Kematian ibubapa, kakak sulung berusia 17 tahun pasrah menjaga adik kecil - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Johor Bahru - Enam beradik hilang tempat bergantung selepas ibu mereka, Salina Sulaiman, 35, meninggal dunia akibat kanser rahim Disember...

Kematian ibubapa, kakak sulung berusia 17 tahun pasrah menjaga adik kecil


Johor Bahru - Enam beradik hilang tempat bergantung selepas ibu mereka, Salina Sulaiman, 35, meninggal dunia akibat kanser rahim Disember lalu sementara bapa mereka telah terpisah sebelum ibunya meninggal dunia lagi.

Sejak itu, Noorazlina Abdullah, 17, sebagai anak sulung dan adik lelakinya Muhd Denny Hakimie Emran,16, menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk bekerja demi menyara adik-adiknya yang masih kecil.

Sejak kisah mereka tular di media sosial, Noorazlina akui menerima kunjungan dan bantuan daripada pelbagai pihak malah ada juga cadangan dikemukakan untuk menempatkan mereka di rumah anak yatim.

Namun kata Noorazlina, biarpun kehidupan mereka sukar, arwah ibunya telah mengamanahkan kepadanya dan adiknya, Muhd Denny untuk sentiasa bersama menjaga empat lagi adiknya.

"Mak pesan jangan pisah adik beradik. Itu amanah mak pada kami. Saya sayang semua adik-adik saya, saya tak nak dipisah-pisahkan. "Memang ada yang minta nak ambil anak angkat atau hantar rumah anak yatim, tapi saya tak nak berpisah dengan mereka," katanya.

Menurut Noorazlina, ibunya sering sakit pada Mei tahun lalu sebelum mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail pada bulan September.

"Sebelum ini kami tak tahu pun mak sakit. Bulan Mei itu mak dah mula sakit teruk di rumah, bulan September baru mak masuk hospital.

"Bulan Disember mak tinggalkan kami dan sejak itu kami dibantu makcik menyewa di Kampung Tenang sebelum dikenalkan dengan bos (pemilik kedai runcit Z Mart milik Mohd Zamri Maulud, 52) dan tinggal di sini," katanya.

Mohd Zamri mempelawa keenam-enam beradik ini tinggal di rumah kedai miliknya secara percuma sejak dua bulan lalu malah Azlina dan Hakimie dibenarkan bekerja secara sambilan di Z Mart dengan menerima upah kira-kira RM1,000 sebulan.

Noorazlina berkata, lima adiknya adalah Mohamad Denny Hakimie, 16, Puteri Dennish Ismilralldha, 14; Puteri Nur Isfarrizah Zehra, 5; Puteri Nur Isma Balqis, 4, dan Muhd Fateh Ikhwan, 2.

Menurutnya, dia bersyukur kerana kehidupan serba kekurangan mereka mendapat perhatian ramai yang sering mengunjungi keluarga dan menghulurkan sumbangan. Katanya, individu terbabit juga bertanggungjawab mencarikan bilik sewa demi meringankan bebanannya menanggung sewa yang tinggi.

“Saya bersyukur kerana seorang daripada mereka dikenali sebagai Haji Mohd Zamri Maulud sanggup menanggung sewa bilik ini yang terletak di bangunan rumah kedai di Jalan Cempedak, Ulu Tiram bersebelahan dengan stesen bas.

“Sambutan Ramadan atau persiapan Aidilfitri memang benar jauh daripada suasana yang kami tempuhi ini. “Memang sebagai kakak, saya mahu membelikan baju raya untuk adik tetapi di luar kemampuan, malah ketika bersahur atau berbuka, kami hanya makan makanan dibeli dan dikongsi bersama.

“Kami merindui masakan ibu termasuk rendang ayam dan ketupat pada pagi raya, namun kami sedar tidak berpeluang lagi menikmati makanan sedap seperti itu kerana ibu sudah tiada,” katanya.

Noorazlina berkata, dia juga mempunyai impian bagi menyekolahkan semula adiknya yang berusia 14 dan 16 tahun yang terpaksa berhenti mulai awal tahun ini.

“Saya sebelum ini berhenti sekolah ketika di tingkatan dua kerana mahu menjaga ibu yang sakit, namun Allah lebih menyayanginya dan pergi meninggalkan kami semua. Saya berharap adik-adik saya dapat kembali bersekolah dan memiliki masa depan lebih cerah,” katanya.

Sebarang bantuan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Noorazlina Abdullah:

Progress:

RM40 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini