Keluarga daif tiada apa untuk dimakan bagi juadah berbuka puasa - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kangar -  Usahkan baju raya, juadah untuk berbuka puasa pun belum tentu dapat disediakan seorang tukang kebun untuk keluarganya di Kampun...

Keluarga daif tiada apa untuk dimakan bagi juadah berbuka puasa


Kangar -  Usahkan baju raya, juadah untuk berbuka puasa pun belum tentu dapat disediakan seorang tukang kebun untuk keluarganya di Kampung Belanga Pudak, Bintong.

Itu nasib yang dialami Mohd Syorkri Lazim, 42, dan isteri, Saleha Saleh, 40, apabila kehidupan mereka ‘ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ dan mengharap belas ihsan orang lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Mohd Syorkri berkata, sudah bertahun-tahun lamanya dia dan keluarga tidak menyambut Aidilfitri seperti orang lain kerana gaji yang diterimanya tidak mencukupi bagi membuat persediaan.

“Jangan kata nak sambut Aidilfitri, untuk berbuka puasa pun kami berfikir panjang sama ada wang yang ada mencukupi atau tidak bagi membeli juadah.

“Bagi kami, Aidilfitri atau tidak sama sahaja kerana kehidupan masih dibelenggu kemiskinan dan hari-hari dalam fikiran hanya memikirkan sama ada wang cukup atau tidak untuk membeli beras,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Menurut Mohd Syorkri, dengan gaji sebanyak RM1,100 sebulan, dia terpaksa mengikat perut kerana gaji itu dibelanjakan kepada tiga anaknya yang masih bersekolah.

Ketiga-tiga anaknya yang berusia antara 10 hingga 15 tahun juga OKU dan memerlukan lebih perhatian dan penjagaan khusus daripadanya.

“Saya dan isteri hanya mampu menitiskan air mata setiap kali memikirkan Aidilfitri yang bakal menjelma kerana anak-anak akan bertanya sama ada tahun ini bolehkah mereka memakai baju baharu?

“Pada 1 Syawal setiap tahun, seandainya kami ingin menikmati juadah Aidilfitri, kami akan berkunjung ke rumah orang lain,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga pernah tidak menjamah hidangan berat selama tiga hari ketika berbuka puasa kerana tiada apa untuk dimasak.

“Jika kami betul-betul kelaparan, saya akan bawa anak-anak ke rumah ibu mentua menadahkan tangan untuk meminta lebihan makanan berbuka.

“Bagaimanapun, kami bersyukur dapat menumpang berteduh di rumah di atas tanah milik abang yang sudi mengambil berat hal kami,” katanya. Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini