Keluarga bayi hidap sindrom Pfeiffer perlu bantuan, mata hampir terkeluar - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Kota Bharu - Sayu hati sepasang suami isteri apabila anak sulung mereka, Muhammad Hafiy Affan Mohd. Hasif yang berusia sembilan bulan mengh...

Keluarga bayi hidap sindrom Pfeiffer perlu bantuan, mata hampir terkeluar



Kota Bharu - Sayu hati sepasang suami isteri apabila anak sulung mereka, Muhammad Hafiy Affan Mohd. Hasif yang berusia sembilan bulan menghidap sindrom Pfeiffer yang menyebabkan kepalanya besar dan saluran pernafasan mengecil.

Mohd. Hasif Mohd. Hasbi, 27, dan isteri, Nor Akma Ayu Azmee, 24, kini buntu untuk mencari wang bagi menampung kos pembedahan kepala Muhammad Hafiy Affan.

Mohd. Hasif berkata, sindrom itu juga menyebabkan anaknya tiada kedua-dua lubang telinga, bebola mata pula terkeluar serta ta­ngan dan kakinya bengkok.

Sebelum ini katanya, dia be­kerja sendiri sebagai tukang masak di rumah sebelum menghantar makanan kepada pelanggan, namun sekarang terpaksa ditangguhkan sejak Muhammad Hafiy Affan dilahirkan.

“Sekarang saya tiada punca pendapatan dan hanya bergantung kepada bantuan adik-beradik lain untuk menampung keperluan keluarga,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Tebing Tinggi, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.

Mohd. Hasif berkata, dia dan isteri perlu menyedut kahak Muhammad Hafiy Affan setiap 15 minit melalui saluran yang dimasukkan ke dalam hidungnya.

Katanya, mesin yang digunakan untuk menyedut kahak itu dipinjam daripada seorang rakan dari Kuantan, Pahang kerana harganya jika dibeli dianggarkan RM4,000 seunit.

“Ketika berusia lima bulan, anak saya telah menjalani pembedahan untuk memasukkan tiub melalui hidung untuk meluaskan saluran pernafasan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur,” katanya.

Ujarnya, dia dan isteri juga perlu membawa anak mereka sekurang-kurangnya sebulan se­kali untuk rawatan susulan di PPUM selepas difahamkan tiada pakar di Hospital Raja Perem­puan Zainab II yang boleh me­rawat Muhammad Hafiy Affan.

“Setiap kali perjalanan ke PPUM, saya memerlukan belanja antara RM500 hingga RM1,000. Jumlah itu belum ditambah de­ngan perbelanjaan susu, lampin pakai buang dan tiub untuk saluran pernafasannya.

“Sekurang-kurangnya wang se­­banyak RM1,500 diperlukan dalam poket saya setiap bulan,” ujarnya.

Dia berkata, selepas berbincang de­ngan doktor di PPUM, kos seba­nyak RM60,000 diperlukan untuk menjalani pembedahan Muhammad Hafiy Affan pada tahun depan.

Dakwanya, sebelum ini, dia per­nah merujuk penyakit anaknya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memohon bantuan bulanan, namun ditolak dengan alasan ibu bapa masih sihat dan boleh bekerja.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun bank berikut atas nama Nor Akma Aini Azmee atau menghubunginya:
 
013-8614923
Progress:

RM0 raised

Goal: RM20000



blog counter views



0 comments:

Kongsi Portal Ini