
Semenyih - Allah SWT telah memberikan kedudukan yang tinggi kepada warga emas dan menyuruh supaya setiap anak hendaklah berbuat baik kepada keduanya.
Yang dimaksudkan berbakti kepada dua orang tua adalah berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, melaksanakan hak-hak mereka, menjauhi perilaku yang dapat menyakiti hati dan kehidupan mereka, serta masih banyak lagi bentuk bakti yang perlu dilaksanakan untuk mereka.
Taat kepada ibu bapa adalah kewajipan dan menjadi saranan yang paling baik untuk mendekati diri kepada Allah SWT memerintahkan manusia supaya berbakti kepada kedua ibu bapa mereka.
Wabak Covid-19 ini telah memberi cabaran kepada seluruh dunia, termasuk Malaysia, negara tercinta. Di Rumah Jagaan Orang Tua Mahmudah juga tidak terlepas dari banyak cabaran yang ditimbulkan oleh wabak ini.
Permohonan dana untuk menampung kos utiliti, kos perubatan, operasi harian dan bahan material yang semakin menyusut.
Sekiranya ia berlanjutan, kami bimbang ia akan mempengaruhi kehidupan warga emas dalam hal ini.
Kami akan tetap setia melayani dan menunaikan tanggungjawab ini, bahkan dalam krisis wabak yang mengganggu.
Sumbangan dari tuan/puan akan digunakan bagi memenuhi keperluan warga emas yang berada di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang semakin menyusut akibat wabak ini.
Oleh itu, kami meminta anda untuk bersama-sama dalam usaha murni ini. Semua sumbangan tabung kecemasan covid19 ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan harian dan operasi pusat jagaan kami. Semoga amal soleh kita diterima oleh Allah swt.
Sebarang sumbangan boleh diagihkan ke akaun bank berikut atas nama Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia atau hubungi Haji Mohiadin di talian:
![]() |
017-39413216 |
Progress:
|
Goal: RM1000 |
0 comments: