Bapa sanggup gadai nyawa asalkan anak hidap leukimia dapat sembuh - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Ayer Keroh - Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran pasti disertai kemudahan. “Kalau boleh saya nak tukar nyawa saya dengan anak”. Demikian l...

Bapa sanggup gadai nyawa asalkan anak hidap leukimia dapat sembuh



Ayer Keroh - Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran pasti disertai kemudahan. “Kalau boleh saya nak tukar nyawa saya dengan anak”. Demikian luahan hiba seorang bapa, Mohd Yusriah Mohd Yunus, 36, apabila mendapat tahu anak sulungnya menghidap penyakit Kanser Leukimia All Type B.

Katanya, penyakit anaknya, Muhammad Adam Naufal Mohd Yusriah, 5, hanya diketahui kira-kira dua bulan lalu apabila melihat perubahan pada anaknya yang kelihatan tidak bermaya sewaktu bermain, selain wajahnya yang semakin pucat.

“Masa mula-mula kena, dia memang tak pernah mengadu sakit ke apa. Cuma, saya dapat lihat dia jadi cepat penat.

Biasa dia boleh main basikal dua ke tiga pusingan, tetapi kali ini dia hanya bermain satu pusingan dan dah nampak penat. Wajahnya pun pucat.

“Kalau bermain di kampung pun saya tengok dia hanya pandang sahaja. Jadi, dari situ saya dah rasakan dia ada masalah.

“Saya terus bawanya jumpa doktor dan sewaktu nak periksa darah, doktor cucuk, darah itu terus terpancut keluar. Darah dia terlalu cair. Bacaan normal sepatutnya 12, tapi bacaan dia hanya 4.2, 4.3.

“Jadi, doktor tak ada kata putus dan terus suruh kami ke hospital. Jadi, bila sudah buat ujian darah semua doktor beri pengesahan 90 percent anak saya menghidapi Leukimia All Type B,” katanya.

Menurut bapa tiga anak itu, selepas mendengar berita tersebut, hatinya luluh dan hilang arah, namun apabila mengenangkan anaknya, dia dan isteri, Nurhayati Mohd Yusop perlu terus kuat untuk membolehkan anaknya kembali sembuh seperti sedia kala.

Ujarnya, hatinya sedikit lega apabila diberitahu bahawa penyakit tersebut masih di peringkat awal dan doktor memberi jangkaan 90 peratus penyakit itu boleh sembuh melalui rawatan-rawatan yang disediakan.

Bagaimanapun, kos rawatan yang diperlukan untuk tempoh dua tahun ini dianggarkan mencecah RM60,000 melibatkan rawatan kemoterapi, ubat-ubatan dan sebagainya.

Dia yang hanya bekerja sebagai pekerja di sebuah kilang di Batu Berendam dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan kini mengharapkan sumbangan mereka yang prihatin bagi menampung kos di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kilang yang memahami masalah anak saya dan sudi menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban kami sekeluarga.

“Begitu juga buat Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali dan kerajaan negeri melalui Bahagian Khidmat Musaadah yang menghulurkan bantuan. Saya betul-betul tak sangka, tak sampai sebulan memohon, saya sudah menerima sumbangan untuk menampung kos rawatan ini,” katanya.

Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada adik Muhammad Adam Naufal bolehlah menghulurkan sumbangan menerusi akaun atas nama Mohd Yusriah Mohd Yunus (bapa):

Progress:

RM0 raised

Goal: RM40000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini