Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Maran - Seorang bayi berusia 7 hari memerlukan bantuan kerana mengalami masalah saluran darah pada jantungnya gagal berfungsi dengan bai...


Maran - Seorang bayi berusia 7 hari memerlukan bantuan kerana mengalami masalah saluran darah pada jantungnya gagal berfungsi dengan baik di mana pembedahan segera akan dijalankan pada hari esok, Isnin 5 Ogos.

Dari makluman oleh pakar perubatan, jantung bayi tersebut, Nor Aleeya Dhamrah gagal membekalkan darah mencukupi ke seluruh tubuhnya menyebabkan pembedahan arterial switch perlu dilakukan.

Kos terlibat dianggarkan antara RM30,000 hingga RM40,000 bagi pembedahan dan rawatan yang akan dijalankan dan kini bayi tersebut berada di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Bapa bayi tersebut Muhammad Arrozi Mohd Jabar, 29 tahun hanya bekerja membaik pulih motosikal dan merupakan aktivis Alternative Riding Club (ARC) yang kini tinggal di Kampung Bukit Lada, Chenor, di sini.

Manakala ibu kepada bayi tersebut, Noor Farah Munirah Othman, 25 tahun hanya merupakan merupakan suri rumah sepenuh masa dan tidak bekerja.

Oleh demikian, pasangan ini tidak mampu menyediakan kos tersebut dan walaupun terdapat agensi tertentu telah memberi akujanji sumbangan, ianya masih jauh dari mencukupi.

Sehubungan itu, Yang DiPertua PAS Kawasan Maran, Hasenan Harun menyeru orang ramai untuk bersama membantu meringankan ujian sedang dihadapi keluarga ini bagi membiayai kos tersebut.

Segala sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Muhammad Arrozi dan beliau boleh dihubungi di talian di bawah:

014-515 6632
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Melaka - Seorang warga emas dari Muar, Johor sanggup berulang-alik ke sini setiap hari, semata-mata mencari rezeki dengan menjual ikan ma...


Melaka - Seorang warga emas dari Muar, Johor sanggup berulang-alik ke sini setiap hari, semata-mata mencari rezeki dengan menjual ikan masin untuk menyara kehidupannya dengan isteri yang uzur.

Md Zin Ahmad, 63, dari Bukit Pasir, Muar keluar dari rumah seawal jam 8 pagi menaiki bas ke Melaka Sentral, di sini, perjalanan kira-kira 100 kilometer.

Beliau menjual kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperoleh dari Parit Jawa, Muar. Katanya, beliau akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain bagi memastikan semua ikan masin yang dibawa terjual.

Md Zin berkata, kadang-kadang orang ramai tidak peduli dengan jualannya, namun dia tidak sesekali mendesak.

Beliau berkata, isterinya, Fatimah Md Said, 73, terlantar di rumah akibat sakit tua dan dia perlu bekerja kuat mencari rezeki.

“Pak cik tidak mahu membebankan empat anak yang sudah dewasa kerana mereka mempunyai keluarga sendiri,” katanya ketika ditemui, di sini.

Md Zin hanya memperoleh komisen sebanyak 50 sen bagi setiap bungkus jualan ikan masin dan terpaksa berbelanja kira-kira RM30 sehari untuk tambang pergi dan pulang, perbelanjaan makan sehingga jam 9 malam.

“Saya terpaksa berjalan ke kawasan Melaka Sentral untuk menjual ikan masin dengan harga RM10 bagi empat bungkus kerana sambutan di situ lebih menggalakkan, berbanding tempat lain,” katanya yang turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Md Zin berkata, dia masih mempunyai kudrat untuk bekerja, walaupun terpaksa berjalan sendirian mendekati orang ramai menjual ikan gelama masin itu.

“Kadangkala ada rezeki lebih apabila pelanggan yang sedia tahu saya di sini (Melaka Sentral) akan mencari saya untuk menempah bekalan ikan masin untuk majlis kenduri kesyukuran dan kenduri perkahwinan,” katanya.

Katanya, jarak dari Muar hingga ke bandar Melaka bukanlah penghalang untuk mencari rezeki kerana dia menjaga pengambilan ubatan secara harian untuk penyakit yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

Orang ramai yang ingin membantu pakcik ini boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Md Zin bin Ahmad:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Temerloh - Baru-baru ini, telah tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan seorang wanita bersama dua orang anak kecilnya di...


Temerloh - Baru-baru ini, telah tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan seorang wanita bersama dua orang anak kecilnya dilihat menumpang teduh di Hospital Temerloh, dengan hanya tidur beralaskan kotak.

Namun, menurut tersebut yang dikenali Sarina Endut, 40 tahun, tindakannya tidur di hospital bersama dua anak perempuannya, adalah kerana dia mahu menjaga suami yang sakit selepas menghidap kanser usus 24 Julai lalu.

Disebabkan tidak mempunyai wang yang mencukupi dan tiada kenderaan untuk berulang dari rumah, Sarinah terpaksa membawa dua anaknya yang berusia 7 dan 8 tahun, berkampung hampir dua minggu di hospital tersebut.

Ibu kepada dua orang anak itu kini dilanda pula dengan masalah kewangan, selepas dia yang bekerja sebegai tukang cuci telah diberhentikan, kerana selalu mengambil cuti menjaga suami di hospital.

Sarinah selalu dilihat sedang termengah-mengah kerana terpaksa terkejar-kejar untuk menjaga keperluan suami dengan menjenguk anak-anak yang berada di aras bawah.

“Suami memerlukan bantuan saya untuk menguruskan dirinya. Saya terpaksa turun naik dari wad ke lobi untuk melihat anak-anak, memang penat namun sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka di depan mata…”

Difahamkan, kos perbelanjaan akan bertambah kerana suaminya terpaksa dipindahkan ke hospital Selayang selama dua minggu, oleh itu pada sesiapa yang ingin menyumbang.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun bank di bawah ini atas nama Sarina bt Endut:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Lumpur - Hanya kesedihan dirasai selepas rumah didiami sejak tujuh tahun lalu musnah dalam kebakaran, kata Nor Shahfaizal Mohd Noor...


Kuala Lumpur - Hanya kesedihan dirasai selepas rumah didiami sejak tujuh tahun lalu musnah dalam kebakaran, kata Nor Shahfaizal Mohd Noor, 41. Dia berkongsi perasaannya selepas rumah kayu yang didiami bersama isteri, Nik Ruzilawati Raja Manshor, 41, dan tiga anak musnah dalam kebakaran Selalu lalu.

Kebakaran itu menyebabkan Nor Shahfaizal kerugian lebih RM200,000 dan sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa bergantung dengan sumbangan ihsan orang ramai.

Menceritakan perkara sebenar, Nor Shahfaizal berkata, kejadian berlaku ketika dia sekeluarga tiada dia rumah dan dipercayai angkara perbuatan khianat individu tidak dikenalpasti.

“Ketika kejadian, saya berada di luar atas urusan kerja manakala isteri dan anak-anak di rumah kakak di Subang Jaya, Selangor.

“Saya tahu mengenai kejadian itu pun selepas menerima panggilan daripada rakan tetapi tidak dapat menyelamatkan apa-apa kerana selepas tiba di rumah, semuanya sudah musnah dijilat api.

“Saya rasa tak sedap hati dan berat untuk keluar dari rumah pada hari berkenaan dan tak sangka perasaan itu petanda perkara buruk akan berlaku,” katanya di tapak rumahnya di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves.

Menurutnya, sejak kejadian itu, dia bermalam di khemah yang dipasang berhampiran tapak rumahnya.

Sementara isteri dan tiga anaknya menumpang teduh di penempatan sementara iaitu sebuah rumah yang terletak di Fasa 8, Taman Sri Gombak.

“Kebakaran itu bukan hanya memusnahkan perkakas rumah tetapi aset lain seperti motosikal dan peralatan digunakan untuk mencari rezeki seperti mesin rumput, generator dan set pertukangan serta alat ganti kenderaan.

“Namun saya tak boleh berganjak dari sini kerana ada aset lain iaitu van serta haiwan ternakan seperti lembu, ayam, itik, angsa serta kucing yang perlu dijaga.

