Rider Grab maut dihempap pokok: Izzat tempat bergantung cari rezeki - Ibu - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kuala Lumpur - Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, dialah yang mengambil alih tempat ayahnya da...

Rider Grab maut dihempap pokok: Izzat tempat bergantung cari rezeki - Ibu



Kuala Lumpur - Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, dialah yang mengambil alih tempat ayahnya dan mencari rezeki untuk keluarga, kata ibu seorang penghantar makanan GrabFood yang meninggal dunia selepas dihempap dahan pokok yang tumbang akibat ribut semalam. 

Ketika kejadian berlaku, Syed Izzat Izzudin, 20, sedang dalam perjalanan dari Jalan Damai Jasa menghala ke Taman Len Seng, di sini, sebelum dahan itu menghempapnya berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras, di sini, semalam. 

Ibunya Inang Suhana Abu Bakar, 42, berkata Syed Izzat, yang mati serta-merta di tempat kejadian, adalah seorang anak yang rajin membantu keluarga

“Saya sekarang ini memang sedih kerana tidak boleh terima kenyataan cara kematian dia. Selama ini, saya menonton di televisyen dan lihat di media sosial (kejadian pokok tumbang) tetapi tidak sangka berlaku kepada anak sendiri,” katanya. 

Syed Izzat dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai selepas selesai bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Seorang netizen memberikan komen nasihat berikut untuk semua penghantar makanan:

"Hujan ribut di Bukit Cheras. Sehingga menyebabkan pokok tumbang dan menghempap seorang rider GrabFood.

Pada semua rider. Bila hujan dah mula turun. Petir dan kilat sambung menyambung. Berhenti dan berteduh la di tempat yang selamat. Jangan kerana terlalu kejar order, nyawa di ketepikan.

Semoga di bulan yang mulia ini. Allah memberi rahmat buat kita semua seluas-luasnya.
Rider meninggal di tempat kejadian. Dan jenazah telah sampai di HUKM.

Kita membantu bagi mengurangkan beban waris. Semoga mangsa di tempatkan bersama golongan hambaNYA yang beriman. Amin."

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga arwah boleh salurkan sumbangan terus ke akaun bank ibu arwah atas nama Inang Suhana Abu Bakar atau hubunginya:


018-3769050
Progress:

RM150 raised

Goal: RM5000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini