Bapa tabah sokong anak hidap kanser tulang, kemoterapi 14 kali setahun - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kulai - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tiada mak ayah yang hendak melihat anak-anak mereka merana dalam kesakitan. Itu pe...

Bapa tabah sokong anak hidap kanser tulang, kemoterapi 14 kali setahun


Kulai - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tiada mak ayah yang hendak melihat anak-anak mereka merana dalam kesakitan. Itu permulaan nukilan dari Facebook Mohd Fadhli bin Othman tentang sahabatnya.

Hatta dahulu waktu kecil, seekor nyamuk tidak akan dizinkan untuk hinggap pada kulit anak. Itulah pengorbanan ibu dan ayah.

Itu yang berlaku kepada sahabat aku Jeffri Senin. Beliau di uji dengan anaknya Rayyana yang sedang menghidap kanser tulang. Rayyana sekarang berusia 9 tahun. Sahabat aku ni orang Kulai.

Kau orang bayangkan seorang kanak-kanak diberi rawatan kemoterapi. Dalam jadual, Rayyana akan kemo sebanyak 14 kali, 3 minggu sekali selama setahun. Kemoterapi ni orang kata panas.

Adik Rayyana telah menjalani kemo yang kali pertama rambutnya telah mula gugur dan kepalanya botak. Paling aku sayu dan terkesan bapanya turut membotakkan kepala.

Aku yakin, Jeffri Senin bapa kepada Rayyana ini sedang meraikan dan menghiburkan anaknya supaya anaknya rasa ada geng botak bersama. Sungguh besar pengorbanan kau bang.

Hari ini, Rayyana ambil ujian sekolah agama. Ibu ayahnya beri full support kepada Rayyana. Lulus atau gagal itu nombor dua. Semangat Rayyana itu yang penting.

Aku doakan abang Jeffri Senin dan isteri dapat terus kuat dan tabah. Kepada adik Rayyana, percayalah seluruh rakyat Malaysia yang membaca ini sedang mendoakan adik abang comel ini.

Kepada rakan dan follower saya yang ingin menyumbang apa sahaja, boleh terus hubungi atau pm ayah Rayyana, abang Jeffri Senin.

Ayuh kita ringankan tulang membantu bersama. Paling kurang kita share tulisan ini agar ada insan yang pemurah dapat membaca dan menyumbang.

Hari ini hari mereka. Esok lusa hati kita. Tinggalkan kata kata semangat kepada abang Jeffri dan Rayyana di ruang komen.

Sesiapa yang ingin membantu, di sini saya siapkan nombor akaun abang Jeffri Senin:

Jeffri Senin
Progress:

RM50 raised

Goal: RM1000

0 comments:

Kongsi Portal Ini