Warga emas buta menjaga isteri terlantar walaupun uzur - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Machang - Cacat penglihatan tidak menghalang seorang warga emas di Kampung Wakaf Bata di sini, untuk menguruskan isterinya yang menghidap...

Warga emas buta menjaga isteri terlantar walaupun uzur


Machang - Cacat penglihatan tidak menghalang seorang warga emas di Kampung Wakaf Bata di sini, untuk menguruskan isterinya yang menghidap pelbagai penyakit termasuk asma kronik.

Jusoh Draman, 70, tabah menjaga isterinya Aini Hassan, 66, walaupun dirinya turut uzur. Ruang tamu umpama wad bagi pasangan itu untuk memudahkan pergerakan termasuk ke hospital jika Aini diserang lelah.

Aini berkata, mereka berdua mempunyai masalah kesihatan dan suaminya menghidap penyakit darah tinggi selain pernah diserang strok.

Katanya, suaminya tidak nampak sejak tiga tahun lalu akibat penyakit tersebut dan mereka saling bergantung di antara satu sama lain walaupun ada seorang anak yang tinggal bersama.

Menurutnya, hospital menjadi rumah keduanya kerana sering diserang lelah sejak kebelakangan ini. “Mak cik selalu ulang-alik ke hospital dan setiap kali ke sana kami perlu sediakan sekurang-kurangnya RM100 untuk kos pergi balik.

“Biasanya mak cik ditempatkan di hospital di Kota Bharu atau Kuala Krai. Mak cik bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 sebulan dan bantuan daripada anak-anak yang juga hidup susah,” katanya.

Warga emas itu ditemui ketika menerima kunjungan Rakan Cegah Jenayah Machang (RCJM) di rumahnya pada Sabtu.

RCJM turut menyerahkan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban pasangan suami isteri itu.

Bendahari RCJM, Abdul Rahim Mat berkata, seramai 25 penduduk memerlukan menerima sumbangan sekali gus mengeratkan hubungan RCJM dengan masyarakat.

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini