
Bukit Mertajam - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang pekak kedua-dua telinga, memerlukan RM100,000 untuk menampung kos pembedahan implan koklea buatan.
Kanak-kanak itu, Ahmad Urwah Amin Ahmad Lutfi Amir yang berasal dari Kepala Batas, disahkan menghidapi masalah saraf di bahagian kanan otaknya.
“Apabila kami berinteraksi dengannya (Ahmad Urwah), reaksinya lambat dan tidak respon terhadap panggilan suara. Kami perlu menggunakan isyarat tangan jika mahu berkomunikasi dengannya.
“Kerana itu, saya dan suami yang rela menjaganya ketika ibu ayahnya pergi kerja, kerana menjaga Ahmad Urwah memerlukan perhatian yang tinggi. Tidak berani untuk hantarnya ke taska seperti kanak-kanak yang lain,” kata nenek Ahmad Urwah, Endon Rashid, 62.
Endon Rashid ditemani suaminya Awiskarni Zulkarnaini, 65, serta kedua-dua ibu bapa Ahmad Urwah, Ahmad Lutfi Amir Soid, 33, dan Asma Aainaa Awiskarni, 32, hadir pada sidang media yang dianjurkan One Hope Charity and Welfare Berhad untuk mengumpul dana kos pembedahan Ahmad Urwah.
Pengarah One Hope Charity and Welfare Berhad, Chua Sui Hau berkata pihaknya ingin membantu keluarga Ahmad Urwah untuk mendapatkan dana yang secukupnya secepat mungkin, agar kanak-kanak itu mampu ke tadika seperti kanak-kanak biasa.
Kos keseluruhan bagi rawatan itu adalah sebanyak RM200,000 dan pihak One Hope Charity turut menyumbang bantuan RM10,000.
“Ahmad Urwah disahkan sesuai untuk jalani pembedahan, tetapi kos pembedahannya amat mahal. Keluarganya hanya mampu membayar RM100,000 dan bakinya yang berjumlah RM100,000 memerlukan bantuan dari masyarakat yang murah hati,” kata Chua.
Tambah Chua, pembedahan itu tetap perlu dilakukan kerana walaupun Ahmad Urwah menggunakan alat bantuan pendengaran selama satu tahun, pendengarannya masih tidak bertambah baik.
“Doktor juga telah menasihatkan agar Ahmad Urwah menjalani pembedahan secepat mungkin.
“Esok pihak kami akan ke Hospital Pakar Loh Guan Lye untuk menempah sesi pembedahan dan uruskan beberapa perkara berhubung pembedahan ini. Lebih cepat, lebih bagus kerana selepas pembedahan, Ahmad Urwah masih perlu menjalani tempoh menyesuaikan diri dengan keupayaan pendengarannya,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan derma menerusi akaun bank atas nama One Hope Charity and Welfare Berhad atau menghubungi:
![]() |
016-4192192 |
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: