
“Saya juga ada terima bantuan daripada Majlis Kanser Nasional sebanyak RM250 sebulan bermula Januari lepas, tetapi pemberian bantuan ini akan berakhir pada Jun ini. Saya juga pernah memohon bantuan JKM tetapi gagal dengan alasan sebab saya sudah menerima bantuan lain,” katanya.
Katanya sebelum ini dia mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM200 sebulan daripada upah mengurut ibu bersalin dan orang ramai yang mengalami sakit-sakit badan namun sekarang tidak berupaya berbuat demikian apabila seluruh anggota badannya menjadi lemah.
Fadhilah yang tinggal sebatang kara selepas kematian suami sejak 20 tahun lalu itu berkata dia disahkan menghidap kanser itu selepas membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berikutan sekian lama menderita sakit bahagian pinggang serta sering tiada selera makan dan demam.
“Saya sering sakit ketika ingin membuang air kecil dan air besar, demam dan tak larat, saya ingat ia sakit biasa, tetapi lepas buat pemeriksaan doktor sahkan saya menghidap kanser ovari sebelum menjalani pembedahan membuang ovari bagi mengelak komplikasi lebih buruk,” katanya.
Fadhilah berkata sehingga kini dia masih mendapatkan rawatan susulan di HSB dengan membuat pemeriksaan darah seminggu sekali dan setakat ini telah menjalani sebanyak enam kali rawatan kimoterapi bagi mematikan sel kanser supaya tidak merebak ke bahagian lain.
Sehubungan itu, dia yang tidak mempunyai anak itu merayu sumbangan orang ramai bagi meringankan beban yang ditanggungnya untuk berulang-alik ke hospital termasuk perbelanjaan keperluan lain ketika berada di hospital yang memerlukan antara RM300 hingga RM400 sebulan.
Dia juga banyak bergantung hidup kepada anak saudaranya Aminudin Baharudin, 20, yang tinggal berdekatan serta kerap menjenguk dan membeli barangan keperluan hariannya terutama selepas menjalani rawatan kimoterapi.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan terus sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Fadhilah Ahmad atau menghubunginya di talian:
![]() |
017-5375585 |
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: