Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kota Bharu - Lima sekeluarga hidup dalam kebimbangan dengan keadaan lantai reput di sebuah rumah pusaka yang hampir roboh terletak di tepi ...


Kota Bharu - Lima sekeluarga hidup dalam kebimbangan dengan keadaan lantai reput di sebuah rumah pusaka yang hampir roboh terletak di tepi tali air Kampung Cherang, Tanjung Mas di sini.

Keadaan dilalui pasangan suami isteri, Siti Sarah Hazmi, 32 dan Mohd Zulkhainain Razak, 31, bersama tiga anak mereka berusia dua hingga 11 tahun dikhuatiri mampu mengundang kejadian tidak diingini lebih-lebih ketika musim tengkujuh ketika ini.

Siti Sarah berkata, anak bongsunya, Mohd Dafi Zafril sudah berkali-kali terjerlus ke lubang lantai dan kakinya tersepit sehingga menangis kesakitan.

“Cuma tidak sampai patah, hanya lebam dan lelasan di bahagian kulit betis yang bergesel dengan kayu.

“Saya sendiri pun pernah jatuh ketika sedang memasak sehingga mengalami sakit-sakit badan, tetapi saya dah biasa dan lali.

"Cuma saya kesian kepada anak-anak kerana mereka masih kecil dan tidak faham dengan kesusahan kami,” katanya.

"Dengan pendapatan yang tidak menentu, sememangnya saya tidak mampu membaiki kerosakan rumah ini, makan pun kadangkala terpaksa dicatu, apatah lagi untuk membaikinya. Ada ketikanya kami hanya makan nasi kosong bersama telur dan kicap," katanya.

Mohd Zulkarnain mengakui keadaan rumah yang uzur menyebabkan dia sukar melelapkan mata kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

"Tambahan sudah memasuki musim tengkujuh ini, saya bimbang rumah ini bila-bila masa sahaja boleh roboh. Atap rumah bocor dan papan lantai reput selain ancaman haiwan berbisa menyebabkan saya bimbang keselamatan anak-anak yang masih kecil.

"Disebabkan kesempitan hidup, saya tidak mampu membaiki dan menyediakan kediaman yang selesa kepada isteri serta anak-anak dan terpaksa reda tinggal di rumah usang yang menunggu hari untuk roboh," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan ke akaun bank berikut atas nama Siti Sarah Hazmi atau boleh menghubunginya:

01117911517
Progress:

RM10 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kuala Lumpur - Pelakon, pelawak, pengacara dan penulis lirik popular, Bob Lokman memerlukan sekitar RM60,000 bagi menampung kos rawatan pem...


Kuala Lumpur - Pelakon, pelawak, pengacara dan penulis lirik popular, Bob Lokman memerlukan sekitar RM60,000 bagi menampung kos rawatan pembedahan akibat masalah jantung yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, beliau memohon sumbangan orang ramai bagi memasang sejenis alat untuk mengawal degupan jantung iaitu automated implantable cardioverter defibrillator (AICD).

Justeru, bekas artis serba boleh berusia 56 tahun itu sangat mengharapkan sumbangan ikhlas daripada individu yang prihatin sekali gus dapat menyembuhkan kembali kesihatan dirinya.




Posting tersebut mendapat 2,400 tanda suka dan 2,200 perkongsian selain komen warganet yang terus mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban beliau boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut milik isterinya Relawati Daud atau boleh menghubungi beliau:


019-2825555
Progress:

RM120 raised

Goal: RM20000



blog counter views

  Tampin - Penderitaan yang dialami seorang pekerja buruh selepas diserang strok sejak September lalu menyebabkan keluarganya kini dihimpit...

 


Tampin - Penderitaan yang dialami seorang pekerja buruh selepas diserang strok sejak September lalu menyebabkan keluarganya kini dihimpit kemiskinan kerana kehilangan sumber pendapatan.

Norazmah Mohamad, 45, berkata, suaminya, Wan Mohd. Zaimi Wan Ahmad, 47, sebelum ini tidak pernah mengadu sakit, namun secara tiba-tiba diserang strok ketika sedang meninjau kerja-kerja membaiki rumah rakannya di Kampung Sungai Dua, Gemencheh dekat sini.

“Suami saya kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Air Kuning sebelum dimasukkan ke hospital.

“Hasil pemeriksaan, dia me­ngalami pendarahan dalam otak dan tempurung kepala terpaksa dibuang bagi mengeluarkan darah beku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Dua, Gemencheh dekat sini baru-baru ini.

Norazmah memberitahu, ke­jadian itu menyebabkan suaminya kini hanya mampu terlantar akibat strok sebelah kiri badan.

Katanya, mereka sekeluarga sekarang bergantung hidup atas sumbangan adik-beradik, keluar­ga dan masyarakat setempat.

Selain itu, dia terpaksa mendapatkan bantuan abangnya untuk menjaga Wan Mohd. Zaimi kerana suami itu agak agresif walaupun mengalami strok.

“Sebelum ini kami sekeluarga tidak pernah meminta bantuan mana-mana pihak kerana suami masih bekerja serta mempunyai pendapatan mengambil upah kerja kampung,” ujarnya.

Menurutnya, dia kini bimbang tidak mampu memenuhi keperluan anak tunggalnya, Mohamad Fahmi Husaini, 10, terutamanya untuk tujuan persekolahan nanti.

“Kami ada menerima Ban­tuan Sara Hidup, namun ia hanya dapat menampung sebahagian keperluan.

“Saya harap bantuan Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Ma­syarakat akan dapat disalurkan segera kepada kami,” kata­nya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh me­nyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Norazmah Mohamad:

Progress:

RM10 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Maran - Siapa sangka setahun lalu, Tazulfakri Anuar, 49, boleh bergerak bebas dan menebar roti canai sebagai sumber pendapatan keluarga tet...


Maran - Siapa sangka setahun lalu, Tazulfakri Anuar, 49, boleh bergerak bebas dan menebar roti canai sebagai sumber pendapatan keluarga tetapi kini berkerusi roda akibat komplikasi melioidosis ialah sejenis penyakit jangkitan bakteria yang jarang berlaku.

Tazulfakri yang tinggal di Felda Jengka 23, di sini, disahkan doktor menghidap penyakit berkaitan jangkitan sejenis bakteria Burkholderia pseudomallei yang berada di dalam permukaan air dan tanah yang melemahkan sistem imun termasuk hati.

Melioidosis merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Gram-negatif, Burkholderia pseudomallei, yang terdapat pada tanah dan air.

Menurutnya, jangkitan itu mungkin berlaku ketika dia berkebun di ladang mentua di Felda Jengka 23 awal September tahun lalu.

"Kebetulan saya lambat mandi. Beberapa jam kemudian saya demam, sakit kepala, muntah dan lemah seluruh badan. Saya demam berpanjangan yang tidak sembuh-sembuh.

"Saya dihantar ke Hospital Jengka dan seterusnya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk didiagnosis doktor pakar dan disahkan menghidap melioidosis," katanya.

Dia berkata, akibat penyakit itu, dia terpaksa menjadi penghuni tetap Hospital Jengka dan HOSHAS secara bergilir-gilir manakala sumber pendapatan keluarga terputus.

"Sebelum ini, rezeki kami ialah berniaga roti canai dibantu isteri, Rodziah Md Salleh, 43, di Felda Jengka 23 dengan pendapatan sederhana tetapi cukup menampung keluarga.

"Sejak daripada kejadian yang tidak disangka ini, isteri mengambil upah menjaga gerai jiran sekadar cukup makan.

"Saya kini bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak dan tidak boleh melakukan kerja berat," katanya.

Dia berkata, dia tiada punca pendapatan untuk menanggung empat anak yang masih belajar dan hanya bergantung dengan isteri selain sumbangan orang ramai.

Orang ramai ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Tazulfakri Anuar atau menghubunginya:

017-9136877
Progress:

RM50 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Saratok - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itu nasib yang ditanggung Rodie Hasim, 41, dari Kampung Melango Baru Saratok d...


Saratok - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itu nasib yang ditanggung Rodie Hasim, 41, dari Kampung Melango Baru Saratok di sini selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat sejak baru-baru ini.

Isteri Rodie, Anasiah Antey, 38, berkata suaminya itu baru mengetahui penyakit sebaik sahaja disahkan oleh pakar perubatan di hospital dekat sini.

Katanya tahap kesihatan suaminya itu makin merosot sejak akhir-akhir ini, menyebabkan tugas menjaga lima anak berusia dua bulan hingga 17 tahun dipikulnya, dan suaminya itu yang hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.

Justeru beliau merayu bantuan orang ramai dan pihak berkenaan bagi membiayai kos rawatan dan ubatan penyakit dialami suaminya itu.

“Beliau dikesan menghidap penyakit ini pada beberapa bulan lalu, dan sejak itu kesihatannya semakin merosot serta sering kali keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Kami sekeluarga tidak mempunyai pendapatan tetap. Hanya bergantung dengan ibunya yang hanya meraih pendapatan melalui jualan burger. Dengan situasi itu, masalah kewangan telah membebankan kami ditambahkan lagi beliau akan menerima rawatan susulan serta kimoterapi selepas ini,” katanya.

Beliau berkata ibarat menunggu bulan jatuh ke riba, begitulah perasaan mereka sekeluarga dengan penyakit kanser usus tahap empat yang kini sedang mengharapkan bantuan orang ramai serta pihak berkaitan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.

“Saya jadi buntu apabila memikirkan kami tidak mempunyai sumber kewangan meneruskan rawatan suami saya, sekadar mengharap bantuan dan ihsan daripada pihak keluarga serta rakan-rakan terdekat yang sudi memberi sumbangan.

“Lebih menyedihkan lagi keadaan, apabila saya baharu sahaja bersalin beberapa bulan lalu, kami kini turut terbeban untuk membeli susu serta pampers anak yang berusia dua bulan,” ujar beliau.

Beliau berkata hidup mereka sekeluarga terus berubah dan makin terhimpit dengan suami terpaksa meninggalkan kerjanya selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

“Duit simpanan yang ada sudah habis digunakan untuk tujuan perubatan suami. Saya buntu bagaimana hendak cari duit bagi menampung kos perubatan serta rawatan kimoterapi selepas ini,” tegasnya sambil menambah semalam suaminya telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak di Kuching untuk menjalani rawatan lanjut.

Orang ramai yang ingin membantu Rodie boleh menghulurkan sumbangan terus ke akaun bank berikut atas nama Rodie Hasim atau hubunginya:

016-4535990
Progress:

RM50 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Batu Pahat - Kehidupan keluarga Mohd Faizul Redzuan Abd Malik boleh diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau turut 'berkon...


Batu Pahat - Kehidupan keluarga Mohd Faizul Redzuan Abd Malik boleh diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau turut 'berkongsi' penyakit jantung berlubang dengan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun.

Mohd Faizul Redzuan, 35, berkata, jantung berlubang yang dialaminya sewaktu kanak-kanak itu kembali menyerang kesihatannya apabila dimaklumkan doktor injap jantungnya mula terbuka menyebabkan dia kerap demam dan sukar membuat kerja berat.

Rabiatul Syakilyn, anak kedua daripada lima beradik itu pula disahkan bermasalah dengan jantung semenjak lahir dan perlu mendapatkan rawatan hampir setiap bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Menurut isterinya, Azlin Ahmad, mereka bukan sahaja terpaksa 'mengikat perut' bagi menampung kos rawatan serta perbelanjaan malah ada kalanya terpaksa menebalkan muka meminta sumbangan rakan-rakan serta penduduk sekitar kediamannya di Kampung Parit Othman, Parit Sulong, dekat sini.

Akibat masalah kewangan dan juga kesihatan, rawatan untuk anaknya 'Rubi' kini tidak lagi dapat diteruskan, tambahan suaminya kini sendiri tidak mampu untuk melakukan kerja berat.

"Semenjak tidak lagi melakukan rawatan di HSA hampir lima tahun, masalah jantung Rubi kini semakin serius. Selain bermasalah dengan jantung berlubang, injap jantungnya juga kini bermasalah dan memerlukan pembedahan.

"Kami diberitahu kos pembedahan berkenaan memakan belanja puluhan ribu ringgit dan dengan pendapatan suami yang tidak seberapa, sememangnya kami tidak mampu. 

Jika diikutkan suami sendiri perlu melakukan pembedahan dan kosnya sekitar RM25,000. Dia terpaksa menangguhkannya akibat masalah kewangan yang kami hadapi," kata Azlin ketika ditemui di kediamannya.

Pasangan itu sebelum ini berniaga menjual sarapan di tepi jalan bagaimanapun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, perniagaan itu dihentikan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun bank berikut atas nama Azlin Ahmad:

Progress:

RM110 raised

Goal: RM25000



blog counter views

Jerantut - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah gambaran bebanan yang terpaksa ditanggung seorang ibu tunggal tujuh anak...


Jerantut - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah gambaran bebanan yang terpaksa ditanggung seorang ibu tunggal tujuh anak yang kini terpaksa menjadi ketua keluarga akibat kematian suaminya awal tahun ini.

Pada usia 37 tahun, Adicky Dzuliana Ab. Rahman yang tinggal di Taman Gemilang di sini melalui ujian besar apabila perlu menjadi ketua keluarga bagi menyara dan membesarkan tujuh anak lelakinya yang berusia tiga bulan hingga 12 tahun selepas suaminya Norhisam Adun meninggal dunia dalam usia 59 tahun akibat serangan jantung.

Adicky Dzuliana berkata, kehidupannya dan keluarga kini hanya semata-mata bergantung kepada ihsan saudara mara dan jiran.

“Arwah suami dulu berniaga kecil-kecilan berdekatan tempat tinggal kami di Kampung Melayu, Kepong, Selangor dan pendapatannya sekadar cukup untuk kami anak beranak.

“Namun selepas dia meninggal dunia, saya hilang tempat bergantung dan dibantu saudara sepupu berpindah ke sini dan sekarang perlu memikirkan bagaimana cara memperoleh wang belanja bagi membesarkan anak,” katanya di sini semalam.

Adicky Dzuliana yang berasal dari Kuala Krai Kelantan berkata, sebagai ibu dia sentiasa mengharapkan anak-anaknya berusia tujuh tahun, sembilan tahun, 11 tahun dan 12 tahun dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain agar mempunyai masa depan yang cerah.

Walau bagaimanapun katanya, atas pelbagai faktor termasuk desakan hidup menyebabkan empat anaknya yang sepatutnya bersekolah tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah sehingga hari ini.

“Bukan saya tidak mahu keluar bekerja, tetapi memikirkan anak-anaknya yang masih kecil perlu diberi perhatian penuh termasuk keselamatan di rumah malahan tidak mampu menghantar di bawah jagaan pengasuh dan tadika,” katanya.

Ujarnya, dia berterima kasih kepada keluarga saudara sepupunya kerana membayar sewa bulanan rumah mereka dan membantu barangan keperluan dapur untuk anak-anak serta ibunya berusia 77 tahun yang kini terlantar akibat strok.

Katanya, dia juga berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jerantut yang telah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM450 sebulan sejak Oktober lalu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adicky Dzuliana menerusi talian berikut atau menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Adicky Dzuliana.

017-3137935
Progress:

RM110 raised

Goal: RM2000



blog counter views


Gua Musang - Seorang ibu yang menghidap penyakit tiroid (kelenjar) kronik tidak mampu lagi menghantar tiga anak yang turut menghidap penyak...


Gua Musang - Seorang ibu yang menghidap penyakit tiroid (kelenjar) kronik tidak mampu lagi menghantar tiga anak yang turut menghidap penyakit kritikal ke hospital akibat masalah kewangan. 

Laily Che Musa, 42, dari Kampung Batu Papan dekat sini, menerima takdir Tuhan hidup dalam serba kekurangan serta miskin selain perlu menanggung perbelanjaan rawatan perubatan tiga anaknya setiap bulan. 

Katanya, dia diuji Tuhan untuk menjaga dua anak lelakinya yang menghidap leukemia dan seorang lagi menghidap penyakit tulang rapuh. Ketiga-tiganya perlukan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian

"Ada kalanya, saya gagal menahan air mata mengenangkan tiga anak terlantar malah saya juga sering letih dan sakit akibat tiroid," katanya ditemui di rumahnya hari ini.

Menurut Laily, anaknya, Adam Arif, 15, dan Mohd Nor Firdaus, 17, menghidap leukemia sejak kecil serta perlukan rawatan berkala. 

"Mohd Amin Ruallah Mohd Amin yang berusia 10 tahun pula menghidap penyakit tulang lembut dan kerap menangis minta tolong. 

"Saya jadi lebih sayu kerana seluruh tubuh Mohd Amin timbul bintik-bintik merah dan dia serong mengadu pedih," katanya. 

Menurut Laily, Mohd Amin Ruallah juga hanya terlantar di rumah akibat masalah itu. Katanya, Mohd Amin Ruallah disahkan menghidap penyakit terbabit oleh doktor ketika berusia lima tahun apabila tiba-tiba tidak boleh berjalan. 

"Saya mempunyai sembilan anak berumur dua hingga 25 tahun. Menurut Laily, jika kehabisan wang, mereka akan menangguhkan rawatannya serta anak selain meminjam daripada jiran. 

"Memang susah namun kami tetap tabah hadapi semua ujian ini. "Saya perlu kuatkan diri demi anak-anak," katanya. Pihak yang ingin membantu boleh menghubungi Laily di talian berikut:


017-9039264
Progress:

RM110 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Rembau - "Saya akan terus mengambil upah untuk memotong rumput dan menjual kuih untuk menampung tujuh anak," kata ibu tunggal, Ra...


Rembau - "Saya akan terus mengambil upah untuk memotong rumput dan menjual kuih untuk menampung tujuh anak," kata ibu tunggal, Rahmah Abdullah, 45, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Senama Ulu di sini.

Rahmah harus menanggung tujuh anaknya sendirian setelah suaminya, Nur Affandy Norman, meninggal dunia akibat strok dua tahun lalu.

Pada masa ini, Rahmah mengambil upah untuk memotong rumput di rumah orang selain menjual kuih pada waktu petang.

"Tidak mudah sebagai ibu tunggal untuk menopang tujuh anak dengan melakukan dua pekerjaan dalam satu masa.

"Tetapi saya tenang dan dapat melakukannya demi anak-anak. "Suami saya meninggal dunia ketika anak bongsu yang baru berusia tiga bulan," katanya.

Menurut Rahmah, anak-anaknya berusia dua setengah hingga 23 tahun iaitu dua lelaki dan lima perempuan.

"Tidak ada istilah 'percutian' untuk saya. Saya juga menanam kari beku untuk pasaran tempatan selain membuat tempahan.

"Alhamdulillah, rezeki masih ada walaupun menghadapi kesukaran, terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana anda tidak dapat keluar bekerja.

"Selain itu, saya juga menerima bantuan bulanan sebanyak RM450 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain RM250 dari Baitulmal," katanya.

Wanita yang berani itu mengatakan bahawa anak perempuan sulungnya, Norlaila Quidrinya, 23, telah bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel di Rembau sejak dua tahun yang lalu dan dia banyak membantu keluarganya.

"Mesin pemotong rumput yang saya gunakan sering rosak dan ia mempengaruhi pendapatan. "Norlaila banyak membantu, terutama dari segi perbelanjaan adik-beradiknya untuk pergi ke sekolah.

"Pada masa yang sama, jika saya memotong rumput, anak-anak dewasa juga membantu mengumpulkan rumput yang telah dipotong, dikeluarkan atau dibakar di tempat yang sesuai," katanya.

Keluarga Rahmah turut dalam pemantauan untuk anak-anaknya yang menerima bantuan 'Kembali Ke Sekolah' tahunan.

"Tuan tanah juga memberi izin kepada keluarga ini untuk tinggal di kediaman ini secara percuma," katanya.

Derma untuk keluarga ini boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Rahmah Abdullah:

Progress:

RM100 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kongsi Portal Ini