Keluarga rayu bantuan untuk pesakit lebihan cecair dalam kepala - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Nerus - Penderitaan pesakit cilik, Tuan Nur Batrisyia Tuan Nasir yang menghidap penyakit Hydrocephalus atau lebihan cecair dalam ke...

Keluarga rayu bantuan untuk pesakit lebihan cecair dalam kepala


Kuala Nerus - Penderitaan pesakit cilik, Tuan Nur Batrisyia Tuan Nasir yang menghidap penyakit Hydrocephalus atau lebihan cecair dalam kepala sehingga menyebabkan pembesaran abnormal mendapat perhatian Kelab Wartawan Media Terengganu.

“Ibu bapa kanak-kanak ini, Tuan Nasir Tuan Dalam, 35, dan Nor Suriati Dakta @ Mokhtar, 39, berharap ada pihak yang boleh membantu mereka mendapatkan katil khas untuk memudahkan lagi urusan penjagaan seperti ketika waktu mandi.

Semalam, anggota jawatankuasa KAWAT bersama media Terengganu berkunjung ke rumah keluarga kanak-kanak malang itu di Kampung Duyong Wan Su di sini, untuk menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban kewangan keluarga tersebut.

Presiden KAWAT, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Hayat berkata tugas pengamal media tidak sekadar melaporkan berita, malah berperanan membantu masyarakat yang memerlukan terutama penderitaan Tuan Nur Batrisyia yang baru berusia lima tahun.

“Insya-Allah, KAWAT akan cuba berurusan dengan beberapa pihak yang mempunyai kepakaran untuk mereka cipta katil khas tersebut,” katanya.

Setakat ini, Tuan Nur Batrisyia pernah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu berjumlah RM3,000 pada 2017 serta 2018, dan kini menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM350.

Tuan Nasir yang bekerja sebagai buruh dan memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan, mengakui jumlah itu ada kalanya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

“Bila pergi buat rawatan fisioterapi, ada juga yang bagi derma kepada Tuan Nur Batrisyia, jadi kami gunakan wang itu untuk membeli barangan keperluannya seperti lampin pakai buang dan susu,” katanya.

Sementara itu, Nor Suriati berkata lilitan kepala Tuan Nur Batrisyia ketika lahir ialah 50cm dan ketika ini membesar kepada 57cm.

“Doktor kata ia tidak akan membesar lagi dan kami perlu mengikut jadual rawatan susulan untuk memastikan kesihatannya sentiasa berada di tahap terbaik,” katanya yang sebelum ini bekerja di sebuah pasar raya sekitar Kuala Terengganu sebelum berhenti bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada Tuan Nur Batrisyia.

Bagi mereka yang mahu membantu keluarga berkenaan, boleh menghubungi Tuan Nasir Tuan Dalam di talian berikut atau menyalurkan bantuan kewangan ke akaun bank miliknya:

011-25640121
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini