Mangsa letupan gas di CityOne Kuching rayu bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuching - Seorang mangsa letupan gas di restoran di CityOne Megamall, di Kuching pada 4 Disember lalu, merayu bantuan orang ramai bagi me...

Mangsa letupan gas di CityOne Kuching rayu bantuan


Kuching - Seorang mangsa letupan gas di restoran di CityOne Megamall, di Kuching pada 4 Disember lalu, merayu bantuan orang ramai bagi membiayai rawatannya.

Nur Harfidawilla Mohd Sulaiman, 29, yang berasal dari Kampung Paya Mebi, Jalan Landeh di Padawan, kini terlantar di hospital akibat kecederaan serius dialaminya susulan insiden berkenaan.

Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Kampung Paya Mebi, Shamsudin Unai berkata, Nur Harfidawilla mengalami tahap melecur yang teruk, terutama pada bahagian muka dan tangan.

“Mangsa baharu sahaja selesai menjalani pembedahan di Hospital Umum Sarawak beberapa hari lalu dan mula menunjukkan perkembangan positif,” katanya.

Justeru, Shamsudin berkata, mangsa mengharapkan bantuan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu dari segi kos rawatannya, sekali gus meringankan beban ibu bapanya.

Menurutnya, Nur Harfidawilla adalah anak pertama daripada empat beradik dan satu-satunya harapan bapanya untuk membantunya mencari rezeki keluarga.

“Beliau amat teruja hendak bekerja di Restoran Nene Chicken, namun tragedi menimpanya hingga mengalami kecederaan serius,” katanya.

Shamsudin berkata, bapa Nur Harfidawilla, Mohd Sulaiman Abdullah hanya bekerja sebagai operator mesin di sebuah syarikat swasta, manakala ibunya, Haryati Mohd Wasir tidak mampu bekerja kerana menghidap penyakit buah pinggang sejak empat tahun lalu.

Justeru, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama bapa mangsa Mohd Sulaiman Abdullah:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini