Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kangar

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kangar. Papar semua catatan

Kangar - Seorang ibu uzur di Kangar merayu sumbangan kewangan orang ramai bagi membantu meringankan beban perbelanjaan kanser anak lelak...


Kangar - Seorang ibu uzur di Kangar merayu sumbangan kewangan orang ramai bagi membantu meringankan beban perbelanjaan kanser anak lelakinya.

Anuar bin Omar dari Abi Batas Paip, dekat sini, disahkan menghidap kanser pundi kencing tahap 4.

Beliau yang tinggal bersama ibunya yang sudah berusia, tidak mampu menjalani rawatan susulan di Pulau Pinang atas faktor kemiskinan.

Dalam kehidupan setiap orang pasti akan terselit di dalam masalah yang tiada penyelesaian. Masalah-masalah sebegini boleh wujud untuk bertahun, malah mungkin seumur hidup.

Kita tidak boleh mengelakkan diri dari ujian Tuhan, Dia lebih mengetahui bagaimana untuk menguji kita.

Walaupun kita manusia paling berkuasa dunia, Tuhan boleh mengalahkan semua rancangan kita dan meletakkan kita dalam kesengsaraan jika Dia menghendaki.

Jika kita diuji, daripada berfikir “Ini tidak sepatutnya berlaku kepada saya!”, – anggaplah ia peluang untuk melatih kesabaran dan seruan untuk memperbaiki diri. Dan lakukan apa yang diperlukan untuk mendapat redha Allah.

Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: 

“Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Mereka yang ingin menyumbang, boleh menghulurkan terus sumbangan kepadanya di kediaman yang beralamat di no. 212 Jalan Abi Behor Kebal, Jalan Abi Batas Paip 01000 Kangar.

Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun bank berikut milik adik beliau bernama Jasni bin Omar:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kangar - Rasa terharu menyelubungi hati seorang ibu tunggal dekat sini apabila penderitaan yang terpaksa ditanggung beliau mendapat perha...


Kangar - Rasa terharu menyelubungi hati seorang ibu tunggal dekat sini apabila penderitaan yang terpaksa ditanggung beliau mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar.

Menerusi program Ziarah Kebajikan Anak Muda anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPK Kangar, beberapa orang wakil DPPK Kangar dan ARC Kangar diketuai ketuanya Dr. Saifizi Saidon, telah menziarahi ibu tunggal berkenaan di kediamannya di Pangsapuri Seri Sena dekat sini pada 28 Julai lalu.

Norhaiziah Din kini bersendirian menjaga anaknya berusia 21 tahun yang menderita penyakit saraf tanpa sokongan daripada bekas suaminya.

Terhimpit dengan beban kewangan, ibu kepada empat orang anak itu mengakui terpaksa memberikan tumpuan sepenuh masa menjaga anaknya itu yang tidak lagi mampu menguruskan dirinya sendiri.

Bersempena ziarah berkenaan, Dr. Saifizi turut menghulurkan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian serta wang tunai daripada Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DPPK Kangar kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai dan sumbangan bolehlah dibuat menerusi akaun bank berikut atas nama Norhaiziah Din:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kangar -  Usahkan baju raya, juadah untuk berbuka puasa pun belum tentu dapat disediakan seorang tukang kebun untuk keluarganya di Kampun...


Kangar -  Usahkan baju raya, juadah untuk berbuka puasa pun belum tentu dapat disediakan seorang tukang kebun untuk keluarganya di Kampung Belanga Pudak, Bintong.

Itu nasib yang dialami Mohd Syorkri Lazim, 42, dan isteri, Saleha Saleh, 40, apabila kehidupan mereka ‘ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ dan mengharap belas ihsan orang lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Mohd Syorkri berkata, sudah bertahun-tahun lamanya dia dan keluarga tidak menyambut Aidilfitri seperti orang lain kerana gaji yang diterimanya tidak mencukupi bagi membuat persediaan.

“Jangan kata nak sambut Aidilfitri, untuk berbuka puasa pun kami berfikir panjang sama ada wang yang ada mencukupi atau tidak bagi membeli juadah.

“Bagi kami, Aidilfitri atau tidak sama sahaja kerana kehidupan masih dibelenggu kemiskinan dan hari-hari dalam fikiran hanya memikirkan sama ada wang cukup atau tidak untuk membeli beras,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Menurut Mohd Syorkri, dengan gaji sebanyak RM1,100 sebulan, dia terpaksa mengikat perut kerana gaji itu dibelanjakan kepada tiga anaknya yang masih bersekolah.

Ketiga-tiga anaknya yang berusia antara 10 hingga 15 tahun juga OKU dan memerlukan lebih perhatian dan penjagaan khusus daripadanya.

“Saya dan isteri hanya mampu menitiskan air mata setiap kali memikirkan Aidilfitri yang bakal menjelma kerana anak-anak akan bertanya sama ada tahun ini bolehkah mereka memakai baju baharu?

“Pada 1 Syawal setiap tahun, seandainya kami ingin menikmati juadah Aidilfitri, kami akan berkunjung ke rumah orang lain,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga pernah tidak menjamah hidangan berat selama tiga hari ketika berbuka puasa kerana tiada apa untuk dimasak.

“Jika kami betul-betul kelaparan, saya akan bawa anak-anak ke rumah ibu mentua menadahkan tangan untuk meminta lebihan makanan berbuka.

“Bagaimanapun, kami bersyukur dapat menumpang berteduh di rumah di atas tanah milik abang yang sudi mengambil berat hal kami,” katanya. Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kangar - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Muhammad Zhafran bin Mohd Nor berasal dari Kangar, Perlis. Saya didiagnosis menghidap...


Kangar - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Muhammad Zhafran bin Mohd Nor berasal dari Kangar, Perlis. Saya didiagnosis menghidap Refractory Hodgkin Lymphoma stage 2B (kanser kelenjar darah).

Result PET Scan yang terakhir saya mendapati masih terdapat cell kanser yang masih aktif selepas menjalani 6x cycle BEACOPP Chemo Regime dan 15x radiotherapy. 

Jadi doktor menyuruh saya utk meneruskan rawatan tapi kali ini dengan salvage chemotherapy regime, iaitu menggunakan ubat chemo yang lebih tinggi dose nya( ICE chemo dan GDP chemo), kemudian diikuti dengan procedure pemindahan stem cell (stem cell transplant) supaya kanser tidak lagi berulang, yang sudah pastinya procedurenya yang sangat saya takuti kerana kesannya yang sangat teruk pada tubuh badan.

Doktor mencadangkan supaya saya menggunakan rawatan immunotherapy menggunakan ubat jenis KEYTRUDA ( pembrolizumab ). Jumlah keseluruhan proses tersebut boleh mencecah RM100,000.

Untuk pengetahuan semua saya sudah tidak bekerja kerana perlu melalui rawatan yang mengambil masa yang panjang,dan kesan sampingan rawatan chemotherapy yang membuat tubuh badan badan saya menjadi lemah dan sistem imunisasi saya menjadi rendah dan mudah dijangkiti penyakit membuatkan saya tidak dapat bekerja.

Dengan rendah hati saya memohon sumbangan dari jiwa yang dermawan dan berkemampuan untuk membolehkan saya menjalani proses rawatan ini.

Semoga sedikit sebanyak bantuan ikhlas semua dapat melancar dan memudahkan proses perubatan kanser saya kelak. Saya sudahi dengan ucapan jutaan terima kasih, hanya Allah dapat membalasnya.amin.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.“

Di sini saya sertakan no akaun bank dan nombor telefon. Orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Muhammad Zhafran bin Mohd Nor:

017-4771447
Progress:

RM0 raised

Goal: RM100000

Kongsi Portal Ini