“Sebab itu, saya ambil keputusan bermalam di khemah saja manakala yang lain (anak dan isteri) di penempatan sementara.

“Saya terima dengan reda dan anggap ini ujian Allah SWT cuma perlu bangkit dengan bermula semula dari bawah untuk membina rumah yang sudah musnah kerana mahu kekal menetap di sini,” katanya yang melakukan pelbagai pekerjaan termasuk memotong rumput dan menjual petai untuk menyara keluarga.

Sementara itu, isterinya, Nik Ruzilawati yang kini mengandung tujuh bulan sedih dengan apa yang berlaku tetapi bersyukur kerana insiden berkenaan tidak meragut nyawa mereka sekeluarga.

“Tiada apa yang tinggal kerana semuanya musnah termasuk buku, baju dan kelengkapan sekolah anak-anak.

“Malah kucing peliharaan kami juga hampir mati dalam kebakaran itu. Namun ramai juga rakan, masyarakat setempat dan guru SK Taman Sri Gombak 2 dan SMK Hillcrest datang melawat serta menghulurkan sumbangan kepada kami selepas kejadian,” katanya.

Musibah yang menimpa keluarga Nor Shahfaizal mendapat perhatian warganet selepas kisah itu dimuat naik di laman Facebook Taman Sri Gombak.

Orang ramai yang berhasrat membantu keluarga itu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nik Ruzilawati Raja Manshor:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kangar - Rasa terharu menyelubungi hati seorang ibu tunggal dekat sini apabila penderitaan yang terpaksa ditanggung beliau mendapat perha...


Kangar - Rasa terharu menyelubungi hati seorang ibu tunggal dekat sini apabila penderitaan yang terpaksa ditanggung beliau mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar.

Menerusi program Ziarah Kebajikan Anak Muda anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPK Kangar, beberapa orang wakil DPPK Kangar dan ARC Kangar diketuai ketuanya Dr. Saifizi Saidon, telah menziarahi ibu tunggal berkenaan di kediamannya di Pangsapuri Seri Sena dekat sini pada 28 Julai lalu.

Norhaiziah Din kini bersendirian menjaga anaknya berusia 21 tahun yang menderita penyakit saraf tanpa sokongan daripada bekas suaminya.

Terhimpit dengan beban kewangan, ibu kepada empat orang anak itu mengakui terpaksa memberikan tumpuan sepenuh masa menjaga anaknya itu yang tidak lagi mampu menguruskan dirinya sendiri.

Bersempena ziarah berkenaan, Dr. Saifizi turut menghulurkan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian serta wang tunai daripada Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DPPK Kangar kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai dan sumbangan bolehlah dibuat menerusi akaun bank berikut atas nama Norhaiziah Din:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Machang - Cacat penglihatan tidak menghalang seorang warga emas di Kampung Wakaf Bata di sini, untuk menguruskan isterinya yang menghidap...


Machang - Cacat penglihatan tidak menghalang seorang warga emas di Kampung Wakaf Bata di sini, untuk menguruskan isterinya yang menghidap pelbagai penyakit termasuk asma kronik.

Jusoh Draman, 70, tabah menjaga isterinya Aini Hassan, 66, walaupun dirinya turut uzur. Ruang tamu umpama wad bagi pasangan itu untuk memudahkan pergerakan termasuk ke hospital jika Aini diserang lelah.

Aini berkata, mereka berdua mempunyai masalah kesihatan dan suaminya menghidap penyakit darah tinggi selain pernah diserang strok.

Katanya, suaminya tidak nampak sejak tiga tahun lalu akibat penyakit tersebut dan mereka saling bergantung di antara satu sama lain walaupun ada seorang anak yang tinggal bersama.

Menurutnya, hospital menjadi rumah keduanya kerana sering diserang lelah sejak kebelakangan ini. “Mak cik selalu ulang-alik ke hospital dan setiap kali ke sana kami perlu sediakan sekurang-kurangnya RM100 untuk kos pergi balik.

“Biasanya mak cik ditempatkan di hospital di Kota Bharu atau Kuala Krai. Mak cik bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 sebulan dan bantuan daripada anak-anak yang juga hidup susah,” katanya.

Warga emas itu ditemui ketika menerima kunjungan Rakan Cegah Jenayah Machang (RCJM) di rumahnya pada Sabtu.

RCJM turut menyerahkan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban pasangan suami isteri itu.

Bendahari RCJM, Abdul Rahim Mat berkata, seramai 25 penduduk memerlukan menerima sumbangan sekali gus mengeratkan hubungan RCJM dengan masyarakat.

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Bagan Serai - Seorang wanita yang menghidap barah tulang tahap empat merayu sumbangan orang ramai untuk kos rawatannya. Akibat penyakit...


Bagan Serai - Seorang wanita yang menghidap barah tulang tahap empat merayu sumbangan orang ramai untuk kos rawatannya.

Akibat penyakit tersebut, Zaleha Shamsudin, 36, yang tinggal di Kampung Parit Jawa mengalami bengkak yang besar pada tangan kirinya.

Menurutnya, akibat penyakit dialaminya, dia menanggungkan kesakitan yang semakin perit dari sehari ke sehari.

“Pada 25 Julai ini, saya akan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk menentukan penyakit saya ini perlu pembedahan atau sebaliknya.

“Sekarang saya berpantang, hanya minum susu khas dan pakai lampin buang. Ini semua ditanggung oleh saudara mara.

“Susu khas yang saya minum agak mahal iaitu RM79, ubat-ubatan RM39, lampin pakai buang RM18 dan lain-lain ke­perluan kosnya antara RM300 sehingga RM400 sebulan,” katanya.

Menurutnya, dia juga terpaksa menanggung kos rawatan hospital kerana sudah dua tahun berulang alik ke hospital di Pulau Pinang.

Katanya, dia sudah berhenti kerja kilang akibat penyakit yang dialaminya dan terpaksa menggunakan wang simpanannya untuk menampung rawatan.

“Saya memohon dan mera­yu bantuan bagi meringankan beban saya sementara saya masih diberikan peluang untuk hidup,” katanya.

Mereka yang berhasrat untuk memberi sumbangan boleh datang ke rumahnya atau menghubungi adik-beradiknya di talian berikut.

No. 143, Kampung Parit Jawa, Bagan Serai
017-5519219
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Bayan Lepas - Doktor telah mengesahkan bahawa harapan untuk anak ini, Nur Husna Arina Binti Mohd Hafiz (2 tahun 7 bulan) sembuh seperti s...


Bayan Lepas - Doktor telah mengesahkan bahawa harapan untuk anak ini, Nur Husna Arina Binti Mohd Hafiz (2 tahun 7 bulan) sembuh seperti sediakala adalah tipis sekali melainkan ada keajaiban dengan limpah rahmat Allah S.W.T.

Kita kena tahu, setiap manusia yang lahir di muka bumi ini akan melalui pelbagai ujian dalam kehidupan. Cuma kita tidak tahu bila masanya Allah beri ujian kepada hambanya. Tidak mengira usia dan pangkat, tetap diberi ujian.

Ujian boleh datang dari pelbagai bentuk, apa yang menjentik perasaan hiba kami melalui satu perkongsian daripada Natipah Abu, di mana seorang kanak perempuan yang telah disahkan oleh doktor mengenai penyakit yang dihidapinya iaitu kanser saraf tahap 4 pada seminggu yang lalu.

Anak yang comel ini di beri nama Nur Husna Arina berusia 2 tahun 7 bulan telah disahkan doktor mengatakan harapan untuk anak ini sembuh seperti sediakala adalah tipis melainkan keajaiban dengan limpah rahmat dari Sang Pencipta.

Seminggu yang lalu sebelum penyakitnya diketahui, anak ini sering saja demam dan keadaannya semakin merosot sejak dua bulan lalu. Kini, dia hanya merengek. Barangkali menahan kesakitan yang menusuk-nusuk di dalam daging dan seluruh sendi anggota tubuh. Apalah yang anak sekecil dia mampu untuk meluahkan bagaimana perit sakitnya.

Walaupun sudah diberi morfin, masih belum mampu meredakan kesakitan itu. Antara jaga dan lena, dia merintih pilu. Wahai sekelian ummat Muhammad, marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan buat anak kecil ini.

Siapa tahu, barangkali ada yang diantara kita ini yang doanya didengari, diangkat dan diperkenankan Allah S.W.T. Sesungguhnya tiadalah bagi kami daya melainkan berserah kepadaMu Ya Allah.

Beserta dengan doa anda semua, marilah kita ringgankan beban ibunya dengan memberi derma seiklahs hati melalui akaun bank berikut atas nama Jasmin binti Abu Bakar:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Tumpat - “Apabila saya meletakkan adik bongsu di sisinya, mama akan sedih tetapi tidak mampu berkata apa-apa dan hanya air mata yang meng...


Tumpat - “Apabila saya meletakkan adik bongsu di sisinya, mama akan sedih tetapi tidak mampu berkata apa-apa dan hanya air mata yang mengalir.

“Adik juga seperti mengerti mama terlantar apabila dia tidak banyak ragam dan memudahkan saya menjaganya sejak lahir sehingga kini usianya empat bulan,” kata Nor Fatin Shahira Ibrahim, 22, ketika ditemui di Kampung Laut 1, Tumpat, hari ini.

Anak sulung daripada tujuh beradik berkata, adik keduanya, Nor Atiqah Adilla, 20, turut mengorbankan masa depannya untuk menjaga ibu, Norazlina Hasan, 42, yang terlantar akibat komplikasi ketika melahirkan Nor Amalina Eliya, hujung Mac lalu.

Katanya, adik keduanya baharu sahaja menamatkan pengajian diploma perniagaan di sebuah kolej di Cyberjaya dan mendapat tawaran kerja sebagai pramugari.

“Adik perlu menjalani latihan selama tiga bulan bermula Jun lalu, namun dia menolak kerana mahu membantu meringankan beban saya menjaga mama dan adik bongsu.

“Kami perlu memberi perhatian 24 jam kepada mama kerana perlu menyedut kahak untuk tempoh 15 minit sekali dan susu tiga jam sekali.

“Selain itu, adik bongsu dan tiga adik lain berusia antara tujuh hingga 12 tahun yang masih bersekolah juga perlu perhatian termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah ketika abah bekerja,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Perkeso Kelantan, Wan Izani Wan Isa menyampaikan sumbangan lampin pakai buang kepada keluarga itu.

Menurut Wan Izani, bagi meringankan beban keluarga itu pihaknya akan memberi sumbangan lampin buang setiap bulan menerusi bantuan ilat.

“Untuk bantuan lain termasuk wayar dan peralatan perubatan, kita perlu mendapat laporan daripada doktor. Namun, keluarga ini boleh memohon dengan Perkeso.

“Semakan mendapati Norazlina tidak layak mendapatkan pencen ilat kerana bilangan carumannya tidak mencukupi iaitu hanya 40 kali, namun kita akan memulangkan semua carumannya berserta faedah dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim Abd Rahman, 47, berkata perbelanjaan keperluan isterinya melebihi RM1,000 sebulan, namun bersyukur kerana ramai pihak tampil memberi sumbangan termasuk JKM sebanyak RM350 sebulan.

“Alhamdulillah, ramai prihatin tampil membantu kami termasuk membeli wayar untuk isteri dan keperluan lain.

“Namun, kos susu khas untuk isteri berjumlah hampir RM800 dibeli menggunakan wang gaji. Saya bersyukur kerana gaji sebagai pemandu lori kira-kira RM1,500 sebulan cukup menampung kami,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, sejak dilahirkan hujung Mac lalu, bayi perempuan, Nor Amalina Eliya Ibrahim belum pernah mendapat belaian dan setitik pun susu ibunya.

Norazlina yang terlantar atas katil akibat komplikasi ketika melahirkan bayinya termasuk kejang seluruh tubuh sehingga menyebabkan oksigen gagal sampai ke otak dan akhirnya terbaring kaku dan sehingga kini hanya mampu memandang bayi itu sambil berlinangan air mata.

Kepada mereka yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Nor Fatin Shahira Ibrahim:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini