Keluarga ini hidup dalam kemiskinan selepas suami diserang strok - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





  Tampin - Penderitaan yang dialami seorang pekerja buruh selepas diserang strok sejak September lalu menyebabkan keluarganya kini dihimpit...

Keluarga ini hidup dalam kemiskinan selepas suami diserang strok

 


Tampin - Penderitaan yang dialami seorang pekerja buruh selepas diserang strok sejak September lalu menyebabkan keluarganya kini dihimpit kemiskinan kerana kehilangan sumber pendapatan.

Norazmah Mohamad, 45, berkata, suaminya, Wan Mohd. Zaimi Wan Ahmad, 47, sebelum ini tidak pernah mengadu sakit, namun secara tiba-tiba diserang strok ketika sedang meninjau kerja-kerja membaiki rumah rakannya di Kampung Sungai Dua, Gemencheh dekat sini.

“Suami saya kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Air Kuning sebelum dimasukkan ke hospital.

“Hasil pemeriksaan, dia me­ngalami pendarahan dalam otak dan tempurung kepala terpaksa dibuang bagi mengeluarkan darah beku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Dua, Gemencheh dekat sini baru-baru ini.

Norazmah memberitahu, ke­jadian itu menyebabkan suaminya kini hanya mampu terlantar akibat strok sebelah kiri badan.

Katanya, mereka sekeluarga sekarang bergantung hidup atas sumbangan adik-beradik, keluar­ga dan masyarakat setempat.

Selain itu, dia terpaksa mendapatkan bantuan abangnya untuk menjaga Wan Mohd. Zaimi kerana suami itu agak agresif walaupun mengalami strok.

“Sebelum ini kami sekeluarga tidak pernah meminta bantuan mana-mana pihak kerana suami masih bekerja serta mempunyai pendapatan mengambil upah kerja kampung,” ujarnya.

Menurutnya, dia kini bimbang tidak mampu memenuhi keperluan anak tunggalnya, Mohamad Fahmi Husaini, 10, terutamanya untuk tujuan persekolahan nanti.

“Kami ada menerima Ban­tuan Sara Hidup, namun ia hanya dapat menampung sebahagian keperluan.

“Saya harap bantuan Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Ma­syarakat akan dapat disalurkan segera kepada kami,” kata­nya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh me­nyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Norazmah Mohamad:

Progress:

RM10 raised

Goal: RM1000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini