Bantu remaja hidap kanser kulit perlukan kerusi roda mudahkan pergerakan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Puchong - Sabda nabi "Barangsiapa yang ingin diselamatkan Allah dari kesulitan hari kiamat, maka hendaklah ia menghilangkan kesusa...

Bantu remaja hidap kanser kulit perlukan kerusi roda mudahkan pergerakan



Puchong - Sabda nabi "Barangsiapa yang ingin diselamatkan Allah dari kesulitan hari kiamat, maka hendaklah ia menghilangkan kesusahan dari orang yang dalam kesukaran."

Hadis tersebut memberikan motivasi kepada kita bahawa untuk mendapatkan ganjaran istimewa di akhirat, maka perbanyaklah membantu saudara yang sedang mengalami kesulitan dan kesusahan.

Penderitaan seorang remaja Nur Syahidah Rashid, 18 yang menderita kanser kulit sejak enam tahun lalu semakin teruji apabila keseluruhan kulitnya melepuh. 

Akibat rasa sakit, pedih akibat seluruh tubuh melepuh, Syahidah juga menghadapi kesukaran bergerak berikutan lututnya kerap sakit kebelakangan ini. 

Ibunya, Kamsiah Mohamed Arsad, 55, berkata, anak bongsu daripada lapan beradik itu dilahirkan secara normal dan jarang sekali sakit sehingga mengalami demam panas ketika berusia 13 tahun. 

Menurutnya, pada mulanya Syahidah hanya demam biasa, namun menjadi serius apabila tumbuh ruam di pipinya selain mengalami sakit sendi. 

“Anak saya jarang sakit, kalau demam sehari pun dia masih pergi sekolah, namun pada tahun 2014 keadaan berubah apabila dia kerap demam. 

“Bila pergi hospital doktor tak dapat kenal pasti dia sakit apa, bila kerap demam saya bawa dia ke klinik dan hanya diberi ubat tahan sakit dan ubat sapu,” katanya. 

Kamsiah yang merupakan ibu tunggal dan menghidap asma kronik berkata, keadaan Nur Syahidah menjadi makin teruk apabila kulitnya menggelupas dan rambutnya menjadi gugur sehingga botak. 

Katanya, kulit di seluruh anggota badan Nur Syahidah melepuh seolah-olah melecur terkena api. ”Pada Disember 2014, Nur Syahidah demam panas, tekanan darahnya rendah manakala jantungnya berdegup laju. 

Ketika mendapat rawatan di hospital, barulah doktor dapat sahkan anak saya menghidap kanser kulit. “Sejak itu Nur Syahidah kerap tidak ke sekolah kerana alami kesakitan, jika terkena panas matahari sikit pun muka dia akan jadi merah, melecet dan keluar darah,” katanya. 

Kamsiah yang menjalankan perniagaan tapai secara kecil-kecilan berkata, kebiasaannya untuk membawa Nur Syahidah ke hospital dia akan menggunakan perkhidmatan e-hailling. Katanya, kini dia memerlukan sebuah kerusi roda untuk memudahkan anaknya bergerak terutama untuk ke hospital. 

“Bantuan lain Alhamdulillah cukup, saya dapat bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan sewa rumah daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). “Cuma kalau boleh nak belikan sebuah kerusi roda kerana saya tak mampu. 

Sekarang anak saya sedang mendapat rawatan di Hospital Serdang kerana platelet darahnya turun,” katanya. Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nur Syahidah Rashid:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini