Kepala anak membesar hingga perlu ditebuk, ibu usaha berniaga kek lapis - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Kuala Lumpur - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini sesuai bagi menggambarkan situasi seorang ibu, Roziyana Abdu...

Kepala anak membesar hingga perlu ditebuk, ibu usaha berniaga kek lapis




Kuala Lumpur - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini sesuai bagi menggambarkan situasi seorang ibu, Roziyana Abdul Razak, 32, yang mana anaknya Muhammad Daiyan Faris Rayyan Khaire yang berusia lapan tahun mempunyai beberapa masalah kesihatan.

Wanita ini mengaku sedih melihat penderitaan anaknya yang menghidap penyakit hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak) menyebabkan kepalanya membesar sehingga 55 sentimeter (cm) dan masalah saluran darah antara otak ke jantung tidak normal sejak usianya lapan bulan. "Waktu tu anak saya nak dapatkan suntikan imunisasi dekat klinik kesihatan masa umur lapan bulan. Tapi bila doktor ukur kepala, saiznya terlebih besar untuk bayi umur dia.

"Jadi doktor pun buat surat untuk saya refer dekat HKL (Hospital Kuala Lumpur). Dekat sana segala ujian dibuat ke atas Daiyan. Ketika itulah baru saya dapat tahu fasal penyakit Daiyan. "Pihak HKL pun terus buat surat untuk pindahkan anak saya ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) sebab kelengkapan di situ tak cukup. Sampai di sana, pembedahan perlu dibuat sebab salur darahnya tak normal," imbasnya. Menurut ibu kepada enam cahaya mata ini, pihak PPUM memasukkan coil (gegelung) berharga RM20,000 secara berperingkat di dalam kepala Daiyan.

Gegelung tersebut membolehkan proses membuang cecair di dalam kepala anak lelakinya menggunakan saluran tiub (probable tube) dilakukan. "Lepas masukkan coil dalam kepala Daiyan, barulah boleh guna shunt untuk cecair dalam kepalanya. Saya beli tiub tu dekat pembekal luar hospital sebab probable tube asal harganya RM4,500.

"Selain tu, Daiyan ada juga buat pembedahan tulang pinggul terkeluar untuk masukkan plate berharga RM5,400. Dia juga terpaksa buat mini button (gastro) iaitu tebuk perut untuk menyusu. "Tahun 2021, tiub dalam kepala Daiyan sudah tersekat, jadi sekarang dia kena pakai beg pula untuk diletakkan dalam kepala," ujar si ibu.

Bagaimanapun, kini Daiyan terpaksa hadir ke hospital secara berkala iaitu dua minggu sekali untuk menyedut air (tapping). Disebabkan beg yang digunakan oleh anaknya sudah tidak lagi berfungsi dengan baik, perkara ini menyebabkan sawannya tidak terkawal. Tambah si ibu yang menetap di Jelatek, Kuala Lumpur, saluran tiub tidak lagi boleh dipasang kerana kandungan protein dalam kepalanya tinggi dan tidak turun akibat pendarahan kecil dalam kepala. Selain bergantung harap kepada suaminya Khaire Abd Karim, 32, yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta untuk segala kos dan perbelanjaan, Roziyana juga menjual kek lapis untuk mendapatkan wang tambahan.

"Tujuan jual kek lapis ni sebab nak kumpul duit untuk jalani rawatan bulanan anak saya. Untuk beg susu saja pun dah menelan kos RM700.

"Saya jaga semua anak sepenuhnya dan segala kos perbelanjaan serta rawatan Daiyan kami tanggung sendiri. Hasil jualan kek tu memang saya asingkan untuk dia dan anak yang lain. "Kek tu memang saya buat sendiri. Bersyukur juga ada sambutan dan pelanggan semuanya gembira. Selain boleh beli secara terus, saya ada buat servis penghantaran menggunakan Lalamove," katanya. Susulan posting yang dibuat bagi mengiklankan jualan kek lapisnya, ia dalam masa sama mendapat perhatian netizen yang amat bersimpati dengan nasib Daiyan. Malah, mereka turut mendoakan agar Daiyan diberi kesembuhan segera dan tidak lagi menanggung derita kesakitan itu

"Setiap kali Daiyan menahan kesakitan, urat pada bahagian kepala, dahi dan mukanya akan kelihatan timbul dan ketika itulah emosi seorang ibu tersentuh melihat penderitaan dialaminya. "Di kesempatan ini saya memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Daiyan dan saya tabah menempuhi ujian," katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghubungi Roziyana di talian berikut atau menyumbang ke akaun bank di bawah atas nama Roziyana Abd Razak:

012-9733805
Progress:

RM500 raised

Goal: RM20000



0 comments:

Kongsi Portal Ini