
Dia yang didiagnosis kanser usus lebih setahun lalu memerlukan kira-kira RM106,110 untuk membeli ubat khas (Erbitux Cetuximab) bagi rawatan kemoterapi yang disyorkan doktor pakar di Hospital Umum Sarawak.
Menurutnya, dia terpaksa membeli ubat berkenaan di farmasi luar setiap kali mahu menjalani rawatan kemoterapi di HUS kerana ketika ini HUS tidak mempunyai bekalan ubat berkenaan.
“Saya terpaksa menggunakan ubat ini selepas dua ubat yang digunakan sebelum ini untuk kemoterapi tidak berjaya dan doktor mengatakan ubat baharu ini memberi tindak balas positif, cuma saya perlu membelinya sendiri dari farmasi luar kerana HUS tidak mempunyai bekalan ubat ini.
“Doktor memaklumkan saya perlu menjalani sekurang-kurang 12 kali rawatan kemoterapi menggunakan ubat Erbitux Cetuximab dan kini berbaki sembilan kitaran.
“Bagi setiap kitaran saya memerlukan RM11,790 untuk membeli ubat dan untuk kitaran keempat ini, saya masih kekurangan wang sedangkan doktor menasihati saya menjalankan rawatan kemoterapi pada kadar segera,” katanya.
Noor Asyikin berkata, dalam tempoh dua minggu lagi dia perlu menjalani kitaran kemoterapi keempat, namun ketika ini dia dan suami hanya mempunyai RM6,000.
Dalam perkembangan sama, dia memberitahu sejumlah RM35,370 telah digunakan untuk menjalani tiga kitaran kemoterapi menggunakan ubat Erbitux Cetuximab sejak September lalu.
Katanya, disebabkan pendapatan bersih sebulan suaminya, Abdul Hadi Hasbi, 35, hanya RM1,900, mereka terpaksa mencari sumber kewangan lain.
Abdul Hadi bekerja sebagai Pembantu Kemahiran di UNIMAS dan dia terpaksa menjelaskan bayaran pinjaman rumah serta kereta dengan dua anak mereka yang masih bersekolah.
“Mujur UNIMAS tampil menghulurkan bantuan sebanyak RM15,256, namun jumlah itu masih tidak mencukupi menyebabkan suami saya meminjam daripada saudara dan rakan-rakan serta menggunakan wang simpanannya,” katanya.
Mengimbas detik menyedihkan dalam hidupnya, Noor Asyikin berkata, dia langsung tidak menyangka sakit perut yang disangkakannya gastrik dan kerap membuang air besar dalam masa sehari adalah tanda-tanda dia mengidap kanser usus.
Lebih menyedihkan katanya, ketika menjalankan kolonoskopi di HUS pada 6 Jun 2017, doktor mengatakan kanser usus dialaminya kini sudah merebak ke paru-paru dan hati.
Namun demi anak-anak yang masih kecil katanya, dia tetap kuatkan semangat dan berfikiran positif kerana percaya dengan peribahasa Melayu, ‘berpantang maut sebelum ajal.’
“Ketika itu, Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya, tetapi saya kuatkan semangat kerana mahu sembuh demi anak-anak yang masih kecil,” katanya sambil menambah, anak-anaknya berusia sembilan, tujuh dan tiga tahun.
Noor Asyikin berkata, disebabkan kanser beliau terpaksa melupakan hasratnya untuk menimang cahaya mata keempat kerana prosedur pembedahan dijalani pada Ogos tahun lalu untuk membuang usus dijangkiti sel kanser turut melibatkan rahimnya.
Semasa pembedahan itu katanya, beliau mengandung empat bulan bagaimanapun janinnya terpaksa dibuang bersama rahim atas nasihat doktor kerana terlalu berisiko untuk dia meneruskan kandungan itu.
Pembedahan perlu dilakukan sebelum prosedur kemotrapi dimulakan 16 November 2017, tambahnya.
“Besar harapan saya untuk sembuh demi anak-anak yang masih kecil dan mengharapkan sumbangan daripada orang ramai supaya saya dapat menjalani kemoterapi seterusnya,” katanya.
Noor Asyikin berkata, disebabkan kekangan kewangan dan terpaksa berulang-alik ke HUS, dia kini tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Semariang Batu di sini.
Katanya, semua urusan persekolahan dua anaknya diurus ibunya yang turut menjaga anak kecil mereka.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Abdul Hadi menerusi talian berikut:
![]() |
016-8597475 |
![]() |
|
Progress:
|
Goal: RM106110 |
0 comments: