
Bachok - Asmaliza Abdul Rahman,25, berkata ini pendapatan suaminya, Muhamad Daud,36, sebanyak RM600 sebulan sebagai tukang rumah tidak mencukupi bagi merawat tangan anaknya, Muhammad Adam Asyraf berusia 4 tahun yang sehingga kini masih terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab HRPZ II kerana kecederaan parah yang dialami.
"Sudah tiga tahun dia menderita sakit pada lima jari tangan kiri kerana tercelup dalam air gula yang baru diangkat dari dapur dan sehingga kini saya masih menukar balutan untuk memastikan lukanya bersih," kata Asmaliza.
Beliau berkata kejadian malang itu berlaku pada Julai 2016 ketika beliau sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa, tanpa disedari Muhammad Adam yang baru bangun tidur dan datang dari belakang telah mencelupkan tangannya ke dalam bekas berisi air gula yang panas.
Asmaliza berkata beliau segera menghantar anaknya ke hospital Kelaboran Tumpat, sebelum digegaskan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab HRPZ II kerana kecederaan yang terlalu parah.
"Pada awal rawatan, doktor mengambil kulit paha Muhammad Adam bagi menggantikan kulit jari tangannya sebanyak empat kali.
Katanya Muhammad Adam yang kini belajar di Tadika KEMAS Pak Simpol, sering menangis terutama apabila jarinya sakit atau luka (berair) dan jahitan tercabut, katanya.
"Minggu lepas dia baru sahaja keluar hospital selepas menjalani pembedahan yang dinamakan 'K-Wire', yang mana doktor kata besi seperti dawai digunakan bagi menyelamatkan ibu jari dan jari kelingking boleh berfungsi dan mampu digerakkan," katanya.
Beliau berkata mereka sekeluarga termasuk dua lagi anaknya Nur Putri Maya, 7 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kolam dan Nur Putri Alesya, 2, cuma mampu menyewa sebuah bilik RM100 sebulan sebagai tempat berteduh.
Asmaliza berkata beliau sudah menghantar permohonan bantuan kos ulang-alik daripada MAIK tetapi belum menerima jawapan.
Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh mengunjungi keluarga ini di Kampung Permatang Piah, Pak Badol atau menghubungi talian telefon berikut bagi maklumat lanjut:
![]() |
014-2183233 |
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: