*Bayi ajaib tanpa tempurung kepala perlukan bantuan pakar - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Masjid Tanah - *Al-fatihah kepada keluarga anak syurga, Nur Annissa Zaki yang telah meninggal dunia pada 18 Ogos 2019 yang lalu di Masjid ...

*Bayi ajaib tanpa tempurung kepala perlukan bantuan pakar

Masjid Tanah - *Al-fatihah kepada keluarga anak syurga, Nur Annissa Zaki yang telah meninggal dunia pada 18 Ogos 2019 yang lalu di Masjid Tanah, Melaka akibat lahir tanpa tempurung kepala.

Masjid Tanah - “Doktor kata anak saya mungkin boleh hidup dua atau tiga hari sahaja selepas dilahirkan,” ujar ibu, Norwati Saad, 35, kepada bayi kelainan fizikal, Nur Annissa Zaki yang baru berusia lima hari.

Menurutnya, pihak hospital turut memaklumkan jangka hayat anaknya tidak lama, namun dia dan suami, Zaki Rosly, 40, hanya mampu berserah kepada Allah dan berharap anaknya terus hidup sihat seperti bayi lain.

Suri rumah kepada lima anak itu meluahkan rasa tidak kesalnya apabila seorang ibu yang diuji dengan melahirkan bayi perempuan yang tiada tempurung kepala sehingga menyebabkan otak berada di luar.

Bayi comel kelainan fizikal itu dilahirkan 4 Ogos lalu namun diuji dengan keadaan masalah kecacatan pada tempurung kepala yang dinamakan Holoprosencephaly (HPE),’ selain lelangit sumbing serta memiliki enam jari pada tangan kanan.

Norwati yang melahirkan anak kelimanya itu di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, doktor pernah menyarankan supaya dia menggugurkan kandungan pada usia bayinya tujuh bulan selepas laporan imbasan (scan) ultrasound yang mendapati terdapat kecacatan dibahagian kepala janin.

“Saya anggap semua yang terjadi adalah ujian dan kelahiran Nur Annissa adalah satu pemberian atau pinjaman yang tidak ternilai Allah SWT yang diberi kepada kami suami isteri lebih-lebih lagi anak perempuan pertama dalam keluarga saya memandang empat anak saya yang lain adalah lelaki,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui dirumahnya di Kampung Kuala Linggi, Masjid Tanah, di sini, hari ini. Jelasnya sejak mengetahui keadaan fizikal bayinya itu dia sudah menerima hakikat bersedia menghadapi apa jua ujian dengan hati terbuka sehingga melihat sendiri didepan mata untuk menyentuh bayinya itu secara realiti.

“Hati ibu mana tak sedih lihat anak yang dikandung sembilan bulan lahir dalam keadaan fizikal tidak normal, tapi saya dah bersedia sejak kandungan tujuh bulan lagi, dan apa sahaja yang Allah SWT berikan saya terima dan reda.

“Doktor kata anak saya hanya mampu hidup dua, atau tiga hari sahaja selepas bersalin namun sehingga hari ini saya bersyukur umurnya panjang dan memang mudah menjaga Nur Annissa kerana tidak banyak ragam,” katanya.

Sementara itu, ayah kepada bayi comel itu, Zaki yang bekerja sebagai operator kilang di Tangga Batu berkata, anaknya juga tidak minum susu badan disebabkan turut mengalami masalah lelangit sumbing serta terpaksa menggunakan cawan sukatan plastik.

Katanya, dia berharap ada pihak yang dapat membantu anaknya terutama mereka yang pakar dalam bidang perubatan supaya anaknya dapat membesar dengan sihat dan menikmati kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

“Setakat ini pihak hospital tidak memaklumkan kami apa-apa untuk menjalani rawatan susulan dan kami sendiri tidak tahu apa yang boleh kami buat, cuma di bahagian kepala Nur Annissa kami mengalaskan dengan kapas kerana terdapat cecair kekuningan yang keluar dan setiap beberapa jam perlu dilap untuk mengelakkan jangkitan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan atau menghulurkan bantuan, boleh menghubungi beliau melalui nombor telefon atau sumbang ke akaun bank berikut:

011-61673662
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini