Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Johor Bahru - Enam beradik hilang tempat bergantung selepas ibu mereka, Salina Sulaiman, 35, meninggal dunia akibat kanser rahim Disember...


Johor Bahru - Enam beradik hilang tempat bergantung selepas ibu mereka, Salina Sulaiman, 35, meninggal dunia akibat kanser rahim Disember lalu sementara bapa mereka telah terpisah sebelum ibunya meninggal dunia lagi.

Sejak itu, Noorazlina Abdullah, 17, sebagai anak sulung dan adik lelakinya Muhd Denny Hakimie Emran,16, menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk bekerja demi menyara adik-adiknya yang masih kecil.

Sejak kisah mereka tular di media sosial, Noorazlina akui menerima kunjungan dan bantuan daripada pelbagai pihak malah ada juga cadangan dikemukakan untuk menempatkan mereka di rumah anak yatim.

Namun kata Noorazlina, biarpun kehidupan mereka sukar, arwah ibunya telah mengamanahkan kepadanya dan adiknya, Muhd Denny untuk sentiasa bersama menjaga empat lagi adiknya.

"Mak pesan jangan pisah adik beradik. Itu amanah mak pada kami. Saya sayang semua adik-adik saya, saya tak nak dipisah-pisahkan. "Memang ada yang minta nak ambil anak angkat atau hantar rumah anak yatim, tapi saya tak nak berpisah dengan mereka," katanya.

Menurut Noorazlina, ibunya sering sakit pada Mei tahun lalu sebelum mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail pada bulan September.

"Sebelum ini kami tak tahu pun mak sakit. Bulan Mei itu mak dah mula sakit teruk di rumah, bulan September baru mak masuk hospital.

"Bulan Disember mak tinggalkan kami dan sejak itu kami dibantu makcik menyewa di Kampung Tenang sebelum dikenalkan dengan bos (pemilik kedai runcit Z Mart milik Mohd Zamri Maulud, 52) dan tinggal di sini," katanya.

Mohd Zamri mempelawa keenam-enam beradik ini tinggal di rumah kedai miliknya secara percuma sejak dua bulan lalu malah Azlina dan Hakimie dibenarkan bekerja secara sambilan di Z Mart dengan menerima upah kira-kira RM1,000 sebulan.

Noorazlina berkata, lima adiknya adalah Mohamad Denny Hakimie, 16, Puteri Dennish Ismilralldha, 14; Puteri Nur Isfarrizah Zehra, 5; Puteri Nur Isma Balqis, 4, dan Muhd Fateh Ikhwan, 2.

Menurutnya, dia bersyukur kerana kehidupan serba kekurangan mereka mendapat perhatian ramai yang sering mengunjungi keluarga dan menghulurkan sumbangan. Katanya, individu terbabit juga bertanggungjawab mencarikan bilik sewa demi meringankan bebanannya menanggung sewa yang tinggi.

“Saya bersyukur kerana seorang daripada mereka dikenali sebagai Haji Mohd Zamri Maulud sanggup menanggung sewa bilik ini yang terletak di bangunan rumah kedai di Jalan Cempedak, Ulu Tiram bersebelahan dengan stesen bas.

“Sambutan Ramadan atau persiapan Aidilfitri memang benar jauh daripada suasana yang kami tempuhi ini. “Memang sebagai kakak, saya mahu membelikan baju raya untuk adik tetapi di luar kemampuan, malah ketika bersahur atau berbuka, kami hanya makan makanan dibeli dan dikongsi bersama.

“Kami merindui masakan ibu termasuk rendang ayam dan ketupat pada pagi raya, namun kami sedar tidak berpeluang lagi menikmati makanan sedap seperti itu kerana ibu sudah tiada,” katanya.

Noorazlina berkata, dia juga mempunyai impian bagi menyekolahkan semula adiknya yang berusia 14 dan 16 tahun yang terpaksa berhenti mulai awal tahun ini.

“Saya sebelum ini berhenti sekolah ketika di tingkatan dua kerana mahu menjaga ibu yang sakit, namun Allah lebih menyayanginya dan pergi meninggalkan kami semua. Saya berharap adik-adik saya dapat kembali bersekolah dan memiliki masa depan lebih cerah,” katanya.

Sebarang bantuan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Noorazlina Abdullah:

Progress:

RM40 raised

Goal: RM500

Bukit Mertajam - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang pekak kedua-dua telinga, memerlukan RM100,000 untuk menampung kos pembedaha...


Bukit Mertajam - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang pekak kedua-dua telinga, memerlukan RM100,000 untuk menampung kos pembedahan implan koklea buatan.

Kanak-kanak itu, Ahmad Urwah Amin Ahmad Lutfi Amir yang berasal dari Kepala Batas, disahkan menghidapi masalah saraf di bahagian kanan otaknya.

“Apabila kami berinteraksi dengannya (Ahmad Urwah), reaksinya lambat dan tidak respon terhadap panggilan suara. Kami perlu menggunakan isyarat tangan jika mahu berkomunikasi dengannya.

“Kerana itu, saya dan suami yang rela menjaganya ketika ibu ayahnya pergi kerja, kerana menjaga Ahmad Urwah memerlukan perhatian yang tinggi. Tidak berani untuk hantarnya ke taska seperti kanak-kanak yang lain,” kata nenek Ahmad Urwah, Endon Rashid, 62.

Endon Rashid ditemani suaminya Awiskarni Zulkarnaini, 65, serta kedua-dua ibu bapa Ahmad Urwah, Ahmad Lutfi Amir Soid, 33, dan Asma Aainaa Awiskarni, 32, hadir pada sidang media yang dianjurkan One Hope Charity and Welfare Berhad untuk mengumpul dana kos pembedahan Ahmad Urwah.

Pengarah One Hope Charity and Welfare Berhad, Chua Sui Hau berkata pihaknya ingin membantu keluarga Ahmad Urwah untuk mendapatkan dana yang secukupnya secepat mungkin, agar kanak-kanak itu mampu ke tadika seperti kanak-kanak biasa.

Kos keseluruhan bagi rawatan itu adalah sebanyak RM200,000 dan pihak One Hope Charity turut menyumbang bantuan RM10,000.

“Ahmad Urwah disahkan sesuai untuk jalani pembedahan, tetapi kos pembedahannya amat mahal. Keluarganya hanya mampu membayar RM100,000 dan bakinya yang berjumlah RM100,000 memerlukan bantuan dari masyarakat yang murah hati,” kata Chua.

Tambah Chua, pembedahan itu tetap perlu dilakukan kerana walaupun Ahmad Urwah menggunakan alat bantuan pendengaran selama satu tahun, pendengarannya masih tidak bertambah baik.

“Doktor juga telah menasihatkan agar Ahmad Urwah menjalani pembedahan secepat mungkin.

“Esok pihak kami akan ke Hospital Pakar Loh Guan Lye untuk menempah sesi pembedahan dan uruskan beberapa perkara berhubung pembedahan ini. Lebih cepat, lebih bagus kerana selepas pembedahan, Ahmad Urwah masih perlu menjalani tempoh menyesuaikan diri dengan keupayaan pendengarannya,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan derma menerusi akaun bank atas nama One Hope Charity and Welfare Berhad atau menghubungi:

016-4192192
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Karak - “Saya reda dengan ujian ini dan akan menjaganya sebaik mungkin selagi kudrat masih ada,” kata Sazali Yusoff, 45, bapa kanak-kanak...


Karak - “Saya reda dengan ujian ini dan akan menjaganya sebaik mungkin selagi kudrat masih ada,” kata Sazali Yusoff, 45, bapa kanak-kanak berusia empat tahun lapan bulan, Muhammad Aliff yang menghidap hydrocephalus iaitu lebihan cecair dalam kepala.

Sazali berkata, Muhammad Aliff yang juga anak bongsu daripada dua beradik disahkan menghidap penyakit itu sejak lahir dan keadaan itu menyebabkannya terlantar serta tidak mampu bergerak bebas seperti kanak-kanak seusianya.

“Doktor sudah memaklumkan mengenai keadaannya yang mempunyai masalah di kepala ketika kandungan isteri, Zanariah Hussin, 39, berusia lapan bulan lagi.

Lebih menyedihkan, Muhammad Aliff tidak dapat bertutur, melihat dan makan sebaliknya hanya minum susu melalui tiub yang dimasukkan pada hidungnya.

“Namun kami tidak melihat sebarang tanda penyakit itu sehingga melihat kepalanya mula membesar ketika berusia dua bulan.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya dan isteri membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan ketika itu, barulah doktor mengesahkannya menghidap penyakit ini,” katanya.

Sazali yang menetap di Felda Kampung Sertik, Karak, Pahang berkata, anaknya itu sudah menjalani pembedahan dua kali bermula Mac 2015 untuk membuang lebihan cecair dalam kepala diikuti Julai tahun sama berikutan adanya jangkitan kuman.

Namun tiada perubahan positif dapat dilihat pada anaknya selepas pembedahan itu sebaliknya Muhammad Aliff terlantar seperti sebelumnya dengan keadaan kepala yang lembik.

“Doktor menjangkakan dia hidup sehingga berusia tiga bulan saja namun dengan izin Allah SWT, dia masih ada sehingga kini.

“Cuma, dia hanya terlantar jadi saya dan isteri perlu memantau dan menguruskannya setiap hari termasuk memandikan dan memberinya makan ubat mengikut waktu.

“Kami juga perlu membawanya ke hospital empat atau lima kali setiap bulan untuk mengambil ubat, menjalani pemeriksaan dengan doktor pakar serta rawatan susulan.

“Keadaan itu memaksa saya berhenti kerja sebagai penghantar barang Mei tahun lalu dan kini berniaga sendiri dengan menjual pengelap cermin kereta di sekitar kawasan Mentakab, Pahang,” katanya.

Sazali berkata, meskipun bekerja sendiri, pendapatan bulanannya tidak menentu dan dianggarkan RM700 hingga RM800 saja.

Katanya, jumlah itu memang tidak mencukupi kerana perlu membeli keperluan Muhammad Aliff seperti susu dan lampin pakai buang selain menanggung perbelanjaan anak sulung, Nurul Syafiqa, 11 yang masih bersekolah.

“Selain perbelanjaan untuk anak dan isteri, saya juga perlu memperuntukkan wang untuk mengisi petrol kenderaan memandangkan kerap berulang alik dari rumah ke tapak niaga serta hospital.

“Mujurlah ada bantuan bulanan RM350 daripada JKM dan selebihnya sumbangan saudara mara serta orang ramai yang prihatin.

“Buat masa ini, saya hanya berusaha dan berdoa Allah SWT supaya segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi
akaun bank berikut atas nama Sazali Yusoff:

https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Keajaiban sedekah yang paling ajaib adalah sedekah yang mampu mengikis sifat kikir dan bakhil dari dalam hati. Sifat kikir dan sifat b...


Keajaiban sedekah yang paling ajaib adalah sedekah yang mampu mengikis sifat kikir dan bakhil dari dalam hati. Sifat kikir dan sifat bakhil adalah sifat jahat yang akan membawa seorang hamba masuk ke dalam neraka.

Sifat bakhil dan kikir bila dikekalkan di dalam hati akan membuat iman tiada tempat di dalam hati. Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang telah mencontohkan kepada kita untuk menjadi seorang peribadi yang pemurah.

Kalau kita sedar dari mana datangnya harta, tentu kita tidak akan merasa memiliki harta tersebut. Dalam kita berusaha, akal dari siapa? tenaga dari siapa? kesihatan dari siapa? Bukankah semua datang dari Allah?

Harta yang datang dari Allah mengapa kita rasakan harta itu milik kita? Mengapa kita abaikan perintah Allah agar kita menjadi seorang yang pemurah, mengembalikan harta yang dari Allah itu kembali ke jalan Allah iaitu dengan menyedekahkannya.

 

Jangan kejar fadilat

Dalam bersedekah, jangan kejar fadilat. Fadilat itu hak Allah. Allah boleh beri, Allah boleh tunda, Allah boleh beri tapi tidak seperti yang kita sangka, pokoknya fadilat itu hak Allah, kekuasaan Allah.

Bila kita kejar fadilat, fokus pada fadilat, kejaiban sedekah yang paling ajaib akan kita lewatkan, iaitu terkikisnya sifat bakhil dan suburnya rasa hamba. Bahkan boleh jadi kita malah terjebak merasa hebat kerana sudah sedekah. Kalau begitu, bukannya keselamatan yang kita dapat, malah justeru celaka.

Memang Allah tidak akan mungkir janji. Sedekah satu Allah akan balas 10, 70, 700 bahkan tak terhingga. Katalah sedekah 1 juta, 10 juta mungkin kita dapat. Tapi apalah ertinya dapat 10 juta bila kemudian kita merasa hebat, merasa sudah soleh dan lupa akan dosa-dosa.

Sepatutnya, ketika dapat 10 juta itulah tersungkur kita di hadapan Allah. Sepatutnya kita rasa kerdil. Sepatutnya kita rasa hamba.

Sepetutnya kita rasa, kalaulah Allah tidak gerakkan hati untuk sedekah tentu sedekah itu tidak akan kita buat. Kita rasa malu, kita rasa hina di hadapan Allah. Selain rasa kehambaan yang makin subur, sifat bakhil pun perlahan-lahan akan semakin terkikis dari hati kita.

Seperti bacaan tahiyat yang wajib kita baca setiap sholat. Kalau tidak membaca bacaat tahiyat ini, tidak sah solat kita.:

“Ya Allah, segala penghormatan, keberkahan, selawat, dan kebaikan hanya milikMu.”

Georgetown - Mohon bantuan dan sumbangan untuk saudara kita ini. Adik Muhamad bin Hassan yang mengalami kanser otak dan telah dibedah di ...


Georgetown - Mohon bantuan dan sumbangan untuk saudara kita ini. Adik Muhamad bin Hassan yang mengalami kanser otak dan telah dibedah di Hospital Pulau Pinang.

Semalam doktor menasihatkan keluarga beliau membawanya pulang dan menyediakan katil pesakit yang boleh dilaras.

Kakaknya, Norhayati Binti Hassan yang menjaga beliau adalah seorang ibu tunggal beranak dua. Beliau berkerja sebagai operator kilang yang turut menjaga kedua ibubapa mereka, tidak mampu untuk membeli katil tersebut.

Ibunya menghidap strok dan bapa pula ada masalah jantung. Dia juga telah berusaha memohon bantuan dari pelbagai pihak tapi hampa.

Di sini beliau memohon jasa baik tuan/puan sekalian agar dapat membantu keluarga ini. Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank atas nama Norhayati Binti Hassan:

653, Mukim 9, Kampung Matahari Naik
017-5139353
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Nerus - Penderitaan pesakit cilik, Tuan Nur Batrisyia Tuan Nasir yang menghidap penyakit Hydrocephalus atau lebihan cecair dalam ke...


Kuala Nerus - Penderitaan pesakit cilik, Tuan Nur Batrisyia Tuan Nasir yang menghidap penyakit Hydrocephalus atau lebihan cecair dalam kepala sehingga menyebabkan pembesaran abnormal mendapat perhatian Kelab Wartawan Media Terengganu.

“Ibu bapa kanak-kanak ini, Tuan Nasir Tuan Dalam, 35, dan Nor Suriati Dakta @ Mokhtar, 39, berharap ada pihak yang boleh membantu mereka mendapatkan katil khas untuk memudahkan lagi urusan penjagaan seperti ketika waktu mandi.

Semalam, anggota jawatankuasa KAWAT bersama media Terengganu berkunjung ke rumah keluarga kanak-kanak malang itu di Kampung Duyong Wan Su di sini, untuk menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban kewangan keluarga tersebut.

Presiden KAWAT, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Hayat berkata tugas pengamal media tidak sekadar melaporkan berita, malah berperanan membantu masyarakat yang memerlukan terutama penderitaan Tuan Nur Batrisyia yang baru berusia lima tahun.

“Insya-Allah, KAWAT akan cuba berurusan dengan beberapa pihak yang mempunyai kepakaran untuk mereka cipta katil khas tersebut,” katanya.

Setakat ini, Tuan Nur Batrisyia pernah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu berjumlah RM3,000 pada 2017 serta 2018, dan kini menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM350.

Tuan Nasir yang bekerja sebagai buruh dan memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan, mengakui jumlah itu ada kalanya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

“Bila pergi buat rawatan fisioterapi, ada juga yang bagi derma kepada Tuan Nur Batrisyia, jadi kami gunakan wang itu untuk membeli barangan keperluannya seperti lampin pakai buang dan susu,” katanya.

Sementara itu, Nor Suriati berkata lilitan kepala Tuan Nur Batrisyia ketika lahir ialah 50cm dan ketika ini membesar kepada 57cm.

“Doktor kata ia tidak akan membesar lagi dan kami perlu mengikut jadual rawatan susulan untuk memastikan kesihatannya sentiasa berada di tahap terbaik,” katanya yang sebelum ini bekerja di sebuah pasar raya sekitar Kuala Terengganu sebelum berhenti bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada Tuan Nur Batrisyia.

Bagi mereka yang mahu membantu keluarga berkenaan, boleh menghubungi Tuan Nasir Tuan Dalam di talian berikut atau menyalurkan bantuan kewangan ke akaun bank miliknya:

011-25640121
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Jerantut -  Ibu mana yang tidak sedih mendengar rengekan anaknya yang gelisah dan terpaksa menahan sakit akibat luka seluruh badan. ...


Jerantut -  Ibu mana yang tidak sedih mendengar rengekan anaknya yang gelisah dan terpaksa menahan sakit akibat luka seluruh badan.

“Bila nak sembuh.” Begitulah rintihan Nik Ainin Sofiya Nik Mohd Kamarul Zaman, 10, setiap kali ibunya, Nik Melisa Mahadi, 33, mencuci dan membalut luka di badannya.

Murid SK Tanah Rom yang berasal dari Kampung Paya Rajin, Jerantut itu menghidap penyakit genetik, kelepuhan dan kerapuhan kulit atau nama saintifiknya Epidermolysis Bullosa (EB) sejak lahir.

Penyakit itu mengakibatkan anak kedua daripada empat beradik itu mengalami lepuhan air di mulut, tangan, kaki dan berdepan luka, jika terjadi sebarang geseran.

Ibunya, Nik Melissa berkata, anaknya itu selalu merengek setiap kali perlu melakukan rawatan pada anggota badan yang menghidap penyakit terbabit.

“Buat masa ini pakar memberitahu tiada ubat untuk penyakit itu dan mungkin pulih apabila umurnya meningkat dewasa, saya hanya gunakan ubat dibekalkan pihak hospital, selain mencuba rawatan tradisional.

“Walaupun ramai yang datang ke rumah menawarkan pelbagai ubat tetapi saya hanya berani mencuba ubat dalam bentuk losyen,” katanya.

Beliau berkata, setiap tiga bulan anaknya itu dibawa berjumpa pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan mengakui terdapat sedikit perubahan pada anaknya itu setakat ini.

“Setiap kali ke sekolah, Nik Ainin Sofiya perlu bangun lebih awal untuk siapkan ‘dressing’, selain tidak boleh kena panas. Kena cuci setiap hari dan baju perlu kena rajin tukar.

“Mengenai makan, tiada pantang larang. Cuma dia tidak boleh makan benda keras dan liat sebab keadaan lidahnya membuatkan sukar mengunyah. Menu kegemarannya ikan patin masak tempoyak dan tilapia goreng,” katanya.

Dugaan bertambah berat buat pasangan Nik Mohd Kamarul Zaman Rodin, 40, dan Nik Melissa selepas anak bongsu mereka, Nik Nadia yang kini berusia setahun turut menghidap penyakit sama.

“Saya perlu tabah menghadapi dugaan ini, terutama menjaga si kecil yang sering menangis jika badannya tidak selesa,” katanya.

Keluarga itu juga pernah kehilangan anak sulung mereka, Nik Iman Haiqal yang meninggal dunia akibat penyakit sama pada 2013, ketika berusia lima tahun. “Hanya anak ketiga, Nik Iman Zaquan, 5, yang normal. Saya reda dengan ujian Allah kepada kami sekeluarga.

“Buat masa ini selain bergantung dengan pendapatan suami yang bertugas sebagai pemandu di sebuah agensi kerajaan, kami menerima bantuan bulanan RM300 daripada JKM dan RM200 daripada NGO.

“Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu dan harapan kami penyakit anak kami dapat sembuh serta membesar seperti kanak- kanak lain,” katanya.

Mereka yang ingin membantu memberikan keceriaan kepada dua beradik berkenaan boleh menghubungi Nik Melissa di talian telefon berikut:

019-9925416
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Georgetown - Seorang bekas guru tuisyen, Mohd. Jamil Mustafa, 36, mengakui terpaksa menebalkan muka menahan malu untuk meraih simpati umu...


Georgetown - Seorang bekas guru tuisyen, Mohd. Jamil Mustafa, 36, mengakui terpaksa menebalkan muka menahan malu untuk meraih simpati umum demi meringankan beban derita penyakit kronik dihidapinya sejak 2017.

Dia ketika dihubungi menjelaskan, dua tahun lalu, selepas membuat pemeriksaan kesihatan, doktor telah mengesahkannya sebagai pesakit diabetis, namun penyakit itu masih di peringkat awal.

“Pada masa sama, kemelut kewangan dihadapi menyukarkan lagi proses merawat penyakit ini secara berjadual seperti mana dinasihatkan doktor pakar.

“Dek kekangan itu, saya pasrah atas kehilangan kaki kanan yang dipotong bagi membendung diabetis daripada merebak, lantas memudaratkan lagi kesihatan semasa.

“Selaku pemegang kad pengenalan OKU, Alhamdulillah saya dikecualikan daripada pelbagai caj rawatan di sebarang hospital milik kerajaan.

“Bagaimanapun, saya masih perlukan wang membayar tambang kenderaan ulang-alik ke hospital serta tampung kos sara diri bagi menampung pembelian makan minum serta pakaian,” katanya berterus-terang.

Lebih menyedihkan, tahap kesihatan Jamil yang makin merosot menyebabkannya hilang upaya untuk meneruskan khidmatnya sebagai pendidik.

Jamil yang menetap bersama ibu tuanya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang menambah, tahap penglihatan matanya yang kian kabur telah menghadkan pergerakan.

“Memang malu sebenarnya nak merayu bantuan ini tetapi saya terpaksa juga lakukannya. Wang elaun diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat sekadar cukup untuk mengisi perut kami dua beranak.

“Kini, luka-luka di kaki kiri saya makin memburuk sehingga mengeluarkan nanah beserta bau hanyir. Pergerakan saya terbatas, cuma harapkan tongkat atau kerusi roda untuk berjalan,” tambah Jamil.

Justeru, bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh hubungi Jamil menerusi talian berikut atau terus salurkan sumbangan ke akaun bank miliknya atas nama Mohd. Jamil Mustafa:

010-3915485
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Sebagai seorang wanita, curahan kasih dan sayang sememangnya khas buat suami dan anak-anak. Apatah lagi apabila suami sudah...


Kota Bharu - Sebagai seorang wanita, curahan kasih dan sayang sememangnya khas buat suami dan anak-anak. Apatah lagi apabila suami sudah tidak berupaya untuk keluar bekerja.

Segala tanggungjawab terpaksa dipikul. Begitulah juga dengan kisah kecekalan seorang wanita yang tabah, Nor Hamizah Mohd Yusof, 27, menjaga suami yang menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir meruntun hati. Tanggungjawab suami, Mohammad Romzi Ab Rahman, 36, terhadap keluarga kini bertukar kepadanya.

Penyakit yang dihidapi oleh suami benar-benar menguji mereka sekeluarga. Usia perkahwinan yang sudah mencecah tujuh tahun, cukup membuktikan betapa utuh ikatan yang dibina apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata. “Saya telah mendirikan rumahtangga tujuh tahun lalu dan mempunyai tiga orang anak yang kesemuanya lelaki. 

Anak yang sulung, Mohammad Amir Farhan, 6, Mohammad Anas Fikri, 5 dan yan kecil Mohammad Ammar Firdaus, 11 bulan. “Saya mengetahui penyakit yang dihidapi oleh suami selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, buah pinggang suami hanya mengalami masalah kebocoran sejak berusia 18 tahun. Doktor memberikannya ubat dan rawatan susulan. 

Saya sangat terkejut dan terus bawa anak-anak naik motor menuju ke Hospital Besar Kota Bharu. “Ketika doktor memaklumkan kepada saya bahawa kedua-dua buah pinggang suami saya rosak dan tahap akhir, saya terus menangis. Hanya Allah sahaja tahu betapa sedihnya saya ketika itu apatah lagi doktor bagi tahu tiada ubat selain dialisis cuci darah sahaja. 

“Paha suami saya terpaksa ditebuk untuk dimasukkan wayar. Sekali lagi saya menangis. Ketika itu pelbagai perkara berlegar dalam fikiran saya. Bayangkan, sudahlah suami sakit, anak-anak pula masih kecil yang perlu diberi perhatian. Sejak kahwin, kami tidak pernah berpisah kecuali dia pergi kerja,” ungkap Nor Hamizah. 

Suami Dialisis Tiga Kali Seminggu Mereka sekeluarga yang menetap di Kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan akui kerana masalah kesihatan, suaminya yang berkerja di kilang tidak dapat lagi bekerja dan mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Kini tanggungjawab tersebut digalas Nor Hamizah dengan penuh reda. “Suami terpaksa buat dialisis tiga kali seminggu. 

Saya sangat simpati dengannya kerana pesakit buah pinggang tidak boleh minum air lebih daripada 500 milileter sehari. “Memang mula-mula saya susah nak menjaga suami dengan keadaan tubuhnya yang lemah. Makan minum kena suapkan ditambah pula dengan anak-anak yang masih kecil. “Namun saya tidak putus asa. Saya lakukan yang terbaik demi suami dan anak-anak. Saya kena kuat walaupun penat,” terangnya lagi. 

Bagi menampung perbelanjaan keluarga Nor Hamizah juga mengambil upah menjual biskut dan kerepek. Hasil daripada semua itu, dapatlah dia gunakan untuk membeli makan minum, lampin pakai buang, susu, sewa rumah dan yuran sekolah anak. “Saya yang bekerja dan menangung keluarga. Saya mengambil upah menjual biskut dan kerepek. 

Adakala saya jual menerusi online dan dari rumah ke rumah,” sambung Nor Hamizah. Memandangkan kini umat Islam sedang berpuasa dan tidak lama lagi akan menyambut Syawal, Nor Hamizah menerangkan mereka sekeluarga masih belum buat apa-apa persediaan untuk hari raya. “Kami sekeluarga teruskan kehidupan seperti biasa. Bagi bulan puasa, saya cuba untuk sediakan makanan sahur dan berbuka. 

Untuk hari raya pula, memandangkan banyak ujian yang kami lalui jadi belum sediakan apa-apa. Pakaian raya, kami sekeluarga hanya pakai pakaian tahun-tahun lepas dan semejak suami sakit, Syawal kami sekeluarga tak seceria seperti tahun sebelumnya. Saya berharap biskut dan kerepek yang saya jual dapat dihabiskan jadi bolehlah saya belikan baju raya baru untuk anak-anak,” ungkap Nor Hamizah.

Sekiranya anda berminat untuk menghulurkan bantuan, salurkan sumbangan anda ke akaun bank berikut atas nama Nor Hamizah Mohd Yusof atau boleh hubungi beliau:

017-9452198
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini