
Isteri Rodie, Anasiah Antey, 38, berkata suaminya itu baru mengetahui penyakit sebaik sahaja disahkan oleh pakar perubatan di hospital dekat sini.
Katanya tahap kesihatan suaminya itu makin merosot sejak akhir-akhir ini, menyebabkan tugas menjaga lima anak berusia dua bulan hingga 17 tahun dipikulnya, dan suaminya itu yang hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.
Justeru beliau merayu bantuan orang ramai dan pihak berkenaan bagi membiayai kos rawatan dan ubatan penyakit dialami suaminya itu.
“Beliau dikesan menghidap penyakit ini pada beberapa bulan lalu, dan sejak itu kesihatannya semakin merosot serta sering kali keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Kami sekeluarga tidak mempunyai pendapatan tetap. Hanya bergantung dengan ibunya yang hanya meraih pendapatan melalui jualan burger. Dengan situasi itu, masalah kewangan telah membebankan kami ditambahkan lagi beliau akan menerima rawatan susulan serta kimoterapi selepas ini,” katanya.
Beliau berkata ibarat menunggu bulan jatuh ke riba, begitulah perasaan mereka sekeluarga dengan penyakit kanser usus tahap empat yang kini sedang mengharapkan bantuan orang ramai serta pihak berkaitan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.
“Saya jadi buntu apabila memikirkan kami tidak mempunyai sumber kewangan meneruskan rawatan suami saya, sekadar mengharap bantuan dan ihsan daripada pihak keluarga serta rakan-rakan terdekat yang sudi memberi sumbangan.
“Lebih menyedihkan lagi keadaan, apabila saya baharu sahaja bersalin beberapa bulan lalu, kami kini turut terbeban untuk membeli susu serta pampers anak yang berusia dua bulan,” ujar beliau.
Beliau berkata hidup mereka sekeluarga terus berubah dan makin terhimpit dengan suami terpaksa meninggalkan kerjanya selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat.
“Duit simpanan yang ada sudah habis digunakan untuk tujuan perubatan suami. Saya buntu bagaimana hendak cari duit bagi menampung kos perubatan serta rawatan kimoterapi selepas ini,” tegasnya sambil menambah semalam suaminya telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak di Kuching untuk menjalani rawatan lanjut.
Orang ramai yang ingin membantu Rodie boleh menghulurkan sumbangan terus ke akaun bank berikut atas nama Rodie Hasim atau hubunginya: