Suami hidap kanser testis tahap empat, isteri 3 anak pohon bantuan rumah - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kluang - Seorang lelaki yang menghidap kanser testis tahap empat berharap permohonan menduduki Program Perumahan Rakyat di Taman Perling ya...

Suami hidap kanser testis tahap empat, isteri 3 anak pohon bantuan rumah


Kluang - Seorang lelaki yang menghidap kanser testis tahap empat berharap permohonan menduduki Program Perumahan Rakyat di Taman Perling yang dilakukan sejak 2018 akan diluluskan dalam masa terdekat.

Bekas tukang masak itu yang tidak lagi mampu menyara hidup sejak setahun yang lalu kịni menumpang di rumah kakak sulungnya bersama-sama isteri dan tiga anaknya di Taman Sri Impian di sini.

Pada masa ini, apa yang membimbangkan Muhamad Asrol Daniel Abd Hamid, 21, adalah masa depan tiga anaknya yang sedang membesar dan akan masuk sekolah beberapa tahun lagi ditambah pula mereka masih tidak mempunyai kediaman sendiri.

Menurutnya, selepas tidak mampu bekerja, isterinya Siti Farhana Marsan, 23, mengambil alih tugas untuk mencari nafkah sebagai juruwang di sebuah pasar raya di sini bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Bapa kepada tiga anak berusia satu, dua dan tiga tahun itu mengakui sering terfikir bagaimana nasib keluarganya jika berlaku apa-apa kepadanya dalam masa terdekat.

"Kanser yang saya hadapi kini sudah merebak ke hati dan perut. Sebab itu saya minta isteri kerja dahulu supaya dapat mengambil lesen memandu kereta dan berdikari sebelum jadi apa-apa pada saya. Jika permohonan PPR diluluskan, keluarga saya boleh tinggal di sana.

“Ini boleh melegakan saya, kadang-kadang dalam hati saya Allah sahaja yang tahu kerana kita tak dapat nak beri yang terbaik untuk isteri dan anak anak. Mereka masih muda dan perjalanan masih jauh tetapi saya diuji sebegini," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Begitupun Muhamad Asrol Daniel mengakui dia bersyukur kerana adik-beradiknya prihatin dengan nasib yang menimpa dan membenarkan dia sekeluarga menumpang di kediaman berkenaan tanpa perlu membayar sewa.

Ketika ini dia turut mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan Baitulmal sebanyak RM800 sebulan.

"Saya juga dipelawa seorang pemilik produk yang memberikan keahlian ejen secara percuma bagi membolehkan 40 peratus keuntungan jualan produk diberikan kepada saya.

"Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan ramai orang yang baik hati apabila diuji dengan penyakit ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberikan bantuan boleh menyalurkan sumbangan terus melalui akaun bank berikut atas nama Muhamad Asrol Daniel Abd Hamid atau hubunginya:

01117193474
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views


0 comments:

Kongsi Portal Ini