Derita suami hidap kanser darah serta lumpuh, isteri mohon bantuan orang ramai - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Pontian - Biarpun disahkan menghidap kanser darah sejak tujuh tahun lalu, namun penyakit berbahaya itu tidak mematahkan semangat seorang pe...

Derita suami hidap kanser darah serta lumpuh, isteri mohon bantuan orang ramai


Pontian - Biarpun disahkan menghidap kanser darah sejak tujuh tahun lalu, namun penyakit berbahaya itu tidak mematahkan semangat seorang pengawal ke­selamatan untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Penyakit leukimia yang dihidapi Yusri Saimon, 48, mula dikesan pada tahun 2013 apabila dia mengalami bengkak pada bahagian kaki sehingga menyebabkannya tidak boleh berjalan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dekat sini.

Menurut isterinya, Anita Taha, 47, selepas pemeriksaan dilakukan di HSA, Yusri didapati me­ngalami kereputan pada tulang belakang yang menyebabkannya tidak boleh berjalan.

“Selepas rawatan susulan, suami saya boleh berjalan dan melakukan tugas harian seperti biasa, namun perlu mendapatkan rawatan sebulan sekali.

“Suami seorang yang kuat dan tabah, dia tetap menjalani kehidupan seperti biasa dan kerja macam biasa seolah-olah dia tidak sakit,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Taman Desa Harta Indah, Jalan Parit Semerah di sini kelmarin.

Dia kemudian terpaksa me­lakukan kimoterapi sebanyak empat kali di HSA. “Suami saya sebelum ini be­kerja sebagai pengawal kese­lamatan di sebuah sekolah di daerah ini dengan pendapatan kira-kira RM1,800 sebulan.

“Namun, sekarang dia tidak mampu menjalankan tugasnya lagi,” ujar Anita. Ekoran itu, Anita yang hanya suri rumah kini buntu memikirkan sumber pendapatan keluar­ganya bagi menampung per­belanjaan harian termasuk tiga anaknya yang masih bersekolah.

Katanya, bayaran pinjaman rumah sebanyak RM400 sebulan juga ada yang tertunggak kerana suami sudah hilang pendapatan.

“Kami sekeluarga kini bergantung harap dengan sumbangan ikhlas badan bukan kerajaan, rakan sekerja Yusri, jiran serta saudara yang tidak putus-putus memberikan bantuan.

“Kami anak beranak pun makan apa yang ada sahaja, anak-anak pun memahami situasi yang dihadapi bapa mereka yang sudah tidak mempunyai pekerjaan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh terus menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Anita Taha atau menghubunginya:

011-27559124
Progress:

RM10 raised

Goal: RM3000



blog counter views


0 comments:

Kongsi Portal Ini