
Kuantan - Kos rawatan berjumlah RM25,000 perlu ditanggung keluarga Maya Alisha Mohd Hasrol, bayi berusia 19 bulan, mungkin menjadi penghalang kepada usaha membuka saluran jantung yang disahkan sempit sejak dilahirkan.
Menurut ibu bayi itu, Rozita Radzali, 33, anaknya disahkan menghidap jantung berlubang dan saluran jantung sempit ketika usia kandungannya mencecah enam bulan.
“Maya dilahirkan di rumah sebelum dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan ditahan lebih sebulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Dia kemudian dirujuk ke IJN dan perlu menjalani dua pembedahan segera bagi memastikan dia pulih dan membesar seperti bayi lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Indera Mahkota 8, Kuantan.
Rozita berkata, masalah kesihatan dihadapi anaknya yang dilahirkan pra matang menyebabkan Maya Alisha tidak mampu berjalan selain hanya berbaring di buaian selepas mengambil ubat.
Katanya, selain tidak mempunyai selera makan, anak perempuannya juga memerlukan susu formula berharga ratusan ringgit bagi membantunya aktif.
“Saya dan suami Mohd Hasrol Hasan, 37, berniaga secara ‘car boot sale’ di Taman Kerang dengan pendapatan kira-kira RM100 sehari.
“Selain itu, kami perlu menanggung tujuh anak berusia lima bulan hingga 14 tahun yang mana empat daripadanya masih bersekolah,” katanya.
Beliau berkata, Maya akan menjalani pembedahan pertama pada 21 Oktober ini dan dia bersama suami sedang berusaha mencukupkan jumlah RM25,000 termasuk memohon bantuan zakat.
Katanya, kini mereka hanya mempunyai kira-kira RM1,000 hasil sumbangan orang ramai selepas mengetahui kisah penderitaan anak keenamnya itu di Facebook.
“Saya berharap jumlah ini dapat dicukupkan untuk Maya jalani pembedahan pertama. Jika tidak saya tidak tahu apa nasibnya.
![]() |
01111033943 |
Progress:
|
Goal: RM25000 |
0 comments: