliana berada di bawah tekanan dan berfikir tentang mengikuti bapanya 'pergi' kerana tidak tahan dengan dugaan hidup.

Apa lagi, sepanjang hayatnya, ayahnya adalah harapan Mazliana dan anak-anaknya.

"Saya berasa sangat sedih kerana sejak semangat tersisa, saya tidak mempunyai tempat untuk bergantung. Apabila saya sakit, dia berada di sana. Malah kanak-kanak sekolah, dia membantu. Sekarang saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Sampai ke tahap saya fikir membawa anak mati bersama," katanya. Beliau berkata bapanya meninggal akibat serangan jantung dan kanser paru-paru pada 19 Julai.

Pada masa ini, kekuatan Mazliana adalah anak-anaknya walaupun mereka telah mengadu tentang ingin kembali ke sekolah.

Untuk membantu menjaga kehidupan anak-anak, dia bekerja sebagai jurujual sambilan dan membantu rakan perniagaan dalam talian dengan pendapatan antara RM700 dan RM800 sebulan.

Dengan jumlah wang itu, Mazliana digunakan untuk membayar sewa biliknya sebanyak RM300, membeli peralatan dapur, lampin dan susu bayi.

"Biasanya selebihnya RM100 ditinggalkan selama sebulan. Kami telah lapar selama beberapa hari selain makan sepinggan kongsi empat beranak.

"Anak-anak tidak dapat minum susu hampir sebulan dan terpaksa diberikan sirap sahaja. Lampin juga tak mampu beli dan hanya memakai pakaian yang koyak.

"Apabila saya pergi bekerja, anak-anak ditinggalkan dibawah penjagaan anak sulung. Tetapi sejak saya diganggu oleh orang asing yang ingin masuk ke rumah sewa ini, saya takut meninggalkan mereka, "katanya.

Dalam hati, Mazliana berharap dapat mengumpul wang untuk mencari rumah yang lebih selesa dan anak kembali ke sekolah.

"Anak-anak selalu mengatakan mereka mahu memakai pakaian sekolah dan kasut. Mereka juga sering mengatakan bahawa jika datuk masih ada, mungkin nasib mereka tidak seperti ini.

"Apabila saya mendengar mereka bercakap mengenai datuk nenek mereka, saya amat sedih kerana harapan saya hanya pada arwah," katanya.

Orang yang ingin membantu meringankan beban Mazliana dan anak-anaknya boleh mendermakan kepada akaun bank berikut atas nama Mazliana Mohamad:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Georgetown - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang warga emas yang dikenali sebag...


Georgetown - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang warga emas yang dikenali sebagai Jamal bin Madar.

Pak Jamal memerlukan bantuan untuk anaknya, Mohd Sukri b Mohd Jamal yang kini terlantar kerana strok yang menyebabkannya lumpuh.

Bantuan kewangan diperlukannya untuk membeli keperluan anaknya, Sukri selepas keluar dari wad hospital nanti.

Menurut perkongsian di Facebook, Pak Jamal kini bekerja sebagai tukang cuci untuk menyara dirinya dan anak.

Lebih menyedihkan, isteri dan anak perempuannya telah meninggaldunia disebabkan perkara yang sama.

Kini Pak Jamal hanya tinggal berdua bersama Sukri di flat PPR Taman Manggis.

Admin mohon warga Malaysia yang prihatin tolong bantu Mamu Jamal ini yang memerlukan bantuan untuk anaknya yang diserang sakit brain strok (lumpuh). Sekarang berada di Hospital Pulau Pinang wad C6.

Pakcik ini tinggal di flat PPR Taman Manggis. Dia perlukan bantuan kewangan untuk beli barangan keperluan anaknya sebab selepas discaj hospital kena tanggung perbelanjaan sendiri.

Buat masa ini pakcik terpaksa kerja cleaner sebab nak kena sara anak dia saja. Pakcik pun sudah tidak kuat, umur lebih 70 tahun.

Lebih memilukan lagi, isteri dan Anak perempuan dia meninggal sebab sakit yang sama. Sekarang pakcik tinggal dengan anak laki ini saja.

Semoga segala urusan Pak Jamal dan anaknya Sukri sentiasa dipermudahkan oleh Allah. Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Mohd Jamal bin Madar atau hubunginya:

012-2548100
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

Sibu - Sepasang suami isteri memohon bantuan orang ramai bagi membiayai pembedahan bayi mereka berusia sebulan yang kini menerima rawatan...


Sibu - Sepasang suami isteri memohon bantuan orang ramai bagi membiayai pembedahan bayi mereka berusia sebulan yang kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor sejak 3 Oktober lalu.

Ahmad Nazren Morni dan isterinya Rostina Bahrin memerlukan bantuan kewangan itu untuk pembedahan kali kedua bayi mereka yang dijangka dilakukan pada bulan depan.

Aqinnah Sofea mengalami masalah usus bocor sejak lahir pada 23 September lalu dan dimasukkan ke hospital berkenaan pada 3 Oktober lalu untuk menjalani pembedahan kali pertama.

Pasangan suami isteri itu yang menetap di Selangor, pernah memohon bantuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan tetapi ditolak atas sebab bukan berasal dari Selangor.

Pasangan ini tidak pernah memohon bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini.

Ahmad Nazren yang berasal dari Daro, bahagian Mukah bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat kereta di Damansara.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi yang diiringi Pegawai Rumah Sarawak Awang Supian Awang Daud melawat keluarga berkenaan di Wad NICU, Hospital Sungai Buloh kelmarin.

Ketibaan beliau disambut Ketua Jabatan Unit Rawatan Rapi Neonatal Dr See Kwee Ching.

Sehubungan itu, pasangan suami isteri ini mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Johnie dan pihak hospital termasuk staf Jabatan Kerja Sosial Rosalina Sabirin dan Matron Jabatan Pediatrik Wirdawari Basar.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Ahmad Nazren di talian berikut:

011-37972019
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

Kuala Lumpur - Memohon sumbangan ikhlas bagi membantu pembiayaan kos perubatan sakit tulang belakang kronik, saudara Muhammad Yusoff Fahm...


Kuala Lumpur - Memohon sumbangan ikhlas bagi membantu pembiayaan kos perubatan sakit tulang belakang kronik, saudara Muhammad Yusoff Fahmi bin Mansor.

Merujuk perkara di atas, saudara kita, Yusoff, siswa guru tahun akhir dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar akan menjalani rawatan tulang belakang (Facet Joint Syndrome) untuk kali kedua di KPJ Sentosa, Kuala Lumpur dengan jumlah rawatan sebanyak lebih kurang RM8,000, tidak termasuk alat-alat bantuan perubatan yang juga menelan kos yang tinggi.

Sebelum ini, iaitu kali pertama beliau mendapat rawatan, kos perubatannya telah menelan perbelanjaan sebanyak RM10,000. 


Kini beliau berada pada Semester 7 (Semester 1 Tahun 4) dan dijangka akan menamatkan pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG pada Mei 2020.

Ayuh kita sama-sama bantu saudara kita ini. Tak dapat bantu untuk hulur sumbangan dalam bentuk kewangan, bantu kongsikan post ini agar individu yang lain dapat tahu akan perkara ini. 

Mohon kepada anda semua agar doakan saudara kita ini, semoga beliau diberikan kesembuhan dan dapat menjalani pengajian PISMP di IPG seperti biasa dengan baik. Aamin.

InshaAllah, beliau akan mendapat rawatan perubatan kali kedua pada 28 Oktober ini. Dengan rendah hati, saya mengajak kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas untuk membantu saudara kita ini, anda boleh menyalurkan sumbangan ke akaun milik Muhammad Yusoff Fahmi bin Mansor seperti berikut:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM8000

Kulai - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tiada mak ayah yang hendak melihat anak-anak mereka merana dalam kesakitan. Itu pe...


Kulai - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tiada mak ayah yang hendak melihat anak-anak mereka merana dalam kesakitan. Itu permulaan nukilan dari Facebook Mohd Fadhli bin Othman tentang sahabatnya.

Hatta dahulu waktu kecil, seekor nyamuk tidak akan dizinkan untuk hinggap pada kulit anak. Itulah pengorbanan ibu dan ayah.

Itu yang berlaku kepada sahabat aku Jeffri Senin. Beliau di uji dengan anaknya Rayyana yang sedang menghidap kanser tulang. Rayyana sekarang berusia 9 tahun. Sahabat aku ni orang Kulai.

Kau orang bayangkan seorang kanak-kanak diberi rawatan kemoterapi. Dalam jadual, Rayyana akan kemo sebanyak 14 kali, 3 minggu sekali selama setahun. Kemoterapi ni orang kata panas.

Adik Rayyana telah menjalani kemo yang kali pertama rambutnya telah mula gugur dan kepalanya botak. Paling aku sayu dan terkesan bapanya turut membotakkan kepala.

Aku yakin, Jeffri Senin bapa kepada Rayyana ini sedang meraikan dan menghiburkan anaknya supaya anaknya rasa ada geng botak bersama. Sungguh besar pengorbanan kau bang.

Hari ini, Rayyana ambil ujian sekolah agama. Ibu ayahnya beri full support kepada Rayyana. Lulus atau gagal itu nombor dua. Semangat Rayyana itu yang penting.

Aku doakan abang Jeffri Senin dan isteri dapat terus kuat dan tabah. Kepada adik Rayyana, percayalah seluruh rakyat Malaysia yang membaca ini sedang mendoakan adik abang comel ini.

Kepada rakan dan follower saya yang ingin menyumbang apa sahaja, boleh terus hubungi atau pm ayah Rayyana, abang Jeffri Senin.

Ayuh kita ringankan tulang membantu bersama. Paling kurang kita share tulisan ini agar ada insan yang pemurah dapat membaca dan menyumbang.

Hari ini hari mereka. Esok lusa hati kita. Tinggalkan kata kata semangat kepada abang Jeffri dan Rayyana di ruang komen.

Sesiapa yang ingin membantu, di sini saya siapkan nombor akaun abang Jeffri Senin:

Jeffri Senin
Progress:

RM50 raised

Goal: RM1000

Kulim - Mohon keprihatinan semua untuk bantu adik ini, Shahir Shamin bin Shuhardi dan keluarganya iaitu anak bongsu dari empat beradik se...


Kulim - Mohon keprihatinan semua untuk bantu adik ini, Shahir Shamin bin Shuhardi dan keluarganya iaitu anak bongsu dari empat beradik sejak lahir lagi menderita sakit:

1. Saluran jantung terkalih (umur 2 bulan)
2. Usus tersumbat (umur 6 bulan)
3. Masalah saluran pernafasan sempit (umur 8 bulan);
4. Masalah paru-paru (1 tahun 4 bulan)

Kos rawatan RM95000 masih berhutang dengan hospital dan kos rawatan yang akan datang masih belum tahu berapa jumlahnya.

Tidak termasuk perbelanjaan harian susu serta lain-lain lagi. Adik ini terpaksa berkongsi susu dengan bayi yang lain di atas sebab faktor kewangan. Ibu dan ayahnya berulang alik ke hospital dan berjumpa dengan doktor pakar hingga ibu dan ayahnya telah di berhentikan kerja oleh majikan.

Sekarang mereka sangat memerlukan bantuan pada sesiapa yang ingin hulurkan bantuan. Jika tidak mampu menyumbang, sharekan post ini ke kenalan supaya ramai yang lain dapat mendoakan semoga adik ini cepat sembuh dan keluarganya di permudahkan segala urusan.

Terima kasih kepada semua yang salurkan bantuan kepada keluarga ini serta yang mendoakan untuk adik ni. Semoga di permudahkan segala urusan, inshaAllah. Amin.

Sebarang urusan boleh terus hubungi ibu anak syurga ini, Suhana bt Yob:

012-4527609
Progress:

RM0 raised

Goal: RM95000


blog counter views

Kuala Krai - Bayangkan terpaksa terlantar atas katil selama 14 tahun akibat kemalangan jalan raya. Itulah dugaan yang cukup berat buat Mo...


Kuala Krai - Bayangkan terpaksa terlantar atas katil selama 14 tahun akibat kemalangan jalan raya. Itulah dugaan yang cukup berat buat Mohd Faizul Rahimi, 32.

Ibunya Siti Eshah Mahamood, 60, berkata ia lebih menyedihkan bagi anak sulungnya itu, kakinya menjadi hitam dan berkerumping.

"Selepas kemalangan itu, anaknya itu lumpuh dari pinggul akibat ketidakaktifan untuk masa yang lama, selain darah tidak bergerak dengan baik dan tidak menerima rawatan di hospital.

"Makcik akan membasuh kaki Mohd Faizul sekali sehari kerana tidak dapat membawanya ke hospital atau klinik berdekatan selama lima tahun yang lalu disebabkan oleh kekangan pengangkutan dan kekangan kewangan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 4 , Jalan Kuala Krai.

Mengulas kejadian itu, Siti Eshah berkata anak lelakinya terlibat dalam kemalangan di Kuching, Sarawak pada 2006 selepas kereta rakannya, Mohd Faizul bertembung dengan pokok ketika kembali ke asrama ketika belajar di Institut Latihan Perindustrian.

"Akibat kemalangan itu, anak makcik cedera parah dan terpaksa dimasukkan besi di bahagian belakang kerana saraf dan lehernya rosak teruk.

"Selama sebulan, ibu saudara saya dirawat di Hospital Umum Sarawak sebelum dibawa pulang ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan menerima rawatan selama tiga bulan sebelum dibebaskan.

Bagaimanapun, dua tahun kemudian, Mohd Faizul telah kembali ke HRPZ II selama setahun kerana jangkitan gout dan ketika itu doktor juga memasang beg najis dan saluran kencing, "katanya.

Siti Eshah berkata selepas kematian suaminya sembilan tahun yang lalu akibat serangan jantung, dia kini dibantu oleh anak bongsunya, Mohd Fikri, 24, yang bekerja sebagai mekanik.

"Apabila suaminya masih hidup, dia membesarkan dan membasuh Mohd Faizul, tetapi sekarang kudrat telah berkurangan, dia hanya menjangkakan anak bongsu untuk menjaga Mohd Faizul.

"Pada masa ini, saya sangat memerlukan bilik yang selesa dengan tandas untuk memudahkan mandi kerana bilik yang ada uzur kerana dimakan anai," katanya.

Menurutnya, kos anaknya ialah RM500 sebulan dan dia bersyukur kerana Mohd Faizul menerima RM350 sebulan daripada JKM selain daripada sumbangan saudara-mara dan rakan-rakan.

"Anak lain ada juga menghulurkan sumbangan, namun sekadar cukup-cukup sahaja kerana mereka juga susah dan mempunyai tanggungjawab lain,” katanya.

Orang yang ingin membantu boleh menghubungi melalui nombor akaun bank berikut bagi pihak Siti Eshah Mahamood atau menghubunginya:

011-27718601
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

Jerantut - Hanya berumur dua tahun, tetapi penderitaannya tidak dapat dibayangkan apabila disahkan bahawa dia mempunyai tujuh penyakit ak...


Jerantut - Hanya berumur dua tahun, tetapi penderitaannya tidak dapat dibayangkan apabila disahkan bahawa dia mempunyai tujuh penyakit akibat VACTERL (kumpulan kecacatan ketika kelahiran).

Siti Nurjannah Umaira Ahmad Zainuddin telah didiagnosis dengan masalah buah pinggang, jantung, paru-paru abnormal, tulang tidak sempurna, sumbing, kesukaran makan dan bercakap. Kes ini hanya berlaku 1 dalam 4,000 kelahiran.

Bapa Nurjannah, Ahmad Zainuddin Abdul Rahman, 45, dan ibu, Siti Norzurain Fatima Ab Razak, 31, berkata anak mereka itu sudah disahkan menghidap penyakit tersebut sejak lahir.

"Saya tidak tahu bahawa anak saya mempunyai pelbagai masalah kerana ketika lahir tidak ada tanda dan setelah dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, baru doktor mengesahkan bahawa dia menghidap VACTERL.

"Doktor meletakkannya di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama empat bulan dan dua bulan di wad biasa sebelum dibawa ke rumah," katanya, yang tinggal di Kuala Teh di sini semalam.

Siti Norzurain Fatima berkata Siti Nurjannah Umaira, yang merupakan anak bongsu dari tiga beradik yang menjalani rawatan jantung dan buah pinggang di HOSHAS dan pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya sekali setiap tiga bulan untuk rawatan tulang.

"Sekarang, anak saya tidak dapat berjalan dan duduk. Saya perlu menyokongnya. Dia juga tidak boleh makan makanan keras kecuali untuk susu yang perlu dimasukkan melalui hidungnya.

"Dia memerlukan sekurang-kurangnya tiga tin susu khas. Kami bernasib baik kerana Klinik Desa Kuala Teh menyumbangkan dua tin susu sebulan," katanya.

Siti Norzurain Fatima juga perlu menjaga anak lelaki sulung mereka, Ahmad Adi Putra, 10, yang mempunyai penyakit jantung kronik dan suami yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak mampu bekerja keras.

"Saya sekarang perlu menjual nasi lemak setiap hari untuk menampung perbelanjaan keluarga saya sambil berharap suami dapat bekerja," katanya.

Sesiapa yang pemurah yang ingin membantu Siti Nurjannah Umaira boleh membuat sumbangan kepada nombor akaun bank berikut atas nama Siti Norzurain Fatima Ab Razak:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500


blog counter views

Kongsi Portal Ini