Sakit dan bernanah: Murlinda derita akibat penyakit kulit misteri - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Kota Bharu - Di saat tubuhnya hanya terbaring di katil dengan seluruh kulit tubuh menggelupas dan mengeluarkan cecair serta nanah, bibirnya...

Sakit dan bernanah: Murlinda derita akibat penyakit kulit misteri




Kota Bharu - Di saat tubuhnya hanya terbaring di katil dengan seluruh kulit tubuh menggelupas dan mengeluarkan cecair serta nanah, bibirnya berterusan menyebut Allah sambil menahan kesakitan.

Seluruh tubuh Murlinda Mohd Zin, 45, bermula dari kaki sehingga kepala seakan melecur dan kulit akan menggelupas jika kering atau berlaku sebarang pergerakan termasuk terkena pakaian dan keadaan itu menyebabkan wanita terbabit sentiasa mengerang kesakitan.

Penyakit misteri itu dialami Murlinda sejak hampir dua tahun lalu dan sebulan kebelakangan ini, kesakitan semakin teruk dan pelbagai ikhtiar sudah dijalankan sama ada perubatan moden atau tradisional.

Ibunya, Zainab Safiain, 68, berkata, ketika awal anak ketiga dari tujuh beradik itu sakit, beberapa gelembung disedari timbul di kedua belah paha Murlinda dan ia kemudian pecah serta mengeluarkan cecair.

"Ia kemudiannya merebak ke beberapa anggota badan lain menyebabkan kami membawa Murlinda ke klinik dan pakar kulit memberitahu anak saya mengalami ekzema.

"Disebabkan keadaannya tidak juga sembuh, kami membawanya ke klinik lain tetapi tiada perubahan berlaku dan kami merujuknya kepada beberapa pengamal perubatan Islam sebelum diberitahu ia ada unsur mistik," katanya di rumahnya di Kampung Belukar, Kedai Piah.

Zainab berkata, walau sukar menerima jawapan itu, mereka sekeluarga tidak menolak kemungkinan berkenaan namun enggan terlalu memikirkan angkara siapa sebaliknya lebih memfokuskan kesembuhan buat Murlinda.

Katanya, sejak dua tahun ini rutinnya hanyalah menguruskan Murlinda iaitu sentiasa mengelap seluruh tubuh anaknya itu bagi mengelakkan ia kering sekali gus memudahkan kulit merekah.

Murlinda juga tidak dipakaikan lampin pakai buang kerana dibimbangi akan menyebabkan kesakitan padanya jika kulitnya terkopek dan terlekat maka untuk proses membuang air, Zainab akan mengalas plastik.

"Saya akan menyembur air di seluruh tubuhnya jika dilihat kering sebelum menampal tisu basah dan kering di bahagian yang mengeluarkan cecair.

"Murlinda juga tidak dapat tidur kerana sering mengerang kesakitan dan saya sebagai ibu, berasa luluh hati melihat penderitaan yang dialami.

"Banyak kali Murlinda memberitahu saya agar menyediakan kain kapan buatnya kerana sudah ada yang menunggunya untuk ke sesuatu tempat dan kata-kata itu sangat merisaukan kami sekeluarga," katanya.

Terdahulu Murlinda dikunjungi badan bukan kerajaan Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili pengerusinya, Che Norhayati Mohamed yang hadir bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan zakat.

Che Norhayati berkata, pihaknya juga sudah mendapatkan katil khas serta beberapa keperluan lain untuk kegunaan Murlinda termasuk susu khas dan tisu basah.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berhubung dengan keluarganya di talian berikut:

013-9606466
Progress:

RM10 raised

Goal: RM2000



0 comments:

Kongsi Portal Ini