Derita adik Adlina hidap sindrom kecacatan tulang punggung sejak lahir - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Kulim - Ada ketika dia sendiri tidak dapat menahan rasa sebak apabila anaknya bertanya kenapa dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain....

Derita adik Adlina hidap sindrom kecacatan tulang punggung sejak lahir




Kulim - Ada ketika dia sendiri tidak dapat menahan rasa sebak apabila anaknya bertanya kenapa dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain.

Namun sebagai ibu, Rasida Ahmad, 49, tetap perlu memberikan jawapan dan menerangkan lebih lanjut kepada anaknya, Nurul Adlina Mohd Amin, 14, yang hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda berikutan dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain.

Menurut Rasida, anak bongsu daripada dua beradik itu dikesan menghidap 'Caudal regression syndrome', penyakit kecacatan tulang punggung sejak lahir yang menyebabkan lututnya tidak boleh membengkok seperti orang lain dan tapak kaki pula membengkok ke dalam.

"Keadaan itu juga menyebabkan buah pinggang anak rosak dan doktor juga mengesan jangkitan kuman dalam air kencingnya.

"Berikutan itu, anak terpaksa dipasang tiub pada saluran kencing selain dia turut menggunakan lampin pakai buang seumur hidup," katanya yang tinggal di Kampung Kemumbung, Sidam Kiri, dekat sini.

Menurutnya, anaknya itu yang mesra disapa Adlina dalam keluarga terpaksa merangkak sejak kecil menggunakan kedua-dua tangan serta kaki sehingga membuatkan pergerakannya terbatas tidak seperti insan normal lain.

"Hanya selepas usia anak mencecah tujuh tahun barulah dia menggunakan kerusi roda sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sudah diubah suai untuknya.

"Kerusi roda terbabit digunakan untuk memudahkan pergerakan anak ketika dia berada di sekolah dan sehingga kini dia dilihat selesa menggunakannya," katanya.

Rasida berkata, ada ketika hati ibunya tersentuh apabila mendengar pertanyaan anaknya itu kenapa dia tidak dilahirkan seperti orang lain.

"Adlina selalunya bertanyakan soalan itu kepada sepupunya yang kemudian memberitahu saya dan sebagai ibu saya menjelaskan kepadanya yang dia sebenarnya adalah istimewa.

"Saya menerangkan kepada anak yang Allah SWT memilihnya dilahirkan sedemikian rupa kerana dia insan terpilih dan mempunyai keistimewaan berbanding orang lain," katanya.

Di tanya mengenai kos rawatan untuk Adlina, dia bersyukur kerana anak sulung yang bekerja di sebuah ladang turut membantu meringankan beban mereka sekeluarga dengan menghulurkan wang untuk menampung kos rawatan adiknya.

"Selain bantuan JKM berjumlah RM150, abang Adlina turut membantu kerana tahu pendapatan diperoleh bapanya sebagai pekerja di ladang ayam tidak menentu dan mencukupi.

"Saya pula tidak bekerja kerana menghidap kencing manis selain mahu menguruskan Adlina di rumah," katanya yang memberitahu anaknya itu perlu melakukan dialisis tiga hari seminggu di Hospital Lama Sungai Petani.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Rasida di talian berikut:


0111-4905618
Progress:

RM50 raised

Goal: RM5000



0 comments:

Kongsi Portal Ini