Suri rumah jaga suami strok, anak OKU sering terputus bekalan makan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Hulu Langat - Sembilan tahun lalu, Zawani Abdul Ghani, 49, diuji apabila suaminya diserang angin ahmar menyebabkan separuh badan tidak bole...

Suri rumah jaga suami strok, anak OKU sering terputus bekalan makan




Hulu Langat - Sembilan tahun lalu, Zawani Abdul Ghani, 49, diuji apabila suaminya diserang angin ahmar menyebabkan separuh badan tidak boleh bergerak.

Bertitik tolak daripada insiden itu, suri rumah tersebut hilang punca pendapatan apabila Yaakob Hamid, 59, tidak lagi berkudrat untuk menyara keluarga.

Dugaan semakin berat apabila anak keempat mereka, Muhammad Hiqbal, 19, pula hilang keupayaan fizikal apabila kedua-dua belah kakinya tidak boleh bergerak akibat kemalangan motosikal pada 2020.

Keadaan itu menambah sulit buat ibu kepada lapan cahaya mata itu kerana satu-satunya sumber pendapatan tetap yang ada ialah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 yang diberikan kepada Muhammad Hiqbal.

Suaranya sayu apabila mengakui pernah terputus bekalan makanan selama dua minggu kerana ketiadaan wang. Luah Zawani lagi, pada masa itu rasa segan sudah tidak lagi dihirau, asalkan suami dan anak-anaknya terisi perut.

Selain daripada bantuan masjid, adik-beradik dan jiran-jiran turut menjadi tempat bergantung harap buat wanita itu. Katanya, bantuan zakat sebanyak RM700 yang diterima sebelum ini terhenti sejak awal tahun lalu kerana kelewatannya membuat kemas kini.

"Sekarang (suami) sudah okay cuma susah nak bercakap dengan orang. Lidah dia macam kelu untuk bercakap satu-satu ayat, kadang-kadang tak lepas. "Separuh badan sebelah kanan dia memang tak kuat sangat. Kadang-kadang dia usaha juga buat kerja rumah.. mesin rumput tapi tak kuat macam dulu," kata Zawani.

"(Sumber pandapatan) kadang-kadang anak yang kerja tolong juga. Bantuan makanan daripada zakat ada bagi, kadang-kadang susah juga belanja dapur ke apa… sampai ada yang terputus. Memang dua minggu lah kadang beras tak ada kan," tambahnya dalam nada sebak.

Berkongsi lebih lanjut, Zawani berkata, bukan anak-anaknya tidak membantu, tetapi pendapatan mereka juga sekadar mampu menyara diri sendiri. Lebih menyulitkan, Zawani menambah, perbelanjaan untuk menyediakan lampin pakai buang Muhammad Hiqbal sahaja mencecah sehingga RM1,500 sebulan.

Pun begitu, dia bersyukur kerana ada bantuan barangan perubatan sebanyak RM800 daripada Lembaga Zakat Selangor, yang membantu meringankan beban dalam menyediakan keperluan rawatan buat anaknya itu.

Beban berganda apabila Zawani terpaksa menanggung hutang kos rawatan Muhammad Hiqbal sebanyak RM12,000 yang sehingga hari ini belum mampu dilangsaikan. Katanya, ketika kemalangan di Cheras dua tahun lalu, Muhammad Hiqbal dimasukkan ke sebuah hospital semi kerajaan selama dua bulan sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang.

"Ada sampai surat merah (bil hospital)... saya pun tak jelaskan lagi, saya dapat bayar sikit-sikit sahaja. Kalau ada (duit) saya bayar, kalau tak ada saya diamkan sahaja," luahnya lagi. Rumah pusaka peninggalan arwah ibu Zawani menjadi tempat berteduh buat 10 beranak itu.

Setiap kali hujan lebat... baldi terpaksa digunakan untuk menadah air kerana keadaan atap yang sudah bocor. Menurut Zawani, mereka sekeluarga terpaksa tinggal di rumah itu kerana tiada pilihan lain.
"Cuma rumah ini sahaja yang ada, dia (arwah ibu) sudah serahkan kepada saya. Tetapi rumah ini sudah teruk sangat bagi kami yang mempunyai anak ramai.

"Kadang malam bocor... Nak bertadah sana, bertadah sini. Kalau hujan lebat sangat tempias masuk, dan dinding pun sudah reput," ujarnya yang berharap ada pihak yang sudi membantu menyediakan kediaman yang lebih baik.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang ke akaun bank berikut di atas nama Yaakob Hamid, atau hubungi Zawani:


019-3603901
Progress:

RM50 raised

Goal: RM12000



0 comments:

Kongsi Portal Ini