Derita bayi lahir tanpa tulang belakang dan hidap penyakit jantung - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Melaka - Setiap pasangan suami isteri menginginkan anak yang dilahirkan normal dan sihat namun bagi Siti Aishah Rafiee, 27, dan suami...

Derita bayi lahir tanpa tulang belakang dan hidap penyakit jantung



Melaka - Setiap pasangan suami isteri menginginkan anak yang dilahirkan normal dan sihat namun bagi Siti Aishah Rafiee, 27, dan suaminya, Mohd Taufiq Yosuf, 25, mereka reda apabila bayinya dilahirkan tanpa tulang belakang (Spina bifida).

Selain tiada tulang belakang, Mohd Fauzan Syakir yang berusia 3 bulan juga menghidap penyakit 'Cyanotic Heart Disease' dan 'Diabetes embryopathy'.

Siti Aishah berkata, anaknya juga mempunyai satu injap jantung dan kini kaki anaknya juga terkepak dipercayai disebabkan tiada tulang belakang.

Menurutnya, walaupun anaknya dilahirkan tidak normal seperti bayi lain namun dia reda dengan ketentuan ALLAH SWT.

"Apa pun keadaan bayi saya, saya terima, dia darah daging saya dan bersyukur kerana keluarga sentiasa memberikan sokongan kepada saya untuk terus kuat," kata Siti ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Rumpun Bahagia Bachang.




Dalam pada itu, Siti Aishah berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pendapatan keluarganya juga terjejas.

"Suami saya bekerja sebagai pengayuh beca dan sejak PKP dia juga tidak bekerja.

"Mujurlah kami ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan namun kos untuk menampung keperluan anak saya kira-kira RM500 termasuk untuk memberi susu dan lampin pakai buang," katanya.

Menurutnya, doktor tidak mencadangkan anaknya untuk melakukan sebarang pembedahan kerana masih kecil selain risiko yang besar.

"Saya sangat berharap anak saya dapat sembuh dan membesar seperti bayi normal lain," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Siti Aishah atau menghubunginya:

018-2706810
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

0 comments:

Kongsi Portal Ini