Kanak-kanak hidap 'Potter Syndrome' merayu bantuan dan doa orang ramai - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Alor Setar - Kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa bergantung kepada dua mesin 24 jam demi kelangsungan hidupnya akibat sindrom potter...

Kanak-kanak hidap 'Potter Syndrome' merayu bantuan dan doa orang ramai


Alor Setar - Kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa bergantung kepada dua mesin 24 jam demi kelangsungan hidupnya akibat sindrom potter sejak lahir.

Ibunya, Rosmawati Mahzan, 37, penyakit anaknya, Nur Raudah Majihah Amir, memberi kesan kepada buah pinggang, paru-paru dan saraf menyebabkan anaknya itu tidak mampu hidup seperti insan normal.

Katanya, buah pinggang dan paru-paru Raudah menjadi kurang matang dan tidak membesar seiring dengan usianya, manakala kaki dan tanggannya mengeras.

“Selepas lahir dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama beberapa bulan, Raudah bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan.

“Mujurlah saya mendapat bantuan mesin itu daripada Yayasan HSB bernilai RM31,000, daripada jumlah itu saya hanya perlu bayar RM3,000.

“Satu lagi adalah mesin sedut kahak yang disumbangkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), masalah sekarang bateri mesin itu sudah rosak dan perlu diganti baru, namun pihak pembekal tidak menjual baterinya sahaja dan ia perlu diganti mesin baharu dengan kos kira-kira RM2,500,” kata ibu tunggal ini di rumahnya di Kampung Padang Serai, Pokok Sena, Alor Setar.

Ibu kepada dua anak ini berkata, pada hujung bulan ini, dia perlu membawa Raudah ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan darah kerana Raudah akan dibedah pada Februari depan kerana bahagian kaki kiri keting dan tapak kakinya semakin menegang.

“Justeru, saya bimbang kerana perjalanan yang lama akan mengganggu pernafasan Raudah kerana mesin sedut kahak itu memerlukan bateri untuk bertahan,” katanya.

Katanya, pendapatannya hanya dengan berniaga nasi lemak yang turut dibantu bapanya, Mahzan Yusuf, 70, sekadar memperoleh sekitar RM20 sehari.

“Setiap bulan saya perlu membelanjakan lebih RM200 untuk membeli susu manakala RM400 untuk membayar bil elektrik berikutan Raudah perlu berada di dalam bilik yang mempunyai penyaman udara bagi mengelak pernafasannya terganggu dan berlaku masalah kahak berlebihan.

“Mujurlah saya turut mendapat bantuan JKM sebanyak RM350 dan RM300 daripada LZNK, duit itulah digunakan untuk membayar bil elektrik serta membeli lampin pakai buang,” katanya.

Nasib Rosmawati turut mendapat perhatian Pengerusi Sahabat Charity Balqish (SCB) Rukiza Abu Bakar yang tampil menghulurkan bantuan barangan keperluan anaknya serta wang tunai.

Orang ramai yang mahu membantu Rosmawati, dia boleh salurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut miliknya atas nama Rosmawati Mahzan atau hubunginya:

017-5413017
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini