Tak pernah merungut, ibu tunggal 3 anak cekal jaga orang tua OKU - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kubang Pasu - Ia manifestasi kasih sayang anak solehah kepada orang tua yang pernah berbakti dengan penuh kasih sayang yang membawa ke ...

Tak pernah merungut, ibu tunggal 3 anak cekal jaga orang tua OKU



Kubang Pasu - Ia manifestasi kasih sayang anak solehah kepada orang tua yang pernah berbakti dengan penuh kasih sayang yang membawa ke syurga. “Ibu saya akan mengetuk tin manakala bapa saya pula hanya mampu menggamit jika mereka perlukan sesuatu,” kata Intan Zulina Osman, 34.

Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini berkata, menjadi rutin hariannya sejak 18 tahun lalu menguruskan kedua ibu bapanya Siti Zabedah Saidin, 74, dan Osman Jusoh, 80, yang juga orang kurang upaya fizikal terlantar.

Ibunya, Siti Zabedah Saidin, 74, dan bapa, Osman Jusoh, 80, adalah orang kurang upaya (OKU) fizikal terlantar dan langsung tidak berupaya melakukan apa-apa, termasuk menguruskan diri mereka sendiri.

Zulina berkata, dia hanya mencari rezeki dengan mengambil upah membuat kuih karas dengan pendapatan kira-kira RM25 sehari namun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hilang pekerjaan.

“Kini saya menampung hidup dengan menjual pembersih tangan dan membantu mempromosi rakan berniaga makanan dalam talian.

“Saya tak boleh bekerja luar kerana perlu menguruskan ibu bapa saya, jadi apa saja kerja yang mampu buat dari rumah, saya akan buat asalkan jadi duit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kodiang Lama Luar, di sini, hari ini.

Intan Zulina atau lebih mesra dipanggil Kak Chik, berkata dia sangat bersyukur mempunyai anak yang dapat membantunya menguruskan kerja di rumah.

Katanya, anaknya yang sulung Aiman Haikal Aidi Fikri, 15, banyak membantu mendukung nenek dan datuknya untuk mandi setiap hari dan menyuap makanan.

Intan berkata, bagi menampung perbelanjaan anak yang bersekolah, dia turut menerima tempahan membuat kuih raya semasa bulan Ramadan.

Bagaimanapun, pada tahun ini hasratnya terbantut apabila ketuhar yang dibeli rosak awal Januari lalu.

“Mujurlah ibu bapa saya mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM500 sebulan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM350 sebulan, wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang, susu serta ubat-ubatan mereka.

“Anak saya pula mendapat bantuan bulanan RM100 sebulan daripada JKM, duit itu dapat digunakan untuk menampung duit poket mereka ke sekolah,” katanya yang juga anak tunggal.

Bagi orang ramai yang ingin membantu Intan Zulina salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Intan Zulina binti Osman, dia boleh dihubungi menerusi nombor telefon berikut:

011-26437074
Progress:

RM100 raised

Goal: RM2000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini