
Bagan Serai - Seorang wanita yang menghidap barah tulang tahap empat merayu sumbangan orang ramai untuk kos rawatannya.
Akibat penyakit tersebut, Zaleha Shamsudin, 36, yang tinggal di Kampung Parit Jawa mengalami bengkak yang besar pada tangan kirinya.
Menurutnya, akibat penyakit dialaminya, dia menanggungkan kesakitan yang semakin perit dari sehari ke sehari.
“Pada 25 Julai ini, saya akan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk menentukan penyakit saya ini perlu pembedahan atau sebaliknya.
“Sekarang saya berpantang, hanya minum susu khas dan pakai lampin buang. Ini semua ditanggung oleh saudara mara.
“Susu khas yang saya minum agak mahal iaitu RM79, ubat-ubatan RM39, lampin pakai buang RM18 dan lain-lain keperluan kosnya antara RM300 sehingga RM400 sebulan,” katanya.
Menurutnya, dia juga terpaksa menanggung kos rawatan hospital kerana sudah dua tahun berulang alik ke hospital di Pulau Pinang.
Katanya, dia sudah berhenti kerja kilang akibat penyakit yang dialaminya dan terpaksa menggunakan wang simpanannya untuk menampung rawatan.
“Saya memohon dan merayu bantuan bagi meringankan beban saya sementara saya masih diberikan peluang untuk hidup,” katanya.
Mereka yang berhasrat untuk memberi sumbangan boleh datang ke rumahnya atau menghubungi adik-beradiknya di talian berikut.
![]() |
No. 143, Kampung Parit Jawa, Bagan Serai |
![]() |
017-5519219 |
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: