Suri rumah rayu bantuan anak lelaki hidap kanser tahap empat - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kubang Pasu - Seorang suri rumah mengharapkan sumbangan orang ramai bagi meringankan beban ditanggung setelah anak lelakinya berusia tiga...

Suri rumah rayu bantuan anak lelaki hidap kanser tahap empat


Kubang Pasu - Seorang suri rumah mengharapkan sumbangan orang ramai bagi meringankan beban ditanggung setelah anak lelakinya berusia tiga tahun disahkan menghidap kanser Neuroblastoma (kanser berkaitan saraf) sejak April lepas.

Nor Asnah Asmo, 36, berkata, sejak mengetahui Muhammad Muazzudin Mohd Hayat menghidap kanser tahap empat itu, kehidupannya bersama suami Mohd Hayat Mohd Abdullah, 36, turut berubah kerana perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada anaknya itu selain empat lagi anak berusia lima hingga 12 tahun.

“Sebelum ini, suami bekerja pemandu bas di Kuala Lumpur dengan pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan, namun selepas Muaz (panggilan Muhammad Muazzudin) jatuh sakit, kami putus pendapatan apabila suami terpaksa ambil cuti tanpa gaji sejak Mei lalu.

“Suami mengambil keputusan tersebut kerana perlu membawa anak kami berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Bahiyah mendapatkan rawatan menyebabkan kami putus pendapatan dan kini bergantung sumbangan saudara-mara dan penduduk setempat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jitra dekat sini hari ini.

Menurut Nor Asnah kehidupan mereka makin terhimpit apabila memerlukan belanja antara RM200 hingga RM300 sebulan untuk rawatan anaknya itu selain perbelanjaan lain ketika anaknya dimasukkan ke wad beberapa hari.

“Setiap bulan, tiga atau empat kali kami berulang ke HPP dan HSB untuk buat pemeriksaan darah dan sekiranya keadaannya tidak memuaskan, dia akan ditahan di wad sehingga beberapa hari dan memakan kos,” katanya yang mengharapkan anaknya itu sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Nor Asnah berkata, dia tidak lagi sanggup melihat anaknya itu menanggung kesakitan ketika sukar untuk membuang air kecil dan besar.

“Saya juga tidak lagi sanggup melihat Muaz terlantar selepas lumpuh dari paras pinggang hingga kaki akibat penyakit itu, biarpun sudah menjalani rawatan termasuk menjalani lapan kali sesi kimoterapi sebelum ini.

“Saya rindukan Muaz seperti dulu yang ceria dan aktif,” katanya yang sebak apabila memaklumkan anaknya hanya mempunyai peluang 20 peratus untuk sembuh kerana sel kaser telah mula menyerang ke bahagian organ lain terutama sekali tulang belakang,’’ katanya.

Sementara itu, nasib yang menimpa Muhammad Muazzudin mendapat perhatian Pengasas Cancer Survivors Malaysia, Zuraini Kamal yang menziarahi kanak-kanak itu di rumahnya selain turut menyerahkan bantuan makanan keperluan, lampin pakai buang, susu dan wang tunai.

“Harapan saya agar ada pihak korporat dapat membantu menyumbang sedikit bantuan kerana keluarga ini hilang pendapatan dan berharap duit zakat sebanyak RM2,500 yang diterima baru-baru ini sahaja,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Muhammad Muazzudin boleh menyalurkan terus ke akaun bank berikut atas nama Nor Asnah Asmo seperti berikut:

017-3856338
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini