Kluang - Seorang bekas pemandu lori sayur di Singapura kehilangan mata pencarian untuk menyara keluarganya setelah disahkan menghidap barah...
Kluang - Seorang bekas pemandu lori sayur di Singapura kehilangan mata pencarian untuk menyara keluarganya setelah disahkan menghidap barah bahu sejak November tahun lalu.
Akibat masalah kesihatan, Mohd. Faisal Ali, 43, yang kini tidak dapat melakukan kerja berat malah kehilangan sumber pendapatannya untuk menyara isteri dan tiga anak perempuannya yang berusia tiga hingga sembilan tahun.
Menurut Mohd. Faisal, sebelumnya, dia bekerja sebagai pemandu lori sayur di Singapura sebelum memutuskan untuk berhenti kerja setelah pintu sempadan negara ditutup berikutan wabak Covid-19 pada Mac tahun lalu.
“Setelah berhenti kerja di Singapura, saya bekerja di kampung sebagai pemotong kelapa sawit. Pada mulanya saya merasakan sakit di bahu kanan sekitar bulan Julai, saya teringatkan sakit bisul sahaja.
"Untuk masa yang lama, saya tidak tahan dengan kesakitan dan pembengkakannya semakin besar, saya menjalani rawatan di beberapa hospital, termasuk di Johor Bahru, sebelum doktor mengesahkan bahawa saya menghidap barah bahu tahap satu pada bulan November tahun lalu dan memerlukan pembedahan segera, "katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Akibat sering mengambil cuti sakit, Mohd. Faisal memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya dan dia juga tidak dapat melakukan kerja berat dan sekarang hanya berehat di rumah kerana dia sering merasa sakit di tempat pembedahannya dulu.
Mohd. Faisal bingung memikirkan masa depan keluarganya ketika simpanan dan i-sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang diperolehnya berkurang.
“Dengan wang i-Sinar ini, saya menggunakannya untuk menampung kehidupan saya, termasuk membayar tunggakan ansuran rumah selama tujuh bulan sebanyak RM1,750.
"Wang semakin berkurang dari hari ke hari, sekarang anak-anak mahu memulakan persekolahan, lebih banyak perbelanjaan diperlukan," katanya.
Jelas Mohd. Faisal, isterinya, Siti Suriyana Abdul Shukor, 38, bersedia untuk mengambil alih tugas mencari pekerjaan untuk menyara keluarga mereka dengan bekerja sambilan di kawasan sekitarnya.
Sementara itu, Pengerusi Ekonomi B40 Johor, Datuk Mohd. Fadel Alwi mengatakan, pihaknya akan menghubungi pihak kerajaan yang berkenaan untuk merujuk kes tersebut dan meminta sumbangan orang ramai untuk meringankan beban pasangan itu.
“Mereka yang ingin menolong keluarga ini boleh menyumbang terus ke akaun bank berikut atas nama Mohd. Faisal Ali atau hubungi wakil masyarakat tempatan Karim Jamali, ”katanya.
views
Kluang - Seorang lelaki yang menghidap kanser testis tahap empat berharap permohonan menduduki Program Perumahan Rakyat di Taman Perling ya...
Kluang - Seorang lelaki yang menghidap kanser testis tahap empat berharap permohonan menduduki Program Perumahan Rakyat di Taman Perling yang dilakukan sejak 2018 akan diluluskan dalam masa terdekat.
Bekas tukang masak itu yang tidak lagi mampu menyara hidup sejak setahun yang lalu kịni menumpang di rumah kakak sulungnya bersama-sama isteri dan tiga anaknya di Taman Sri Impian di sini.
Pada masa ini, apa yang membimbangkan Muhamad Asrol Daniel Abd Hamid, 21, adalah masa depan tiga anaknya yang sedang membesar dan akan masuk sekolah beberapa tahun lagi ditambah pula mereka masih tidak mempunyai kediaman sendiri.
Menurutnya, selepas tidak mampu bekerja, isterinya Siti Farhana Marsan, 23, mengambil alih tugas untuk mencari nafkah sebagai juruwang di sebuah pasar raya di sini bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Bapa kepada tiga anak berusia satu, dua dan tiga tahun itu mengakui sering terfikir bagaimana nasib keluarganya jika berlaku apa-apa kepadanya dalam masa terdekat.
"Kanser yang saya hadapi kini sudah merebak ke hati dan perut. Sebab itu saya minta isteri kerja dahulu supaya dapat mengambil lesen memandu kereta dan berdikari sebelum jadi apa-apa pada saya. Jika permohonan PPR diluluskan, keluarga saya boleh tinggal di sana.
“Ini boleh melegakan saya, kadang-kadang dalam hati saya Allah sahaja yang tahu kerana kita tak dapat nak beri yang terbaik untuk isteri dan anak anak. Mereka masih muda dan perjalanan masih jauh tetapi saya diuji sebegini," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Begitupun Muhamad Asrol Daniel mengakui dia bersyukur kerana adik-beradiknya prihatin dengan nasib yang menimpa dan membenarkan dia sekeluarga menumpang di kediaman berkenaan tanpa perlu membayar sewa.
Ketika ini dia turut mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan Baitulmal sebanyak RM800 sebulan.
"Saya juga dipelawa seorang pemilik produk yang memberikan keahlian ejen secara percuma bagi membolehkan 40 peratus keuntungan jualan produk diberikan kepada saya.
"Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan ramai orang yang baik hati apabila diuji dengan penyakit ini,” katanya.
Orang ramai yang ingin memberikan bantuan boleh menyalurkan sumbangan terus melalui akaun bank berikut atas nama Muhamad Asrol Daniel Abd Hamid atau hubunginya:
views
Kluang - Ibu kepada tujuh orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun yang enggan mendedahkan nama suaminya itu merayu suaminya pulang ...
Kluang - Ibu kepada tujuh orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun yang enggan mendedahkan nama suaminya itu merayu suaminya pulang selepas menghilangkan diri tanpa sebab sejak awal Januari lalu.
“Saya terpaksa memberikan alasan ayah mereka bekerja jauh semata-mata tidak mahu mereka bersedih,” kat Siti Norafizah Gahlidin, 47, yang mengharapkan kepulangan suaminya kepangkuan keluarga.
“Saya tidak tahu apakah punca suami hilang secara tiba-tiba meninggalkan saya bersama anak-anak tanpa sebarang khabar berita.
“Selama ini, kehidupan keluarga kami tidak berdepan masalah dan keadaan baik, selain tiada perselisihan faham berlaku,” katanya di kediamannya di Taman Sri Lambak dekat Kluang.
Katanya, dia cuba menghubungi suaminya, namun setiap kali panggilan dibuat, talian berkenaan seakan diputuskan dan suaminya enggan bercakap.
“Akibat daripada itu, anak-anak sering bertanyakan mengenai ayah mereka menyebabkan saya hanya mampu memberikan alasan bekerja di tempat jauh dan tidak boleh balik dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan mereka terus mencari,” katanya.
Katanya, dia terpaksa keluar bekerja kerana tidak mahu anak-anaknya terputus rezeki akibat kehilangan tempat bergantung hidup.
“Tiga daripada anak saya bersekolah di sekolah menengah, dua di sekolah rendah dan seorang di tadika. “Saya juga terpaksa menumpangkan anak bongsu bersama jiran ketika keluar untuk bekerja,” katanya.
Katanya, sebelum ini dia pernah bekerja di kilang berdekatan rumah, namun berhenti pada tahun 2009 semata-mata untuk memberikan tumpuan penuh pada suami dan anak-anak.
“Kini saya terpaksa melakukan kerja sebagai pembantu di kedai makan dengan gaji sekitar RM20 sehari untuk menyara keluarga.
“Sebelum ini memang kami bergantung harap kepada pendapatan suami untuk menyara keluarga, namun sejak dia menghilangkan diri saya terpaksa melakukan kerja-kerja seperti ini demi anak-anak,” katanya.
Katanya, keluarganya itu pernah terputus bekalan makanan kerana ketiadaan duit untuk membeli keperluan dapur.
“Kadang kala emak dan adik beradik datang menghantar makanan untuk anak-anak termasuk juga kawan-kawan serta jiran yang mengetahui serta bersimpati dengan nasib kami sekeluarga,” katanya.
Siti Norafizah berkata, dia berharap suaminya bertanggungjawab keatas anak-anak yang ditinggalkan tanpa sebarang nafkah dan punca kewangan.
“Saya dan anak-anak tidak mahu dibiarkan dalam keadaan begini kerana ia penting untuk kami meneruskan kehidupan keluarga,” katanya.
“Jika dia ada perancangan untuk terus meninggalkan kami, buatlah dengan cara yang betul dan janganlah digantung tidak bertali seperti ini. Orang ramai yang ingin membantu meringakan beban keluarga ini boleh berbuat demikian.
Kluang - Saudara baharu di Taman Rekamas, Simpang Renggam hanya mengharapkan hasil jualan air cedok di pasar malam untuk menyara kos peru...
Kluang - Saudara baharu di Taman Rekamas, Simpang Renggam hanya mengharapkan hasil jualan air cedok di pasar malam untuk menyara kos perubatan isteri yang menghidap kanser payudara.
Abdul Wahab Mah Abdullah, 49, berkata, pada awalnya, isterinya, Situ Asmara Kamal, 50, menghidap kanser payudara pada 2015 sebelum sel kanser tersebut merebak ke otak pada September lalu.
“Pada 2 Disember lepas, dia (isteri) diserang sawan pula dan hospital sudah seperti menjadi rumah kedua kami dan saya sudah empat hari tidak berniaga kerana terpaksa berulang alik ke hospital untuk menjaga isteri.
“Saya memang mengharapkan hasil jualan air dua kali seminggu di pasar tani dan pasar malam dan dengan keuntungan tersebutlah saya menyara kos perubatan isteri dan enam anak saya termasuk dua di universiti,” katanya.
Menurutnya, walaupun keuntungan hasil jualan air cedok hanya sekitar RM200 untuk seminggu, dia mengakui jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan isterinya.
Katanya, selain kos perubatan isteri serta pembelajaran anak-anaknya, dia juga perlu menyediakan keperluan lain untuk isterinya seperti lampin pakai buang, tisu basah dan susu formula yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
“Alhamdulillah saya tetap bersyukur masih mempunyai sumber pendapatan walaupun terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat asalkan semua masalah ini dapat diatasi dengan baik walaupun sesekali terputus punca kewangan kerana tidak berniaga.
“Anak-anak juga faham masalah saya dan kadang-kadang anak perempuan saya yang menjaga isteri saya di hospital kerana saya terpaksa mencari duit dan sekarang pun keadaan isteri semakin lemah,” katanya.
Menurutnya, apa yang lebih memeningkan kepalanya apabila sesi persekolahan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sedangkan persiapan persekolahan untuk empat anaknya masih belum dilakukan termasuk membeli kelengkapan seperti buku dan alat tulis.
Katanya, dia juga turut berharap bantuan orang ramai atau pemimpin setempat yang
bersimpati dengan nasib keluarganya untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh isterinya termasuk anak-anaknya yang akan memulakan sesi persekolahan baharu tahun hadapan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubunginya di talian berikut atau datang terus ke rumahnya di alamat dibawah:
Kluang - Mohon bantuan sumbangan orang ramai untuk abah akak. Dia menghidap stroke dan kencing manis. Sudah terlantar sakit selama 4 tah...
Kluang - Mohon bantuan sumbangan orang ramai untuk abah akak. Dia menghidap stroke dan kencing manis. Sudah terlantar sakit selama 4 tahun.
Hanya bergantung pada susu yang disaran oleh doktor iaitu Gluecerna. Makan
cuma bubur yang berlaukkan makanan yang lembut.
Kepada sesiapa yang ingin
hulurkan bantuan sangat dialukan tidak kira bantuan dari segi kewangan
ataupun keperluan seperti pampers dan susu."
Sesiapa yang ingin membantu pakcik Panirin @ Md Sudin bin Md Sobari, sumbangan boleh dihulurkan ke akaun bank berikut atas nama Norizan binti Md Sudin @ Panirin atau hubunginya:
Kluang - Seorang gadis berusia 19 tahun didapati hilang dari rumahnya di Taman Sri Kluang dekat sini, sejak semalam. Kehilangan Nor Ba...
Kluang - Seorang gadis berusia 19 tahun didapati hilang dari rumahnya di Taman Sri Kluang dekat sini, sejak semalam. Kehilangan Nor Balqis Qurattu Aini disedari ibu bapanya, Zamri Jusoh, 42, dan Rosliza Hussin, 45, ketika pulang ke rumah selepas membeli keperluan harian, kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Zamri berkata, pemeriksaan di dalam bilik tidur mendapati tiga pasang pakaian anaknya itu tiada di dalam almari. "Usaha mengesan dengan menghubungi saudara dan rakan-rakannya juga gagal. Kami sekeluarga kini buntu kerana tidak tahu ke mana dia menghilangkan diri.
"Yang menjadi tanda tanya ialah dengan siapa dia menghilangkan diri kerana tidak pernah dilihat bersama teman lelaki atau wanita rapat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan kehilangan anaknya itu di IPD Kluang di sini, hari ini.
Zamri berkata, Nor Balqis Qurattu Aini pernah bekerja di sebuah pusat beli-belah di sini, namun berhenti dan sedang menunggu untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej.
"Semenjak menghilangkan diri semalam, kami gagal menghubungi telefon bimbitnya. Keadaan ini membimbangkan kami sekeluarga," katanya.
Zamri mendakwa anaknya itu tidak berselisih faham dengan keluarga dan tiada menunjukkan sebarang perubahan sebelum hilang. Beliau berharap Nor Balqis Qurattu Aini pulang semula ke rumah kerana mereka sekeluarga bimbang akan keselamatannya.
Katanya, orang ramai yang mengenali atau terjumpa gadis itu boleh menghubungi beliau melalui talian 018-7863199 atau melaporkannya di balai polis berhampiran.
Follow Us
”Jika kalian menampakkan sedekah maka hal itu baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir maka hal itu lebih baik bagi kalian…” (QS: Al-Baqarah [2]: 271)