Kakak mohon bantuan untuk adik hidap kanser otak, ibubapa sakit - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Georgetown - Mohon bantuan dan sumbangan untuk saudara kita ini. Adik Muhamad bin Hassan yang mengalami kanser otak dan telah dibedah di ...

Kakak mohon bantuan untuk adik hidap kanser otak, ibubapa sakit


Georgetown - Mohon bantuan dan sumbangan untuk saudara kita ini. Adik Muhamad bin Hassan yang mengalami kanser otak dan telah dibedah di Hospital Pulau Pinang.

Semalam doktor menasihatkan keluarga beliau membawanya pulang dan menyediakan katil pesakit yang boleh dilaras.

Kakaknya, Norhayati Binti Hassan yang menjaga beliau adalah seorang ibu tunggal beranak dua. Beliau berkerja sebagai operator kilang yang turut menjaga kedua ibubapa mereka, tidak mampu untuk membeli katil tersebut.

Ibunya menghidap strok dan bapa pula ada masalah jantung. Dia juga telah berusaha memohon bantuan dari pelbagai pihak tapi hampa.

Di sini beliau memohon jasa baik tuan/puan sekalian agar dapat membantu keluarga ini. Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank atas nama Norhayati Binti Hassan:

653, Mukim 9, Kampung Matahari Naik
017-5139353
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini