Pesakit jantung cilik, Mia Syamila masih perlukan dana sumbangan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kota Bharu - Adik Mia Shamila Che Aziz menghidap penyakit jantung seawal usia setahun. Anak keenam daripada tujuh beradik itu disahkan meng...

Pesakit jantung cilik, Mia Syamila masih perlukan dana sumbangan


Kota Bharu - Adik Mia Shamila Che Aziz menghidap penyakit jantung seawal usia setahun. Anak keenam daripada tujuh beradik itu disahkan mengalami masalah jantung jenis Total Anomalous Pulmonary Venous Drainage (TAPVD) iaitu masalah jantung kongenital yang jarang berlaku. Empat saluran darah pulmonary veinnya dikatakan tidak bersambung secara normal.

Bapanya, Che Aziz Che Abd Hamid berkata, beliau sekeluarga juga tidak menyangka anak berdepan dengan penyakit berisiko itu. Ujarnya, pada awalnya, Mia Shamila hanya demam dan tubuhnya sering lemah.

“Bila selalu demam dan beratnya tidak normal, saya dan isteri kemudia bawanya untuk pemeriksaan di hospital, namun apa yang memeranjatkan apabila doktor cakap dia ada sakit jantung.

“Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami berdua dengan isteri tak berhenti-henti menangis mengenangkan nasib Mia yang masih kecil,” ujarnya sebak.

Ceritanya lagi, doktor memaklumkan punca Mia sering demam disebabkan paru-parunya telah dijangkiti kuman dan saluran dalam jantung tidak normal.

“Doktor syorkan untuk membuat pembedahan segera tetapi saya terpaksa tangguhkan kerana tidak mampu nak biayai kos yang tinggi.

“Kos yang diperlukan mencecah sebanyak RM70,000. Saya hanya berkerja tukang rumah memang tak ada duit sebanyak itu. Namun, alhamdulillah ada tabung sumbangan dibuka untuk meringankan beban,” katanya penuh syukur.

Difahamkan, keadaan Mia Shamila yang kini berusia lima tahun itu masih memerlukan rawatan susulan selepas menjalani pembedahan baru-baru ini.

Menurut Che Aziz, anaknya kini sudah boleh pulang ke rumah di Kampung Bemban, Padang Kala, Kota Bahru, Kelantan. Rawatan susulan akan dibuat di hospital berhampiran.

“Saya berterima kasih kepada pihak yang membantu memberi sumbangan untuk kos pembedahan Mia dan kami masih memerlukan dana untuk kos rawatan seterusnya. “Sudah menjadi impian kami untuk melihat Mia terus sihat dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Kisah adik Mia ini juga mendapat perhatian MyHeart Volunteers apabila berkongsi berita mengenai pembedahan kanak-kanak itu di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. “Pembedahan adik Mia berkos RM70,000 namun jumlah yang terkumpul hanya RM24,000 (setakat 17 Oktober lalu). Adik Mia sangat memerlukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk mencukupkan baki kos tersebut.”

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan, bolehlah terus ke akaun bank berikut atas nama Che Aziz Che Abd Hamid untuk membantu keluarga ini.

Progress:

RM0 raised

Goal: RM4000



blog counter views


0 comments:

Kongsi Portal Ini