Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kubang pasu

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kubang pasu. Papar semua catatan

Kubang Pasu - Sudah jatuh ditimpa tangga, demikian takdir seorang ibu tunggal yang bukan sahaja menderita sakit buah pinggang tetapi kini t...




Kubang Pasu - Sudah jatuh ditimpa tangga, demikian takdir seorang ibu tunggal yang bukan sahaja menderita sakit buah pinggang tetapi kini terpaksa membesarkan empatnya anak sendirian.

Lebih mengharukan dalam kehidupan Naimah Abd. Razak, 39, apabila dua anaknya, Haziq dan Hazim yang juga merupakan kembar berusia 15 tahun turut menghidap autism.

Menurut wanita berstatus ibu tunggal itu, mereka lima beranak kini hidup dalam serba kekurangan, apatah lagi dia terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu kerana penyakit yang dihidapinya sejak setahun yang lalu.

“Sejak bercerai pada Disember lepas saya menanggung sendiri kos rawatan dialisis iaitu RM150 setiap rawatan dan ke­rana nak berjimat saya terpaksa buat dua kali sahaja rawatan. Saya cuba minta kepada hospital kerajaan tetapi tak dapat lagi, kena tunggu giliran pula.

“Alhamdulillah, ada bantuan zakat untuk anak-anak sebanyak RM1,000 sebulan yang boleh menampung persekolahan mereka dan belanja kami seharian,” katanya di Taman Perumahan Awam Tanah Merah, Jitra di sini semalam.

Menurut Naimah, dua anak lelakinya itu belajar di sekolah pendidikan khas berdekatan rumah tersebut sementara adik perempuan mereka, Aisyah, 11, di sebuah sekolah kebangsaan di Jitra.

“Saya tidak mempunyai kenderaan jadi terpaksa upah van sekolah dengan tambang RM350 setiap bulan. Buka sekolah nanti kena tambah lagi tambang sebab anak bongsu, Alia, 7, pula akan masuk sekolah. 

Di sebalik kesempitan ini, kami terpaksa juga sesuaikan diri dengan suasana baharu hidup sekarang. Kami pindah ke sini pun sehelai sepinggang sebab banyak perabot terpaksa dijual untuk guna belanja pindah,” katanya.

Naimah yang turut mengalami masalah penglihatan kerana penyakitnya berkata, dia bernasib baik apabila keluarga mengambil berat tentang kehidupan mereka termasuk sewa rumah RM400 yang dibiayai abangnya selain makan minum yang dihantar jiran.

Menurutnya, dengan keadaan kesihatan yang semakin menyusut dia melahirkan kebimbangan tentang masa depan anak-anaknya.

“Walaupun hidup saya sukar tetapi saya kena kuat demi anak-anak. Saya harap dapat jalani rawatan dialisis ini seperti biasa namun tak mampu. 

Saya ada mohon zakat tetapi kata mereka, kalau saya terima bantuan dialisis, bantuan kewangan akan dipotong. Jadi macam mana pula nak hidup kalau begitu,” katanya. 

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian dengan menghulur sumbangan kepada Naimah di akaun Bank Islam miliknya seperti berikut:



Progress:

RM150 raised

Goal: RM4000



Kubang Pasu - Ia manifestasi kasih sayang anak solehah kepada orang tua yang pernah berbakti dengan penuh kasih sayang yang membawa ke ...



Kubang Pasu - Ia manifestasi kasih sayang anak solehah kepada orang tua yang pernah berbakti dengan penuh kasih sayang yang membawa ke syurga. “Ibu saya akan mengetuk tin manakala bapa saya pula hanya mampu menggamit jika mereka perlukan sesuatu,” kata Intan Zulina Osman, 34.

Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini berkata, menjadi rutin hariannya sejak 18 tahun lalu menguruskan kedua ibu bapanya Siti Zabedah Saidin, 74, dan Osman Jusoh, 80, yang juga orang kurang upaya fizikal terlantar.

Ibunya, Siti Zabedah Saidin, 74, dan bapa, Osman Jusoh, 80, adalah orang kurang upaya (OKU) fizikal terlantar dan langsung tidak berupaya melakukan apa-apa, termasuk menguruskan diri mereka sendiri.

Zulina berkata, dia hanya mencari rezeki dengan mengambil upah membuat kuih karas dengan pendapatan kira-kira RM25 sehari namun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hilang pekerjaan.

“Kini saya menampung hidup dengan menjual pembersih tangan dan membantu mempromosi rakan berniaga makanan dalam talian.

“Saya tak boleh bekerja luar kerana perlu menguruskan ibu bapa saya, jadi apa saja kerja yang mampu buat dari rumah, saya akan buat asalkan jadi duit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kodiang Lama Luar, di sini, hari ini.

Intan Zulina atau lebih mesra dipanggil Kak Chik, berkata dia sangat bersyukur mempunyai anak yang dapat membantunya menguruskan kerja di rumah.

Katanya, anaknya yang sulung Aiman Haikal Aidi Fikri, 15, banyak membantu mendukung nenek dan datuknya untuk mandi setiap hari dan menyuap makanan.

Intan berkata, bagi menampung perbelanjaan anak yang bersekolah, dia turut menerima tempahan membuat kuih raya semasa bulan Ramadan.

Bagaimanapun, pada tahun ini hasratnya terbantut apabila ketuhar yang dibeli rosak awal Januari lalu.

“Mujurlah ibu bapa saya mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM500 sebulan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM350 sebulan, wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang, susu serta ubat-ubatan mereka.

“Anak saya pula mendapat bantuan bulanan RM100 sebulan daripada JKM, duit itu dapat digunakan untuk menampung duit poket mereka ke sekolah,” katanya yang juga anak tunggal.

Bagi orang ramai yang ingin membantu Intan Zulina salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Intan Zulina binti Osman, dia boleh dihubungi menerusi nombor telefon berikut:

011-26437074
Progress:

RM100 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kubang Pasu - "Saya berharap anak-anak akan terus cemerlang dan berjaya supaya mereka mendapat kehidupan yang lebih baik. Itu sah...


Kubang Pasu - "Saya berharap anak-anak akan terus cemerlang dan berjaya supaya mereka mendapat kehidupan yang lebih baik. Itu sahaja harapan saya sebagai ibu selain membuktikan kepada orang ramai bahawa anak pemungut sampah juga mampu berjaya,"

Itu luahan seorang ibu tunggal yang berbasikal sejauh 20 km setiap hari mencari barangan terbuang bagi menyara tiga anak sejak lebih 15 tahun lalu.

Rahimah Dollah, 54, tidak mengenal erti lelah mencari botol, kotak dan kertas terbuang di sekitar jalan serta tempat pembuangan sampah.

Namun, usahanya itu berbaloi apabila dua anaknya berusia 18 dan 24 tahun kini menjejakkan kaki ke menara gading manakala anak bongsu, Zainal Asyraf Che Hassan, 15, mendapat keputusan cemerlang 8A dalam PT3 baru-baru ini.

Dia yang kematian suami, Che Hassan Mohammed pada 2010 akibat kanser tulang menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selain memastikan ketiga-tiga anaknya berjaya biarpun menjalani hidup dengan serba kekurangan.

"Selagi masih berdaya untuk keluar mencari rezeki, saya tidak menghiraukan kata-kata orang sekeliling yang mempersoalkan rezeki saya daripada sampah dan barang buangan.

Boleh dikatakan setiap hari saya mengayuh basikal usang pemberian jiran untuk mencari rezeki. Biasanya barangan yang saya kutip ini dikumpul dan dijual dengan harga 20 sen sehingga 50 sen sekilogram.

Setiap tiga minggu sekali saya menjual barangan ini dan memperoleh RM100 sehingga RM120. Wang yang saya dapat ini digunakan untuk membayar hutang dan memberi wang saku kepada anak bongsu," katanya di rumahnya di Kampung Kubang Chenok, semalam.

Rahimah berkata, ada masanya dia meredah hujan dan panas terik namun memikirkan nasibnya yang perlu berusaha keras demi sesuap nasi, ia bagaikan memberi kekuatan untuk terus bertahan dan kuat.

Katanya, dia bersyukur kerana dua anaknya yang melanjutkan pelajaran di UniKL, Kulim dan Kolej Mara Kuala Nerang di Kedah mendapat pinjaman pelajaran sekali gus dapat mengurangkan bebannya.


Dia yang juga menghidap drah tinggi dan gastrik berkata, ketiga-tiga anaknya jarang sekali diberi wang saku untuk ke sekolah tetapi sentiasa memastikan makanan tersedia di rumah untuk dijamu.

Rahimah sekeluarga berteduh didalam sebuah rumah usang ,yang mana setiap tahun rumah ini ditengelami banjir. Kemurahan hati saudara arwah suami, membenarkan mereka sekeluarga tinggal dirumah ini tanpa dikenakan sewa.

"Anak bongsu saya yang masih bersekolah sudah mengerti kepayahan hidup kami malah dia tidak pernah merungut. Jika ada masa terluang dia turut sama membantu saya mencari botol dan kotak terbuang sekitar pekan Rantau Panjang sehingga ke Pekan Golok dengan hanya berbasikal.

Harapan saya sebagai ibu semoga anak terus cemerlang selain membuktikan kepada orang ramai bahawa anak pemungut sampah juga mampu berjaya," katanya yang menerima bantuan JKM sebanyak RM100 sebulan.

Rahimah turut berkongsi rasa gembira apabila anak keduanya Siti Zaitun Che Hassan, 18, yang mengikuti Asasi Sains di Kolej Mara Kuala Nerang mendapat keputusan 4.0 dalam ujian semester pertama.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama anak sulung Rahimah, Zainal Abidin Che Hassan atau boleh menghubungi:

018-9727681
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kubang Pasu - Seorang suri rumah mengharapkan sumbangan orang ramai bagi meringankan beban ditanggung setelah anak lelakinya berusia tiga...


Kubang Pasu - Seorang suri rumah mengharapkan sumbangan orang ramai bagi meringankan beban ditanggung setelah anak lelakinya berusia tiga tahun disahkan menghidap kanser Neuroblastoma (kanser berkaitan saraf) sejak April lepas.

Nor Asnah Asmo, 36, berkata, sejak mengetahui Muhammad Muazzudin Mohd Hayat menghidap kanser tahap empat itu, kehidupannya bersama suami Mohd Hayat Mohd Abdullah, 36, turut berubah kerana perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada anaknya itu selain empat lagi anak berusia lima hingga 12 tahun.

“Sebelum ini, suami bekerja pemandu bas di Kuala Lumpur dengan pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan, namun selepas Muaz (panggilan Muhammad Muazzudin) jatuh sakit, kami putus pendapatan apabila suami terpaksa ambil cuti tanpa gaji sejak Mei lalu.

“Suami mengambil keputusan tersebut kerana perlu membawa anak kami berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Bahiyah mendapatkan rawatan menyebabkan kami putus pendapatan dan kini bergantung sumbangan saudara-mara dan penduduk setempat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jitra dekat sini hari ini.

Menurut Nor Asnah kehidupan mereka makin terhimpit apabila memerlukan belanja antara RM200 hingga RM300 sebulan untuk rawatan anaknya itu selain perbelanjaan lain ketika anaknya dimasukkan ke wad beberapa hari.

“Setiap bulan, tiga atau empat kali kami berulang ke HPP dan HSB untuk buat pemeriksaan darah dan sekiranya keadaannya tidak memuaskan, dia akan ditahan di wad sehingga beberapa hari dan memakan kos,” katanya yang mengharapkan anaknya itu sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Nor Asnah berkata, dia tidak lagi sanggup melihat anaknya itu menanggung kesakitan ketika sukar untuk membuang air kecil dan besar.

“Saya juga tidak lagi sanggup melihat Muaz terlantar selepas lumpuh dari paras pinggang hingga kaki akibat penyakit itu, biarpun sudah menjalani rawatan termasuk menjalani lapan kali sesi kimoterapi sebelum ini.

“Saya rindukan Muaz seperti dulu yang ceria dan aktif,” katanya yang sebak apabila memaklumkan anaknya hanya mempunyai peluang 20 peratus untuk sembuh kerana sel kaser telah mula menyerang ke bahagian organ lain terutama sekali tulang belakang,’’ katanya.

Sementara itu, nasib yang menimpa Muhammad Muazzudin mendapat perhatian Pengasas Cancer Survivors Malaysia, Zuraini Kamal yang menziarahi kanak-kanak itu di rumahnya selain turut menyerahkan bantuan makanan keperluan, lampin pakai buang, susu dan wang tunai.

“Harapan saya agar ada pihak korporat dapat membantu menyumbang sedikit bantuan kerana keluarga ini hilang pendapatan dan berharap duit zakat sebanyak RM2,500 yang diterima baru-baru ini sahaja,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Muhammad Muazzudin boleh menyalurkan terus ke akaun bank berikut atas nama Nor Asnah Asmo seperti berikut:

017-3856338
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kubang Pasu - Wanita dari Kampung Tok Jalai di Jitra dekat sini berkata penyakit kanser ovari menyebabkan kehidupannya menjadi kelam dan...


Kubang Pasu - Wanita dari Kampung Tok Jalai di Jitra dekat sini berkata penyakit kanser ovari menyebabkan kehidupannya menjadi kelam dan kini tidak boleh mengurut lagi yang juga punca pendapatannya apabila hanya sekadar bergantung kepada bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Seorang bidan kampung Fadhilah Ahmad, 63, tidak menyangka kesakitan yang dialami pada bahagian pinggang dan demam berpanjangan adalah petanda beliau menghidap kanser ovari tahap tiga sejak September tahun lepas.

“Saya juga ada terima bantuan daripada Majlis Kanser Nasional sebanyak RM250 sebulan bermula Januari lepas, tetapi pemberian bantuan ini akan berakhir pada Jun ini. Saya juga pernah memohon bantuan JKM tetapi gagal dengan alasan sebab saya sudah menerima bantuan lain,” katanya.

Katanya sebelum ini dia mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM200 sebulan daripada upah mengurut ibu bersalin dan orang ramai yang mengalami sakit-sakit badan namun sekarang tidak berupaya berbuat demikian apabila seluruh anggota badannya menjadi lemah.

Fadhilah yang tinggal sebatang kara selepas kematian suami sejak 20 tahun lalu itu berkata dia disahkan menghidap kanser itu selepas membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berikutan sekian lama menderita sakit bahagian pinggang serta sering tiada selera makan dan demam.

“Saya sering sakit ketika ingin membuang air kecil dan air besar, demam dan tak larat, saya ingat ia sakit biasa, tetapi lepas buat pemeriksaan doktor sahkan saya menghidap kanser ovari sebelum menjalani pembedahan membuang ovari bagi mengelak komplikasi lebih buruk,” katanya.

Fadhilah berkata sehingga kini dia masih mendapatkan rawatan susulan di HSB dengan membuat pemeriksaan darah seminggu sekali dan setakat ini telah menjalani sebanyak enam kali rawatan kimoterapi bagi mematikan sel kanser supaya tidak merebak ke bahagian lain.

Sehubungan itu, dia yang tidak mempunyai anak itu merayu sumbangan orang ramai bagi meringankan beban yang ditanggungnya untuk berulang-alik ke hospital termasuk perbelanjaan keperluan lain ketika berada di hospital yang memerlukan antara RM300 hingga RM400 sebulan.

Dia juga banyak bergantung hidup kepada anak saudaranya Aminudin Baharudin, 20, yang tinggal berdekatan serta kerap menjenguk dan membeli barangan keperluan hariannya terutama selepas menjalani rawatan kimoterapi.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan terus sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Fadhilah Ahmad atau menghubunginya di talian:

017-5375585
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini