KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: alor setar

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label alor setar. Papar semua catatan

Pendang - "Saya terdesak untuk membeli ubat kanser preskripsi berjumlah RM50,000 kerana saya tidak bekerja dan suami saya bekerja s...


Pendang - "Saya terdesak untuk membeli ubat kanser preskripsi berjumlah RM50,000 kerana saya tidak bekerja dan suami saya bekerja sendiri," kata Norsafidawatti Mohd Zuki, 33.

Surirumah itu telah didiagnosis dengan kanser limfoma tahap 4 sejak kelahiran anak kedua, Muhammad Adrian Rifqi Mohamad Hafizh, 4.

Pada masa itu dia sering demam dan batuk, tetapi hanya menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Tiang sebagai tambahan kepada rawatan tradisional.

Katanya, dia mengesyaki sesuatu apabila dia melihat benjol di lehernya yang menyebabkan dia membuat pemeriksaan di Hospital Alor Setar Sultanah Bahiyah (HSB).

"Doktor mengambil sampel darah untuk mengetahui penyakit saya dan diberitahu mengenai kanser dua bulan kemudian.

"Sejak itu, kesihatan saya menurun termasuk berat badan dari 40kg hingga 30kg, dan saya tidak larat melakukan kerja rumah," katanya di rumahnya di Kampung Kebun 4 Relong, Sungai Tiang, semalam.

Norsafidawatti berkata beliau kerap menjalani kemoterapi dan radioterapi di HSB.

Doktor juga memberi ubat kanser dan mengesahkan penyakit itu tersebar ke jantung dan paru-paru.

"Pakar itu mencadangkan saya mendapatkan wang RM50,000 untuk membeli dos suntikan kanser, tetapi saya tidak mampu.

"Pendapatan suami (Muhamad Hafizh Abd Rashid, 33) tidak menentu untuk menyokong keluarga kami termasuk tiga kanak-kanak berumur antara enam dan enam," katanya.

Norsafidawatti berkata dia kelihatan sihat, tetapi tidak dapat melakukan kerja seperti biasa tetapi kini bergantung kepada keluarga dan suami untuk melakukan kerja rumah.

"Saya harap seseorang boleh membantu saya membayar kos suntikan. "Saya hanya bergantung kepada bantuan bulanan Lembaga Zakat Kedah (LZNK)," katanya.

Derma boleh disalurkan ke akaun CIMB atas nama Norsafidawatti seperti berikut:

Alor Setar - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan seorang ibu tunggal berusia 58 t...


Alor Setar - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan seorang ibu tunggal berusia 58 tahun yang perlu kembali bekerja untuk menyara keluarganya.

Salihah Ishak yang tinggal di Kuala Kedah, di sini juga terpaksa membesarkan dua daripada lima anaknya yang berstatus orang kurang upaya (OKU).

Kata wanita itu, dia akan kembali kepada rutin hariannya iaitu mengayuh basikal sejauh lima kilometer untuk ke pelantar ikan bagi mengambil upah menyiang ikan seperti mana dilakukannya tiga tahun lalu.

“Sebelum ini saya terpaksa berhenti kerja bagi menjaga suami, Md. Khir Hussien yang terlantar akibat lumpuh seluruh badan selepas diserang strok.

“Jadi, selepas kematian suami minggu lalu saya kena kembali bekerja kerana duit pencen tinggalan suami hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.

“Walaupun ada yang membantu semasa suami saya terlantar sakit dahulu, tapi sekarang dia sudah tiada dan saya tidak boleh terus mengharapkan ihsan orang selagi ada kudrat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain anak OKU iaitu Mohd. Ridzuan Md. Khir, 22, dan Nurul Nadia, 15, Salihah juga perlu memastikan anak keempatnya yang kini berada di tingkatan lima dapat menghabiskan pelajarannya kerana dia satu-satunya harapan keluarga.

“Mohd. Ridzuan dan Nurul Nadia memang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi saya tak mahu gunakan duit mereka, biarlah duit itu disimpan supaya apabila saya tiada nanti sekurang-kurangnya mereka ada duit.

“Dua lagi anak lelaki berusia 30 dan 27 tahun pula masing-masing tidak mempunyai kerja tetap tetapi kadang-kala dapatlah membantu apa yang patut,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi anak Salihah, Mohd. Nazrin di nombor 0174894655 atau menyumbang menerusi nombor akaun BSN - 0210841000070234 (Salihah).

Alor Setar - Seorang ibu tunggal kepada pemuda yang kini hanya mampu terlantar akibat ketumbuhan pada beberapa bahagian kepala dan dada, ...


Alor Setar - Seorang ibu tunggal kepada pemuda yang kini hanya mampu terlantar akibat ketumbuhan pada beberapa bahagian kepala dan dada, yang berlarutan sejak 15 tahun lepas, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan bebannya menyediakan keperluan anaknya itu.

Rohani Ahmad, 58, dari Taman Nuri di sini berkata, dia tidak dapat lagi bekerja sejak Disember tahun lalu kerana perlu memberikan sepenuh perhatian kepada anak sulung daripada empat beradik, Mohd Firdaus Che Saad, 33.

“Kini, saya hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas nama anak saya ini sebanyak RM250 sebulan, selain sumbangan orang ramai serta kenalan untuk menyara kehidupan dan memenuhi keperluan Mohd Firdaus.

“Nak harapkan anak lain pun tidak boleh juga, mereka pun kerja kampung dan cukup sekadar menyara keluarga masing-masing sahaja,” katanya yang mempunyai anak berumur 22 hingga 33 tahun ketika ditemui Bernama di rumahnya.

Rohani yang berpisah dengan suami sejak sekian lama berkata, dia memerlukan hampir RM700 sebulan untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang bagi keperluan Mohd Firdaus dan tidak termasuk lagi perlu membayar bulanan sewa rumah sebanyak RM400.

“Tidak temasuk lagi bil elektrik, air dan kos ulang-alik ke hospital sebulan sekali. Saya berhenti kerja sebagai tukang cuci rumah dengan pendapatan RM40 sehari, kerana saya perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Mohd Firdaus termasuk membawanya untuk rawatan susulan di hospital,” katanya.

Menceritakan tentang anaknya itu, Rohani berkata, Mohd Firdaus menjalani empat kali pembedahan membuang ketumbuhan setakat ini dengan bermula pada bahagian kepala pada 2004 manakala pembedahan terbaru dilakukan tahun lepas bagi membuang ketumbuhan pada bahagian kening kiri.

“Penyakit anak saya ini mula dikesan selepas dia mengadu sering sakit kepala sehingga menjejaskan aktiviti hariannya. Pemeriksaan lanjut dilakukan di Hospital Alor Setar (hospital lama) mendapati ada ketumbuhan dalam bahagian depan kepala sebelum kesnya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Cancers Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal yang turut tampil menghulurkan bantuan kerusi roda itu berkata, beliau bersama sahabat CSM akan berusaha sebaik mungkin mencari penyelesaian membantu Mohd Firdaus dan ibunya.

Beliau berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan bantuan sepatutnya daripada pihak berwajib termasuk Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi meringankan beban dan keperitan hidup Rohani dalam menyediakan keperluan Mohd Firdaus.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian ke akaun Rohani bernombor 152023394354 (Maybank) atau menghubunginya di talian 019-5239792.

Alor Setar - RM45,000, itulah kos pembedahan yang diperlukan oleh bayi perempuan berusia 18 yang dijadualkan menjalani pembedahan jantung...


Alor Setar - RM45,000, itulah kos pembedahan yang diperlukan oleh bayi perempuan berusia 18 yang dijadualkan menjalani pembedahan jantung kali kedua pada hujung tahun ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Maizun Din, 42, berkata, anaknya, Nurul Dhia Raisha Maizun dikesan menghidap penyakit jantung Comolete Atrioventricular Septal Defect With Mild Hypoplastic Aortic Arch semasa dia berusia seminggu di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Difahamkan, Nurul Dhia Raisha pernah menjalani pembedahan kali pertama ketika berusia tiga bulan di IJN dan kos pembedahan bagi merawat masalah jantungnya adalah sebanyak RM25,000.

Sebahagian besar kos itu ditanggung oleh kerajaan selepas pasangan itu membuat rayuan kerana tidak mampu membayar kos tersebut.

Pembedahan kali kedua ini juga akan dilakukan di tempat yang sama, namun kos yang diperlukan adalah RM45,000.

Maizun bagaimanapun tidak berkemampuan untuk membayar kos pembedahan itu kerana dia hanya bekerja mengambil upah menjual ayam goreng di sekitar Pekan Pokok Sena dengan pendapatan yang tidak menentu. Tambahan pula, ada dua lagi anaknya yang berusia 11 dan 7 tahun perlu ditanggung.

Selain itu, Nurul Dhia Raisha juga bergantung pada susu khas yang bernilai RM80 setin dan memerlukan lebih kurang enam hingga tujuh tin setiap bulan. Maizun dan isterinya, Murlina amat berharap anaknya kembali sihat seperti bayi-bayi lain.

Orang ramai yang sudi membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Islam milik Murlina Mohd Zuri 02-075-02-510667-0 atau menghubungi Maizun di talian 013-9347785 untuk maklumat lanjut.

Alor Setar - Sebenarnya kali saya dah lama sakit. Malah, setakat ini sudah 5 kali saya melakukan pembedahan. Yang pertama dan ke dua di h...


Alor Setar - Sebenarnya kali saya dah lama sakit. Malah, setakat ini sudah 5 kali saya melakukan pembedahan. Yang pertama dan ke dua di hospital Alor Setar, Kedah. Manakala yang ketiga masa tu teruk. Hospital Sungai petani pindahkan ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan, terus masuk pembedahan dan makan masa 23 jam. “Tulang kering kaki kiri terpaksa dipotong dan diganti tulang kecil kaki kanan. Hampir dua tahun saya tak boleh jalan. Malah,dalam tempoh itu, saya terpaksa ulang alik HUSM Kubang Kerian Kelantan, semuanya kos yang tinggi.

Siapa sangka, dari sakit biasa akhirnya berubah menjadi kronik. Akui empunya diri, sejak dulu lagi kakinya tidak kuat, selalu lenguh-lenguh dan sakit dalam tulang sentiasa berdenyut-denyut. Sehinggakan naik ketumbuhan pada tulang kering kaki kiri, tetapi Norliza Hussain hanya membiarkan. Sehinggalah ketumbuhan itu semakin membesar, apabila dia rujuk ke hospital, doktor mencadangkan supaya melakukan pembedahan. Usai pembedahan, bukan semakin baik malah semakin membesar. Jadi, dia kena lakukan pembedahan lagi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun Norliza memiliki semangat yang cukup kuat. Biarpun dirinya sedang sakit, namun demi mencari sumber pendapatan, dia membuat kerja meniaga nasi lemak. Selain itu, dia juga menjual sos, tudung dari rumah ke rumah. “Walau bertongkat dua, masak atas kerusi tapi saya kena lakukan walaupun saya tak mampu. Tapi saya paksakan diri. Kehidupan kami sangat susah dan hanya suami seorang sahaja yang bekerja. Berapa sangatlah yang dapat kami kumpul. Sehinggakan setiap kali nak pergi HUSM saya terpaksa hutang sana sini kerana tak ada duit.

Lebih malang lagi, tulang yang tukar itu retak patah atas skru, terpaksa simen lagi selama 5 bulan. Mungkin ini dugaan untuk saya, kaki belum sembuh dah mula sibuk buat kerja. Selama ulang alik rawatan nasib tak baik lagi jadi lagi seperti sebelum ini. Kali ini ditepi-tepi tulang baru. Jadi kena lakukan pembedahan lagi. Selain itu, saya juga terpaksa melakukan radioterapi selama 3 bulan untuk matikan sel.

“Lepas itu tempat tersebut kena jangkitan kuman. Saya demam dan kena lakukan pembedahan lagi. Cuma kali ini di Sungai Petani. Tanpa jahit di kawasan tepi tulang baru tapi saya kena cuci 2 bulan setengah. Malangnya kena lagi jangkitan. Waktu itu, saya buat susulan di HUSM. Jadi, saya kena tahan wad sana pulak tambah antiobotik. Jangkitan mungkin dari kesan radioterapi, lepas tu sekarang saya sakit balik di kawasan tulang dan susulan baru ni keptusan tak ok.

“Ada masalah dan dari apa yang doktor cakap tulang tu tidak cantik nampak kesan putih-putih. Kemungkinan tulang tu mudah reput dan patah, atau balik seperti sebelum ini. Tetapi segalanya bergantung pada MRI. Tapi andai kemungkinan terpaksa buang tulang tu dan ganti balik tulang mungkin kena beli tulang baru yang harganya mungkin ribu atau puluh ribu.

Dan Sekarang saya sudah selesaikan MRI disini. Di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar baru-baru ini, cuma sekarang untuk teruskan rawatan di HUSM semula. Bermacam kemungkinan adakah kaki ni dapat diselamatkan? “Alhamdulillah, selepas pemeriksaan MRI, tulang tersebut okey, keajaiban mungkin dari Doa semua untuk saya. Tapi doktor ambil keputusan untuk dapatkan nasihat dengan pakar radiologi HUSM pula. Buat masa sekarang saya masih dalam pemantauan doktor.

“Menurutnya, memang susah sakit macam saya kerana ia akan berulang ulang. Cuma doktor pesan, jangan bagi jatuh takut tulang tu akan patah. Saya dah lama berulang alik dari kedah ke HUSM Kubang Kerian, bukannya mudah. Rasanya dekat 100 kali entah lebih” ujar Norliza lagi.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 102055018475 Norliza Bt Husain atau boleh menghubungi di talian 0175202434.

Alor Setar - "Tak tahu nak korek mana lagi duit, terpaksalah tebalkan muka pinjam duit dengan saudara-mara. "Nanti bila cuaca d...


Alor Setar - "Tak tahu nak korek mana lagi duit, terpaksalah tebalkan muka pinjam duit dengan saudara-mara. "Nanti bila cuaca dah baik, kami akan cuba bayar semula wang yang dipinjam bila keluar menoreh getah," ujarnya yang amat merindui anaknya yang disifatkan amat periang itu. Buat sementara waktu, mereka terpaksa 'ikat perut' untuk berjimat-cermat dengan wang yang ada.

Berbekalkan RM100 yang diberikan seorang rakan, pasangan penoreh getah ini menggunakan wang tersebut untuk menampung kos perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

Che Siti Zabidah Ismail, 51, dan suaminya Ab Rahim Ab Rahman, 64, menuju ke hospital tersebut selepas diberitahu bahawa anak perempuan mereka alami pecah usus akibat kemalangan jalan raya di Cameron Highlands. 

Pasangan tersebut terpaksa bermalam di dalam kereta kerana tidak mempunyai wang lebih sewaktu melawat anak mereka, Siti Nur Zulaihah, 22, di hospital itu. "Selepas mengetahui kami berdua tidur di dalam kereta, syukur ada kawan suami yang bantu sewakan bilik di depan hospital pada harga RM50 satu malam. 

"Kami berdua putus mata pencarian kerana tidak boleh keluar menoreh getah sejak memasuki musim hujan November lalu," katanya ketika dihubungi media pada Rabu. Insiden yang menimpa Siti Nur Zulaihah meraih perhatian netizen selepas ia dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter.

Che Siti Zabidah dan suaminya, Ab Rahim berharap ada pihak yang sudi membantu meringankan beban mereka. Posting tersebut mendapat lebih 1,700 retweet dan lebih 500 tanda suka. Siti Nur Zulaihah yang merupakan pekerja kedai makan di Cameron Highlands, terlibat dalam kemalangan pada 31 Disember lalu ketika membonceng motosikal yang ditunggang oleh rakannya untuk pulang menyambut tahun baharu bersama keluarganya. 

"Kawan dia beritahu ketika itu jalan licin dan motosikal pun hilang kawalan. "Anak makcik melambung ke udara dan perutnya terhentak ke atas pembahagi jalan hingga menyebabkan ususnya pecah," kata Che Siti Zabidah. 

Jelasnya, memandangkan Hospital Raja Permaisuri Bainun tidak mempunyai pakar yang boleh merawat Siti Nur Zulaihah, anaknya itu terpaksa dirujuk kepada pakar di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada Selasa. 

Ketika anaknya itu dibawa menaiki ambulans ke hospital tersebut, Che Siti Zabidah dan suaminya mengekori dengan menaiki kereta. Usus Siti Nur Zulaihah pecah akibat terhentak pada pembahagi jalan ketika ditimpa kemalangan di Cameron Highlands. Malangnya, kereta tersebut rosak di tengah jalan dan kos untuk membaiki berjumlah RM390. 

Menurut ibu kepada lapan anak tersebut, kadang-kadang dia mengalas perut dengan makan hidangan hospital yang disediakan untuk anak perempuannya itu. Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi bapa Siti Nur Zulaihah, Ab Rahim di talian 017-940 2754.

Alor Setar - Assalamualaikum. Kisah adik Nurfarahannis binti Hasdee yang sebelum ni saya kongsikan dan baru-baru ini saya kongsikan lagi ...


Alor Setar - Assalamualaikum. Kisah adik Nurfarahannis binti Hasdee yang sebelum ni saya kongsikan dan baru-baru ini saya kongsikan lagi kisahnya kerana adik nurfarahannis binti hasdee yang memerlukan darah jenis B+.

Alhamdulillah pederma telah tampil tetapi adik nurfarahannis masih memerlukan darah jenis B+ kerana palet darahnya kembali 0. Namun sejak kebelakangan nih, keadaan kesihatan adik Nurfarahannis binti Hasdee agak merosot.

Saya mohon DOA agar dipermudahkan segala urusan rawatan adik nurfarahannis binti Hasdee dan semoga adik nurfarahannis binti Hasdee dikurniakan sebaik2 kesembuhan.

Kisah adik ini sangat menyentuh hati saya malam ini dengan keadaan macam ini. Ibu adik nurfarahannis tak dapat berulang alik setiap hari sebab bekerja sebagai (cleaner sekolah), sudah tentu dalam keadaan macam ni adik nurfarahannis memerlukan belaian ibu disisinya.

Kerana setiap sentuhan ibu itu ada kasih sayang yang tiada tandingan dan dengan sentuhan seorang ibu tuh adalah penawar Setelah saya melihat keadaan adik nurfarahannis saya percaya hanya dengan pertolongan kita ibu nya dapat bersama disisi dia setiap hari InsyaAllah

Jadi sekali lagi saya bagi pihak kelab anak-anak sik kedah menyeru sumbangan semua bagi membolehkan ibu adik nurfarahannis menemaninya di hospital InsyaAllah sampai adik nurfarahannis stabil InsyaAllah.

Semoga keikhlasan kita sekali lagi mampu memberi peluang kepada ibu adik nurfarahannis menemani adik nurfarahannis yang kini sangat-sangat memerlukan ibunya disisi.

Nota: Bukan ibu adik nurfarahannis yang merayu sumbangan tetapi sebagai manusia saya tak mampu lagi nak tengok adik nurfarahannis dalam keadaan mcm ni tanpa ibu disisi sedangkan seorang ibu tersepit antara kerja dan anak yang dikasihi..

Sesiapa yang ingin melawat atau membantu boleh berbuat demikian, semoga lawatan anda akan bagi semangat kepada adik ini.

Nama pesakit: Nurfarahannis binti Hasdee 
Ward: 3B katil no 5 HSB Alor Star Kedah

Alor Setar - “Keadaan isteri saya semakin hari semakin membimbangkan hingga berat badannya susut 44 kilogram dan perutnya semakin hari se...


Alor Setar - “Keadaan isteri saya semakin hari semakin membimbangkan hingga berat badannya susut 44 kilogram dan perutnya semakin hari semakin besar seperti wanita hamil tetapi doktor belum dapat mengesahkan penyakitnya,” kata Mohd Shahrizal Hashim.

Mohd Shahrizal, 30, adalah suami Norazimah Ahmad, 31, yang menghidap penyakit misteri sejak hampir tiga bulan lalu menyebabkan selera makannya hilang selepas melahirkan anak pertama mereka, Arjuna Mikael Mohd Shahrizal, pada Disember.

Menurut Mohd Shahrizal, isterinya dikesan menghidap penyakit itu selepas tiga hari pulang dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar selepas melahirkan bayi mereka dan ketika itu dia tiba-tiba kurang berselera makan walaupun berpantang.

Katanya, isteri melahirkan anak secara pembedahan dan terpaksa menerima dua beg darah tambahan akibat kekurangan darah.

“Ketika itu, dia mengadu sakit di bahagian perut dan selepas itu perutnya makin besar seperti busung macam wanita hamil tiga bulan.

“Saya membawanya menjalani pemeriksaan di sini dan doktor mengesyaki dia berkemungkinan menghidap tiroid atau berkaitan usus selepas menjalani imbasan-X tetapi dia masih boleh membuang air besar dengan baik,” katanya ketika ditemui di HSB, semalam.

Mohd Shahrizal berkata, dia yang hanya mengambil upah menjual ayam goreng di sekitar bandar raya ini dengan pendapatan yang tidak menentu kini terjejas mata pencarian apabila terpaksa menjaga isteri yang kerap ulang alik masuk hospital.

Katanya, malam kelmarin, isterinya muntah dan tiba-tiba tidak sedarkan diri menyebabkan dia terpaksa membawa Norazimah ke Jabatan Kecemasan di HSB untuk menerima rawatan.

Menurutnya, doktor memaklumkan perut isterinya kembung disebabkan terdapat lebihan air dalam badan tetapi tidak tahu apa punca penyakitnya.

“Saya terpaksa meminta bantuan adik untuk menjaga bayi di rumah kerana perlu menjaga isteri.

“Kini saya terpaksa bergantung harap pada ahli keluarga dan sanak saudara untuk mendapatkan sumber kewangan kerana saya tiada wang disebabkan tidak bekerja dan perlu membeli susu formula serta lampin pakai buang untuk anak,” katanya.

Mohd Shahrizal berkata, wang itu juga digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan susu untuk isteri bagi menambah berat badan serta memberi tenaga kepadanya.

Katanya, isterinya anak yatim piatu dan hanya bergantung padanya untuk menjaga makan minum sejak dimasukkan ke hospital.

“Saya buntu memikirkan masalah kewangan dan berharap ada pihak yang sudi membantu untuk meringankan masalah kami,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB 7610065089 milik Mohd Shahrizal atau menghubungi talian 012-5607991.


Alor Setar - “Doktor memaklumkan sel darah putih dalam badan saya agak tinggi menyebabkan saya kerap pening, hilang selera makan dan cep...


Alor Setar - “Doktor memaklumkan sel darah putih dalam badan saya agak tinggi menyebabkan saya kerap pening, hilang selera makan dan cepat letih,” kata Nurin Amira Mohd Khairi, 12.

Nurin Amira yang menghidap kanser limfoma limfomblastik sejak dua tahun lalu, kini terpaksa berehat di rumah menyebabkan pelajarannya terganggu sedangkan murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sultanah Asma itu dijadual menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. 

Bapanya, Mohd Khairi Mohamad, 39, berkata, anaknya itu perlu menjalani rawatan dan proses kemoterapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap bulan mengikuti janji temu ditetapkan doktor. Katanya, beliau risau melihat keadaan anak sulung daripada dua beradik itu kerana setiap minggu hanya dapat hadir ke sekolah sehari atau dua kali sahaja disebabkan cepat letih. 

“Sebelum ini hasil pemeriksaan darah setiap bulan di HPP menunjukkan ia semakin baik, cuma bulan lalu doktor memberitahu sel darah putihnya agak tinggi sedikit. Nurin perlu berehat “Disebabkan itu dia perlu berehat di rumah kerana saya bimbang dia pengsan di sekolah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Langgar, semalam. 

Mohd Khairi, seorang kakitangan swasta berkata, pendapatannya bulanannya RM1,200 tidak mampu menyara isteri dan seorang lagi anak berusia sembilan tahun. Katanya, Nurin Amira seorang anak yang pintar dan pernah memperoleh tempat pertama dalam peperiksaan di sekolah tahun lalu, namun disebabkan sakit sejak akhir-akhir ini dia tertinggal dalam banyak mata pelajaran. 

“Disebabkan itu kami terpaksa memberi Nurin minum susu formula khas beharga RM80 satu tin dan dia memerlukan antara tujuh hingga lapan tin sebulan,” katanya. Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun bapanya, 02105020208037 Bank Islam (Mohd Khairi) atau menghubungi talian 018-9427134. 


Alor Setar - Seorang pelajar tidak menyangka niat baiknya untuk berkongsi kisah kesusahan hidup pasangan warga emas orang kelainan upaya ...


Alor Setar - Seorang pelajar tidak menyangka niat baiknya untuk berkongsi kisah kesusahan hidup pasangan warga emas orang kelainan upaya (OKU) yang ditemuinya menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen.

Menurut Siti Nur Umirah Shamsudin, ada pengguna media sosial yang mengecam tindakannya memuat naik kisah pasangan tersebut kerana mendakwa maklumat yang dikongsi tidak tepat. "Pada mulanya saya pun tidak tergamak nak sebarkan pasal nenek tu, tapi saya fikir mungkin ada ramai orang yang nak bantu dia. 

"Biarlah orang kata nenek tu sebenarnya memang sudah dibantu, walaupun dia beritahu saya dia tak dapat bantuan. Itu urusan dia dengan Tuhan, niat saya hanya nak dia hidup lebih selesa," katanya.

 Menerusi posting tersebut, Siti Nur Umirah memberitahu dia menemui seorang warga emas berusia lingkungan 70-an meminta sedekah berhampiran sebuah pasar di Kampung Berjaya, Alor Setar. Wanita yang hanya dipanggil Tok itu memberitahu pelajar tersebut bahawa dia tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak dan terpaksa meminta sedekah untuk menampung hidup bersama suaminya yang lumpuh. 

Pelajar jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Jitra itu berkata, dia simpati melihat kesukaran Tok berjalan dan menawarkan untuk menghantarnya pulang. Kata wanita berusia 25 tahun ini, nenek itu tinggal berdua dengan suaminya di Motel Jabatrah yang terletak berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana. 

"Saya terkejut juga ketika Tok beritahu dia berdua tinggal di motel, saya tanya berapa sewa sebulan. "Dia kata RM700 sebulan dan sewa bulan lepas tertunggak sebab tak mampu nak bayar. Bila ditanya kenapa tidak duduk di rumah sewa, Tok kata dia pun tak tahu macam mana nak cari rumah dengan keadaan kaki yang susah berjalan dan Tok Wan (suaminya) pun lumpuh," jelasnya. 

Tambahnya, Tok mendakwa mempunyai seorang anak perempuan yang tinggal di Kampung Bukit Besar dan juga hidup dalam kekurangan.Selepas posting tersebut tular, ramai pihak yang menghubungi Siti Nur Umirah untuk membantu pasangan warga emas terbabit. 

"Saya nak kongsi nombor telefon pun tak boleh sebab Tok tiada telefon bimbit, tapi saya dah minta izin dengan dia untuk kongsi kisah ini di Facebook."Jadi, sesiapa yang nak hulur bantuan boleh ke motel tersebut untuk cari Tok dan Tok Wan," katanya.



Alor Setar, 5 Feb - Pasangan suami isteri warga emas dari Jalan Dato Kumbar di sini menyambut Tahun Baharu Cina hari ini dalam serba keku...


Alor Setar, 5 Feb - Pasangan suami isteri warga emas dari Jalan Dato Kumbar di sini menyambut Tahun Baharu Cina hari ini dalam serba kekurangan disebabkan kemiskinan dialami mereka.

Tambahan pula, Chan Ah Lay, 72, perlu menjaga suaminya Lee Juan Huat, 74, yang terlantar sakit selepas jatuh dalam bilik air selain menghidap kanser darah sejak beberapa tahun lepas.

Chan berkata kekangan kewangan menyebabkan dia tidak melakukan sebarang persiapan untuk sambutan perayaan itu malah perlu berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini membawa suaminya itu berjumpa doktor pakar setiap dua minggu sekali untuk pemeriksaan darah.

"Tahun Baharu Cina kali ini disambut dengan pilu, sebab saya perlu memberi tumpuan menjaga suami yang (kini) terlantar di katil selepas jatuh bilik air sebulan lepas dan kerana selalu tiada di rumah, saya juga putus pendapatan kerana tak dapat upah menjahit pakaian.

“Hidup kami susah ketika ini, untuk ke hospital pun mengharapkan sumbangan rakan-rakan buat tambang, kalau tak ada duit, tak pergilah kerana tambang van sahaja mencecah RM80 pergi dan balik,” katanya.

Chan berkata dia memerlukan wang antara RM500 hingga RM600 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dan susu khas termasuk membayar kos pengangkutan swasta bagi membawa suaminya ke hospital itu kerana Lee tidak boleh berjalan.

Lebih memilukan, katanya, mereka juga sekadar menumpang di tingkat atas sebuah rumah kedai atas ihsan seorang rakannya.

Sementara itu, kesusahan yang dilalui pasangan berkenaan mendapat perhatian Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang berkunjung serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan makanan asas serta tilam khas bagi memberi keselesaan kepada Lee.

Pengasasnya, Zuraini Kamal berkata pihaknya akan berusaha membantu pasangan warga emas itu mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta bantuan lain mengikut keperluan.

"Saya merayu pemimpin setempat, agensi serta pihak korporat dapat menghulurkan sumbangan sewajarnya kerana mereka juga berhak mendapat pembelaan," katanya. Orang ramai yang ingin membantu pasangan itu boleh menghubungi Chan di talian 012-4760335.

“Anak saya menghidap jantung berlubang sejak lahir dan perlu menjalani rawatan di hospital, namun dia tidak dapat ke hospital sejak tiga ...


“Anak saya menghidap jantung berlubang sejak lahir dan perlu menjalani rawatan di hospital, namun dia tidak dapat ke hospital sejak tiga bulan lalu kerana kami mengalami masalah kewangan,” kata Norsiah Ishak, 41.

Norsiah berkata, anak bongsunya, Muhamad Adrian Mikail Zainuddin berusia lapan bulan yang turut disahkan menghadapi sindrom down perlu menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Katanya, setakat ini Muhamad Adrian tidak menunjukkan sebarang masalah, cuma dia bimbang bayi itu tidak mendapat rawatan diperlukan disebabkan masalah yang dihadapi mereka.

“Kami tidak ada kereta untuk ke HSB yang jaraknya lebih 24 kilometer sehala dan satu-satunya kenderaan kami adalah motosikal suami, Zainuddin Ramli, 42.

“Tetapi disebabkan suami perlu keluar menoreh setiap hari, kami tidak dapat membawa Muhamad Adrian ke hospital walaupun bimbang keadaannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kejai, Kuala Nerang, semalam.

Empat dari enam anak pasangan itu yang masih bersekolah pula tidak dapat membayar yuran persekolahan disebabkan pendapatan suaminya hanya RM700 sebulan.

Norsiah berkata, anak kembarnya, Nurul Husna dan Nurul Huda Zainuddin, 15, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang perlu membayar yuran RM210 seorang untuk menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini.

“Anak kelima pula, Muhamad Fadli, 12, akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan perlu membayar yuran RM230, manakala adiknya, Nur Nazira Umaira, 7, pula baru memasuki Tahun Satu, namun yuran persekolahannya belum dibayar.

“Cuma anak sulung, Nurul Fatin Izzati, 20, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Pokok Sena dengan pendapatan RM30 sehari dapat meringankan beban kami dan anak kedua, Nur Natasha, 19, pula baharu sebulan bekerja kilang di Pulau Pinang,” katanya.

Katanya, pendapatan harian yang diterima Nurul Fatin digunakan untuk membeli barang makanan selain kegunaan harian mereka sekeluarga memandangkan pendapatan suaminya diterima setiap hujung bulan.

“Namun saya bersyukur kerana Muhamad Adrian hanya menyusu badan dan kami hanya perlu membeli lampin pakai buangnya setiap bulan.

“Setakat ini saya belum memohon bantuan termasuk kad orang kurang upaya (OKU) untuk dia kerana tiada kenderaan ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian di talian 019-2044685 atau 02075020422514 Bank Islam di atas nama Norsiah.

Sementara itu, Persatuan Sahabat Charity Balqish yang diwakili Pengerusinya, Rukiza Abu Bakar menyampaikan sumbangan barangan dapur untuk membantu keluarga itu semalam dan akan berusaha menolong mendapatkan keperluan lain.

Padang Terap, 16 Jan - Sepasang suami isteri yang kesempitan hidup di Kampung Pecah Gadong di Kuala Nerang, di sini menjadikan sebuah dan...


Padang Terap, 16 Jan - Sepasang suami isteri yang kesempitan hidup di Kampung Pecah Gadong di Kuala Nerang, di sini menjadikan sebuah dangau kecil dan usang yang tidak berdinding sebagai tempat berteduh sejak 11 bulan lepas.

Mohd Ridzuan Ismail, 36, dan isterinya Norshafizawati Shaari, 33, tinggal di dangau atau pondok yang dibina daripada batang kayu dan bumbung plastik itu sejak Mac tahun lepas, selepas berpindah keluar dari rumah ibu saudaranya yang terletak berhampiran kawasan itu.

Lebih memilukan, pasangan itu tinggal di dangau itu tanpa bekalan air dan elektrik bersama tiga anak mereka termasuk paling bongsu yang baharu dilahirkan 15 hari lepas.

Norshafizawati yang masih dalam pantang berkata mereka sekeluarga sebelum ini tinggal di rumah ibu saudaranya, namun bertindak keluar kerana rumah itu sudah terlalu padat kerana didiami oleh 10 lagi anggota keluarga dan saudaranya yang lain.

“Rumah itu adalah rumah adik kepada ayah saya. Ayah dan mak saya juga tinggal di situ, bila ramai macam ini, saya dan suami beralah keluar dan buat tempat tinggal ini (dangau kecil itu).

“Apabila waktu malam, anak saya berumur 10 tahun dengan yang kecil berumur 15 hari ini, saya tumpangkan tidur di rumah mak saudara saya ini manakala anak yang umur enam tahun pula tidur dengan kami dalam dangau ini,” katanya ketika ditemui pemberita di kampung itu hari ini.

Norshafizawati berkata dia mempunyai lima anak yang kesemuanya perempuan, namun dua lagi anaknya yang berusia 12 dan 13 tahun tinggal di Asrama Anak Yatim dan Miskin Baitul Ehsan, Kampung Perik dekat sini sejak tiga tahun lepas.

Norshafizawati yang tidak bekerja berkata, suaminya hanya melakukan kerja-kerja kampung tanpa pendapatan tetap menyebabkan mereka tiada pilihan dan terpaksa tinggal di dangau ini walaupun berdepan pelbagai risiko yang mengancam keselamatan dan kesihatan.

“Kalau hujan beserta angin kuat adalah tempias kena kami dalam dangau ini, tetapi tidak sampai pernah roboh lagi setakat kami tinggal sini. Kadang-kadang ada jumpa binatang berbisa seperti ular dan kala jengking,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata dia yang turut menoreh getah dan mencari ulam-ulaman untuk dijual hanya memperoleh pendapatan antara RM400 hingga RM600 sebulan dan sangat mengharapkan bantuan daripada orang ramai agar dia sekeluarga dapat tinggal di rumah yang selesa dan selamat.

“Di dangau ini, kami hanya masak air dan Maggie menggunakan dapur kayu. Jadi, saya kalau boleh nak bantuan rumah secepat mungkin,” katanya yang setakat ini hanya mendapat bantuan zakat untuk persekolahan tiga anaknya sebanyak RM400 setahun.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan terus di nombor akaun Maybank 1520 9573 5724 atas nama Mohd Ridzuan atau menghubunginya di talian 013-8973640.

Alor Setar - Seorang bekas anggota tentera yang kudung kaki kiri akibat terkena jerangkap samar di hutan Gubir di Sik 32 tahun lalu meray...


Alor Setar - Seorang bekas anggota tentera yang kudung kaki kiri akibat terkena jerangkap samar di hutan Gubir di Sik 32 tahun lalu merayu sumbangan orang ramai bagi meringankan beban kewangannya selepas disahkan menghidap kanser darah.

Memerlukan rawatan segera sejak September lalu.

Jasni Othman, 60, dari Taman Kita di sini, berkata pada mulanya beliau sering berasa letih dan pitam, sebelum pemeriksaan rapi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mengesahkan anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menghidap kanser.

“Sejak disahkan sakit kanser, hidup saya rasa kelam kerana sudahlah berusia, kudung kaki kiri dan tidak berpendapatan tetap, saya terpaksa berulang-alik ke HSB untuk pemeriksaan darah dan menjalani rawatan kimoterapi.

“Saya perlu menghabiskan 42 kali rawatan kemoterapi dan hidup kami makin terhimpit apabila anak perempuan saya Anis Adlin, 22 yang bekerja sebagai jurujual di pasaraya terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan saya,” katanya kepada pemberita di rumahnya di sini, hari ini.

Jasni berkata duit pencen tentera dan elaun Orang Kelainan Upaya (OKU) sebanyak RM150 sebulan terpaksa dihabiskan untuk menyara kehidupan seharian, membayar pinjaman rumah dan pinjaman peribadi yang dibuat sebelum ini.

“Pendapatan saya memang tak mencukupi, kerana saya terpaksa menanggung kos berulang alik ke HSB hampir setiap hari sebanyak RM30 hingga RM50 dan saya juga ada tanggungan seorang anak berusia 18 tahun serta tiga orang cucu yang menetap bersama kerana anak saya dan menantu tidak ada kerja tetap.

“Kini saya tidak mampu lagi membeli susu khas yang berharga RM80 satu tin yang perlu diminum bagi meningkatkan imunisasi badan semasa rawatan kimoterapi,” katanya yang kematian isteri akibat kanser payu dara dan kanser paru-paru beberapa tahun lalu.

Jasni berkata beliau sangat mengharapkan sumbangan daripada orang ramai dan pihak korporat bagi meringankan beban yang ditanggung keluarganya.

“Saya juga perlu menukar kaki palsu yang baharu kerana yang lama sudah tidak sesuai digunakan lagi, namun terpaksa melupakan hasrat itu kerana kos membelinya sangat mahal,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu, boleh menghubungi Jasni di talian 017-5061884 atau salurkan terus sumbangan ke akaun Bank Islam Jasni bernombor 0211020675510. - Bernama

“BENJOLAN di bahagian lutut kaki kiri suami semakin membesar dan berdarah menyebabkan saya risau mengenai keadaannya yang semakin lemah.”...


“BENJOLAN di bahagian lutut kaki kiri suami semakin membesar dan berdarah menyebabkan saya risau mengenai keadaannya yang semakin lemah.”

Begitu kata Norhafizah Harun, 39, selepas suaminya, Shukri Shaari, 47, menderita kanser kelenjar Sarcoma tahap tiga.

Norhafizah yang juga suri rumah berkata, benjolan itu pada mula dikesan sejak tiga tahun lalu, namun dia tidak berasa sakit dan pada waktu itu suaminya bekerja sebagai tukang rumah.

Katanya, namun benjolan itu semakin membesar sejak lima bulan lalu menyebabkan suaminya menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sebelum kesnya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown pada 19 November lalu.

“Di HPP, doktor mengesahkan benjolan itu adalah petanda kanser dan mengambil sampel tisu pada bahagian berkenaan untuk menjalani ujian dan laporan hanya akan diketahui Isnin ini.

“Ketika inilah saya buntu memikirkan keadaannya kerana memikirkan masalah kewangan dan hanya bergantung sepenuhnya pada dua anak berusia 18 dan 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan tidak menentu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Melintang, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, semalam.

Menurutnya, keadaan kesihatan suaminya semakin merosot apabila kerap demam pada waktu malam dan kurang berselera untuk makan.

Katanya, sebelum ini suaminya memandu sendiri kereta untuk ke HPP, tetapi apabila keadaan kesihatannya kini membimbangkan, dia akan meminta bantuan ahli keluarganya.

“Nak pergi ke sana (Pulau Pinang) pun perlu belanja mahal termasuk kos minyak, tol dan makan minum sedangkan saya tidak bekerja dan anak lelaki bongsu yang berusia empat tahun pula menghidap asma.

“Kami tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan hanya bergantung pada sumbangan ihsan kawan yang datang melawat, ahli keluarga dan jiran tetangga,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Shukri di talian 013-5141326 atau menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank miliknya 158051384465.

Sementara itu, nasib menimpa Shukri mendapat perhatian dari Pegawai Khas Menteri Besar, Hasanudin Samsudin yang memberi sumbangan keperluan makanan selain kunjungan Sukarelawan Sahabat Prihatin Kedah dan Pengarah Urusan 1 Mumtaz Event Management, Rohayati Ayob, semalam.

Alor Setar - “Doktor jangkakan anak saya mampu hidup antara empat hingga lima bulan lagi jika rawatan segera tidak diberikan tetapi saya ...


Alor Setar - “Doktor jangkakan anak saya mampu hidup antara empat hingga lima bulan lagi jika rawatan segera tidak diberikan tetapi saya tak mampu sediakan kos ulang alik ke hospital, ” kata Intan Rafizah Md [email protected], 39.

Intan Rafizah berkata, anak sulungnya, Nur Ellyanna Saffia Abdullah, 12, dikesan menghidap kanser darah tahap dua sejak Mac lalu apabila dia kerap pengsan dan mengalami kekejangan badan ketika berada di sekolah.

Katanya, dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan hasil ujian darah yang dilakukan mengesahkan Nur Ellyanna Saffiya menghidap kanser darah.

“Seluruh badannya dipenuhi biji-biji besar termasuk di mukanya sehingga rakan di sekolah mengejeknya muka buruk menyebabkan dia malu.

“Selain itu, saya sudah memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai penyakit anak saya dan dia perlu menjalani rawatan segera di HSB dan Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Hutan Kampung.

Intan Rafizah berkata, dia juga tidak dapat bekerja kerana baru menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di perut Januari lalu selain mengalami masalah jantung.

Lebih menyedihkan lagi, anak bongsunya, Muhammad Nazim Farish, 2, menghidap radang paru-paru sejak lahir dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HSB manakala anak keduanya, Muhammad Adief Haiqal, 4, pula menghidap asma.

“Kami mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM400 namun semua wang itu digunakan untuk perbelanjaan ke HPP dan HSB kerana kadang-kadang saya terpaksa menyewa teksi untuk ke sana.

“Ibu dan bapa saya, Azizah Chik, 68, dan Md [email protected] Abdul Hamid, 81, sudah uzur dan mereka tinggal di rumah ini bersama kami empat beranak walaupun bayaran rumah sewa ini sudah tertunggak sejak dua bulan lalu,” katanya.

Intan Rafizah berkata, dia berhasrat mencari kerja yang sesuai seperti mencuci pinggan di kedai makan untuk menyara keluarga selain menampung perbelanjaan untuk rawatan susulan dua daripada tiga anaknya di hospital.

Katanya, setakat ini anaknya masih mendapat rawatan pemeriksaan darah manakala kimoterapi belum dilakukan kerana menunggu keputusan doktor.

“Saya dah buntu memikirkan masalah yang dialami dan disebabkan mahu menjimatkan wang, saya hanya masak mi segera untuk keluarga dan bancuhkan susu pekat manis untuk dua anak yang masih kecil.

“Anak saya Nur Ellyanna Saffia juga tidak dapat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya malah biji-biji di seluruh badan dan mukanya makin bertambah,” katanya.

Sementara itu, nasib yang menimpa keluarga itu mendapat simpati daripada Persatuan Sahabat Prihatin Kedah yang menyalurkan sumbangan keperluan untuk keluarga itu yang disampaikan oleh timbalan pengerusinya, Rukiza Abu Bakar.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan ke dalam akaun atas nama Intan Rafizah :

017-5164674
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login

ALOR SETAR, 7 Nov : Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, demikianlah kehidupan sebuah keluarga di Taman Tunku Yaacob di sini, yang kini ter...


ALOR SETAR, 7 Nov : Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, demikianlah kehidupan sebuah keluarga di Taman Tunku Yaacob di sini, yang kini terpaksa bergantung pada ihsan jiran tetangga bagi meneruskan kehidupan selepas satu-satunya pencari nafkah keluarga Sumardy Mohemed, 42 disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada April lalu.

Sumardy berkata kehidupannya bersama isteri, Mazlina Omar, 41 dan empat anak mula terjejas sejak tiga tahun lalu apabila Mazlina menghidap penyakit saraf yang memaksanya berhenti kerja sebagai kerani di sebuah bank.

“Selepas itu, saya menanggung keluarga dengan berniaga kad prabayar serta baju kemeja di pasar pagi di sekitar Alor Setar. Namun sejak disahkan menghidap kanser limfoma, saya tidak dapat keluar berniaga sekerap dulu kerana badan menjadi tidak bermaya selepas menjalani kemoterapi,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya jika sebelum ini dia mampu memperoleh sekitar RM1,200 sebulan kini pendapatannya sekitar RM500 dan RM600, sekali gus menyukarkannya menanggung perbelanjaan keluarga serta persekolahan anak-anak yang berusia empat hingga 16 tahun.

Sementara itu, Mazlina berkata akibat penyakit yang dideritainya, pergerakannya terbatas selain tidak mampu memegang mahupun mengangkat barang.

“Saya bersyukur anak-anaknya sangat memahami kehidupan pada ketika ini dan banyak membantu menguruskan bapa mereka dan saya sendiri dengan mengemas serta memasak terutama anak sulung berusia 16 tahun apabila pulang dari sekolah,” katanya.

Sementara itu, nasib keluarga tersebut mendapat perhatian Pengasas Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang berkata pihaknya akan menyumbang pakaian seragam sekolah kepada tiga anak pasangan tersebut menerusi Projek Kembali ke Sekolah CSM.

Menerusi program itu anak-anak pesakit kanser akan menerima set pakaian sekolah lengkap serta beg dan alat tulis bernilai RM100, katanya menambah tahun ini seramai 100 pelajar terpilih dalam program itu.

Orang ramai yang ingin membantu Sumardy boleh menghubunginya:


Gambar Saniza Che Rus ketika sihat (kiri) dan keadaan beliau sekarang (kanan). Alor Setar - “Setiap kali nak cuci luka di payudara ...

Gambar Saniza Che Rus ketika sihat (kiri) dan keadaan beliau sekarang (kanan).

Alor Setar - “Setiap kali nak cuci luka di payudara kanan, dia kerap mengadu sakit kerana ia sudah bernanah serta rosak akibat kanser dihidapinya,” kata Azizah Ahmad, 60, ibu kepada Saniza Che Rus, 40, yang menghidap kanser payudara sejak lebih setahun lalu.

Keadaan Saniza kini semakin lemah apabila doktor memaklumkan kansernya kini sudah tahap empat dan memerlukan penjagaan rapi serta sokongan keluarga.

Dia hanya mampu baring di atas kerusi malas dilapik tilam kerana tidak mampu bergerak seperti dulu dan pernah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam kali di Hospital Alor Setar.

Suami Saniza, Ahmad Syukri Abu Hassan, 39, pula hanya pekerja kontrak sambilan memasang kabel telefon dan memperoleh pendapatan tidak menentu, malah perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak.

Azizah berkata, Saniza yang juga anak kedua daripada lapan beradik itu dikesan menghidap kanser selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar apabila mendapati terdapat ketulan kecil di bahagian payudara kanan.

“Mulanya dia ingat bengkak biasa kerana tak sakit tetapi lama-kelamaan ia makin membesar sampaikan keadaan kesihatannya terganggu.

“Akibat kanser itu, berat badannya susut dan dia hanya mampu berbaring atas kerusi malas dan tidak banyak bercakap berbanding dulu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kampung Kubu, Kuala Nerang, hari ini.

Azizah berkata, disebabkan tidak dapat bergerak, mereka sekeluarga terpaksa memakaikan lampin pakai buang setiap malam, namun tidak berupaya membeli susu formula untuknya kerana kos yang mahal.

Katanya, mereka kini berusaha berubat cara tradisional untuk membantu memulihkan kesihatan Saniza selain menjaga pemakanannya bagi mengelakkan sel kanser terus merebak.

Sementara itu, nasib yang menimpa Saniza mendapat simpati Persatuan Sahabat Prihatin Kedah yang mengunjungi pesakit itu di rumahnya hari ini untuk menyampaikan sumbangan katil khas bagi memberi keselesaan kepadanya.

Timbalan presiden persatuan itu, Rukiza Abu Bakar berkata, ini kali kedua pihaknya mengunjungi pesakit berkenaan dan akan berusaha untuk membantu mendapatkan apa yang diperlukan Saniza seperti lampin pakai buang dan sebagainya.

“Katil ini adalah hasil sumbangan dari Ketua Srikandi Padang Terap, Nor Faizah Mat Isa yang sentiasa memantau keadaan pesakit berkenaan dan turut membantu untuk mendapatkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kini sedang dalam proses, “katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan terus kepad akaun adik Saniza iaitu Nor Ame Amira Che Rus:


Alor Setar - “Walaupun keadaan anak saya semakin lemah, namun dia tetap kuat melawan kanser yang kini sudah merebak ke bahagian kaki meny...


Alor Setar - “Walaupun keadaan anak saya semakin lemah, namun dia tetap kuat melawan kanser yang kini sudah merebak ke bahagian kaki menyebabkannya tidak lagi boleh berjalan,” kata Rogayah Rejab, 55, ibu kepada Muhammad Syahmi Abd Rahman.

Muhammad Syahmi, 25, disahkan menghidap leukimia dua tahun lalu, selepas tamat pengajian di Institut Kemahiran Malaysia (IKM) menyebabkan dia tidak dapat mencari pekerjaan.

Menurut ibunya, anak ketiga dari lima beradik itu dikesan menghidap leukimia selepas diserang demam berpanjangan.

“Kami ingat cuma demam biasa dan dia hanya mengambil paracetamol, namun lama-kelamaan dia mengalami gusi berdarah berpanjangan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk pemeriksaan.

“Kami sekeluarga akur apabila doktor memaklumkan dia menghidap leukimia sehingga menyebabkan berat badannya makin susut akibat hilang selera makan,” katanya ketika ditemui di HSB.

Rogayah berkata, sepanjang tempoh dua tahun itu, anaknya kerap mendapat rawatan di HSB termasuk menjalani rawatan kimoterapi serta rawatan susulan lain.

Katanya, disebabkan itu mereka menghadapi masalah kerana terpaksa membayar secara ansuran bil hospital yang kini tertunggak.

“Sebelum ini ada bil tertunggak sebanyak RM200 dan belum sempat kami jelaskan, Muhammad Syahmi sekali lagi dimasukkan ke wad dan menjalani rawatan hampir sebulan menyebabkan kami buntu memikirkan bil rawatan yang semakin bertambah.

“Bapanya, Abdul Rahman Salleh, 60, pula pesara kerajaan dan kini tidak bekerja, dan wang pencen yang diterima setiap bulan tidak cukup menyara kami sekeluarga,” katanya.

Rogayah berkata, disebabkan Muhammad Syahmi tidak mempunyai selera makan, dia membeli susu formula yang harganya agak mahal dan hanya bertahan dalam tempoh tidak sampai seminggu untuk satu tin kecil sebagai makanan tambahan.

Selain itu, anaknya juga perlu dipakai lampin pakai buang kerana sudah tidak boleh bangun atau bergerak seperti dulu menyebabkan dia dan anak keempat, Nurul Nasuha, 22, terpaksa bergilir-gilir menjaga Muhammad Syahmi.

Sehubungan itu, orang ramai yang sudi menghulur sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun 0213141000085504 (Bank Simpanan Nasional) Muhammad Syahmi Abdul Rahman atau menghubungi adiknya, Nurul Nasuha di talian 011-11447096 atau Rogayah 019-4321625.

Alor Setar - Seorang pelajar terpaksa menangguhkan pengajiannya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) demi menjaga ibunya yang ter...


Alor Setar - Seorang pelajar terpaksa menangguhkan pengajiannya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) demi menjaga ibunya yang terlantar menderita barah payudara tahap empat sejak Disember tahun lepas.

Penuntut semester tiga jurusan Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi, Mohd Khairul Adhar Mat Isa, 25, berkata biarpun berat hati untuk berbuat demikian, namun demi tanggungjawab dan kasih, beliau nekad untuk pulang ke kampung halaman dan berada di samping ibunya, Siti Sa'dah Hussain, 62.

"Ayah telah meninggal dunia tiga tahun lalu dan saya mengambil tanggungjawab ini menjaga ibu...bila saya akan sambung semula pengajian belum tahu lagi kerana perlu beri tumpuan kepada ibu yang sangat lemah ketika ini.

"Ibu juga tidak boleh bergerak dan bercakap hingga bergantung sepenuhnya kepada saya untuk memenuhi keperluan hariannya untuk makan, minum dan diberi ubat," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Permai, Jalan Langgar, di sini, Isnin.

Mohd Khairul Adhar berkata, ibunya seorang bekas penyelia sebuah sekolah asrama di sini dikesan menghidap barah payudara pada Disember tahun lepas apabila pemeriksaan yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati ada ketumbuhan pada payudara sebelah kiri.

"Kerana lewat dikesan, kuman mula merebak ke bahagian otak menyebabkan ibu sering diserang sawan dan hanya terlantar di rumah, doktor juga memberitahu tiada rawatan khusus dapat diberikan kerana keadaan ibu lemah," katanya.

Mohd Khairul Adhar yang berbaki setahun setengah pengajian itu turut memohon sumbangan orang ramai serta pihak berkenaan bagi meringankan beban yang ditanggung.

"Sejak ibu sakit, kami bergantung kepada duit pencen ibu dan arwah ayah sebanyak RM2,000 sebulan untuk beli barang dapur, susu khas dan lampin pakai buang serta beli keperluan lain untuk ibu, duit itu tidak termasuk apabila ditolak dengan bayaran ansuran pembiayaan pinjaman ibu sebelum ini," katanya.

Sementara itu, nasib dihadapi Mohd Khairul Adhar mendapat perhatian Pengasas Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang mengadakan kunjungan serta menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan makanan, susu khas dan lampin pakai buang kepada ibunya itu.

"Saya difahamkan pelajar ini telah menangguhkan pengajiannya kerana niat murninya untuk menjaga ibunya dan saya berharap pihak universiti memahami keadaan beliau, kami di CSM sendiri akan membantu menyumbang katil untuk memudahkan beliau menguruskan ibunya," katanya yang berharap orang ramai prihatin dan dapat menyumbang membantu meringankan beban yang ditanggung.

Orang ramai yang ingin membantu bolehlah menghubungi beliau di 013-4912208 atau sumbangan terus ke akaun Mohd Khirul Adhar, Bank Islam 02011021037822 atau Maybank 152023491869 atau melalui:



Kongsi Portal Ini